Padan muka kedekut - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, February 2, 2020

Padan muka kedekut

Mama Yan memang kedekut betul nak upah orang untuk buatkan lesen kontraktor Mama Yan...
Masa mula mula dulu...
Memang upah orang...
Lepas tu...
Servis dia kurang memuaskan hati dan rasa macam tak berbaloi bayar masa tu.
Minta dia tukarkan alamat dari alamat rumah ke alamat pejabat aje dia caj RM600.
Padahal cuma perlu log in website CIMS CIDB dan upload agreement sewa pejabat je...
RM600 tu tak lah besar sangat nilainya...
Tapi untuk perkara semudah itu dengan caj RM600,
Kira mahal oiii...

Dan selepas itu...
Mama Yan buat sendiri je semua tu...
Upgrade, downgrade, tambah bidang, semua buat sendiri je...
Tapi ambil masa lah sikit...
Kalau diorang yang buat... laju sikit.
Tak tahulah macam mana boleh laju...
Malas nak fikir yang bukan bukan...hahaha..

 Lesen CIDB dah nak expired bulan 4 ni...
dan Mama Yan masih belum berjaya renew...
Ada je masalah problemnya...
Hari tu dah try renew...
Tp decline..
Sebab dokumen tak lengkap. Kihkihkih...
Nak buat sendiri kann
Rasain lorr...


Bukan lesen CIDB je.... lesen SSM, lesen Kementerian Kewangan, SPAN, semuapun buat sendiri...
Sebab th oring nak pinjam lesen MY tak bagi.
Penat dan susah oii buat lesen.

Last week mama yan dah buatkan Semua dokumen yang diperlukan untuk renew lesen CIDB.
Harap-harap sebelum berakhirnya minggu ni semua boleh Selesai,...
silap- silap kena penalti sebab renew dalam tempoh kurang 3 bulan

Oklah, mudah-mudahan segalanya dipermudahkan..
Aminnn..wassalam

12 comments:

  1. haha kita tak biasa buat sis tu yg rasa payah
    insyaallah semoga semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan sehariannya

    ReplyDelete
  3. kalau bagi saya rm600 tu mahal tu MY oi... boleh buat beli macam-macam
    moga berjaya lah usaha MY untuk renew tu yek...

    ReplyDelete
  4. fuh bole tahan mahal rm600 tu..kalo tau wat sdiri better wat sdiri

    ReplyDelete
  5. moga dipermudahkan semuanya kak..ameen ameen

    ReplyDelete
  6. dahsyat jugak noh harga tu sampai ke rm600 T_T

    ReplyDelete
  7. Mmg elok Yan buat sendiri, sebab tiap thn pun nak kena renew kan? Jimat byk kalau dah tau buat sendiri. Mula2 tak biasa mmg terasa susah. Apa pun, moga Allah permudahkan urusan Yan.

    ReplyDelete
  8. Hehehe... kena jadi rajin baharu boleh jimatkan.
    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  9. chaiyok3
    kuasa seorang mama gitew he3

    ReplyDelete
  10. wah. moga semua berjalan lancar ye, Yan.
    buat sendiri ni, penat, leceh... tapi berbaloi dan semua memuaskan hati kita.
    dulu kala, terkenang menguruskan CP utk prektis lawyer.
    ada few times kena uruskan sendiri sebab firm kecik kan.
    bila tuko firm besar skit, ofis yg uruskan, mudah la skit.

    ReplyDelete
  11. Buat sendiri lagi puas hati.. Sha doakan semoga semua urusan mama yan dipermudahkan.. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad