I will follow youuu....

Sunday, May 31, 2020

Landskap rumah


Asalnya nak pindahkan anak anak pokok aloe vera ni aje....
Tanah dah habis tu yg ajak pergi nursery...
Tanah kat kawasan laman rumah ni semua jenis tanah liat.
Dicangkul melekat sebuku-sebuku kalau lembab atau basah..
Kalau kering pulak, langsung tak boleh dicangkul...mantol. 
Tapi tu lah...
Walaupun niat nak beli tanah je....
Terlebih lebih la pulak pembeliannya...

Pergi nursery.... beli tanah 10 beg...
Beli bunga pulak dalam 15 pasu gitu...
Ya ampunnn....
Memang gelojoh lagi boros...

Simpan kat sini...
Senang nak trace tarikh pembelian pokok pokok hehehe

Pokok aloe vera asalnya dari satu pasu je...
Dah penuh sangat... 
Tu yang pindah pindahkan.

Kanan pondok

Kiri pondok


Pokok bidara pun MY beli...
Nanti kita nak biakkan....
Tengok ramai kawan-kawan FB yang tanam pokok bidara...
MY pun angkut la sepokok...

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Hilang emak hilang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.

Eh...ini ke buah bidara yang disebut sebut dalam pantun Melayu?
Pokok bidara yang dikatakan boleh mematahkan sihir tu ini ke?


Tulip Siam katanya...
Tapi Mama Yan tengok macam pokok kunyit aje....
Lepas tu Google...
Ohhhh.....dia memang geng-geng kunyit pun...
Nama surat beranak dia Curcuma petiolata...

Yang ni pula,
Nama kampungnya bunga kembang api dan nama 'glam'nya blood lily.
Dia ni dari kumpulan amaryllis...
Geng geng la dengan bunga lily putih, bunga bakung & tembaga suasa...


Anak anak cakap bunga Mama macam Covid 19...
Aah..ye...jadi jangan usik...pahamm?


Beli sepasu succulent....letak atas meja kerja kat bilik Mama Yan.










Saturday, May 30, 2020

Jom beli pokok


Pagi hari Sabtu yang mulia ini...
Lepas sarapan sarapan...
Mama Yan ajak suami pergi nursery pokok...
Nak beli tanah dalam 2 ke 3 kampit...
Sebab repotting pokok alae vera Mama Yan yang dan melimpah keluar pasu. 
Ingat nak pecah pecahkan anak anak pokok aloe vera tu ke pasu lain...
Memang niat nak cari tanah aje...
So kami pergi nursery dekat jalan Skudai - Pontian ni...
Sebelum sampai Pekan Nanas, 
Nursery ni sebelah kiri...

Ni entry part 1...
Internet hari ni lebih perlahan daripada siput.
So, tak dapat nak mengarang mahupun upload gambar sepuasnya. 
Ini aja lah yang mampu untuk hari ni...
Tu pun dari tengahari tadi berusaha gigih...


Nursery ni memang sangat luas...
Puas la merayap tengok pokok pokok dalam tu...
Rasa nak pergi lagi nanti...hahaha

Macam macam pokok ada..

Aglonema Lipstick

Yang ni ambik 1 pokok aje

Aglaonema Stardust

Pokok ni ada bunga rupanya..

Nama pokok ni Not for sale agaknya

sansevieria superba green

Kamboja Cina...RM500...tengok aje laaa

Yang ni sebahagian....
Suami Mama Yan belum habis memilih....
Mama Yan dah duduk menunggu sambil upload gambar kat blog....


Ketum ke Kesum?


Hahaha...
Kesian...digelakkan akak akak polis...
Jangan tertukar bang....
Tak tidur anak anak makan laksa daun ketum kang... 

Ini KESUM

Ini KETUM



Friday, May 29, 2020

Udang goreng Maharaja

Maharaja la sangat kann...
Padahal gaul garam dengan serbuk kunyit aje pun.
Ni screenshot dari whatsapp MY dan suami...
Masa tu suami duduk sorang2...
Isteri balik kampung...
Masak sendiri la dia juadah untuk berbuka...

Saja upload kat blog buat kenang kenangan...











Thursday, May 28, 2020

Segmen Hari Raya by Ummi


Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy


Lontong Goreng Raya Ke 3




Menu raya ke tiga kelmarin...
Lontong gorenglah kononnya...
Tapi sebenarnya...
Ketupat tak habis tapi rendang dan kuah  lodeh dah habis...
Sambal kacangnya...
Tertinggal dalam peti ais rumah mentua..
 Nak masak kuah macam tak rajin...
Apa yg ada ajelah...

Pagi kelmarin buat sarapan nasi lemak...
Ada lebih sambal tu...
Boleh la layan dengan ketupat frozen..hahaha

Lontong Goreng versi Raya PKP.


Bahan bahan:

2 sudu penuh sambal tumis tak habis
Sebiji telur
4 biji ketupat mini potong 4
Sedikit sayur seperti tauge & kangkung
Minyak masak secukupnya

Cara membuatnya:

1. Letak sedikit minyak dalam kuali
2. Masukkan sambal tumis dan kacau²
3. Pecahkan telur .. kacau² lagi sampai telur hancur
4. Masukkan ketupat...kacau²
5. Masukkan sayur² &
Kacau secukup selera
6. Angkat dan isi dalam pinggan dan bolehlah dimakan ketika lapar..


Cuma... kalau nak upload kat media sosial...
Pastikan guna pinggan kaca atau seramik.
Jangan pakai pinggan plastik atau melamin walaupun pinggan plastik kita tu harga RM25 sebiji.
Nanti kena sound dek pejuang pejuang kesihatan...
Tak sihat tau pakai pinggan plastik ni...
Maklumla...
Kat kantin sekolah diaorang dulu pakai Corelle.
Hahahha.. gurau ok...gurau...

Memang dalam hati teringin juga nak pakai pinggan kaca...
Tapi anak 6 orang, kecik kecik ni...
Mampukah Mama Yan nak urus nanti...
Bukanlah sayang pinggan dari sayang anak...
Kalau pecah tak bahaya ke?
Pinggan kaca tu kalau pecah...
Pecahnya macam mana?
Jenis berkecai ke....jenis berkeping keping..?

Sebab kalau cawan dan gelas kaca kat rumah MY ni...
Jenis berderai jadi debu habis kalau pecah...
Kena sedut dengan vakum terus...
Sekarang...
Sebijik pun dah takde gelas kaca untuk pakai harian..habis dah pecah...hahaha
Memang jenis tangan tak berbedung masing2...
Kot la pinggan mangkuk mahal tak pecah berkecai...ok lah...
Senang nak kutip buang...
Yang tinggal cuma beberapa biji gelas raya je...
Tunggu tetamu datang...  
Baru hidang guna gelas kaca...

Oklah..
MY nak ronda ronda sambil screen shopping di Shopee, gochop, dan wowchop...
Cari pinggan mangkuk mahal....

Wassalam


Tambah lagi satu ubat

Mama Yan down sikit la sejak balik klinik petang tadi..
Sebelum PKP hari tu, 
MY ada buat test MGTT atau dalam bahasa mudahnya minum air gula.

 Baru petang tadi ada kesempatan untuk ambil result minum air gula dan top up ubat darah tinggi & kolestrol.
Dan keputusannya...
Lepas minum air gula...
Kadar gula dalam darah MY adalah 15.7...
Dan itu melayakkan MY menambah lagi satu jenis ubat dan disahkan sebagai penghidap diabetic pula.

Sedih la juga kan...
Penyakit keturunan...
Arwah atok sebelah mak meninggal kerana komplikasi sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi...
Mak MY pula sedang gigih fight dengan sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi...
Dan sekarang...
Mama Yan pula...
Padahal... Makan nasi segenggam aje...
Air manis manis jarang minum...
Tealive, Cool Blog, Starbuck, semua tak minum..
Orang kecoh buat dalgona coffee, 
MY tak tergoda pun...
Malas nak minum air manis pekat melekat ni...
Tapi masih lagi penyakit datang mengejar   
Tu yg frust sikit tu....

Takpelah...nak buat macam mana..
Lain orang, lain ujiannya....
Lepas ni kena lebihkan bersenam...
Setakat buat kerja rumah tu tak cukup power,
Mungkin kena menyapu lantai sambil angkat tong gas baru extreme sikit...hahaha

Oklah ..MY nak layan rasa kecewa sikit ni....
Wassalamm


Tuesday, May 26, 2020

Terpilih dalam Bloglist Cik Miela

Alhamdulillah...
Blog aziankhalil.com terpilih dalam segmen bloglist cik Miela..
Terima kasih Cik Miela...
Suka sangat tau...
Maklumla...blog Mama Yan ni dah lama sangat merudumnya....
Dapat duduk dalam bloglist rakan-rakan satu rahmat besar tau...

Ni tengah cari lagi mana mana segmen untuk disertai...kot kalau ada rezeki kann...





Tu...dah nampak dah blog aziankhalil.com kat bloglist Cik Miela.



Beli novel terpakai

Beginilah ye...
Aktiviti musim PKP...
Sebab terperangkap kat rumah mentua kan hari tu...
Boleh buat apa aje kat rumah orang...
Kalau rumah sendiri lain lah..
Banyak je benda boleh buat dan kena buat

Novel terpakai ni Mama Yan beli kat Carousell.
Semua buku² tu RM100 termasuk postage.
Tak kisah lah berapa harganya...
Sebab dah lama cari buku tajuk Kesturi tu...
Pernah baca dulu dulu zaman buat degree dulu tu...
Ni saja terasa nak baca balik semula...
Tapi tak payah buat review la buku buku ni semua...
Sebab dah takde di pasaran kot...

Sekitar 1990an dan awal tahun 2000,
Novel novel yang dihasilkan Creative Enterprise banyak jenis-jenis novel yang lebih puitis bahasanya...
Masa ni, Alaf 21 belum ada..
Lepas wujudnya Alaf 21, 
Creative Enterprise pun mula malap...
Hmmm...sayang betul... 
Kat manalah penulis penulis hebat tu pergi agaknya ye...

Mama Yan dah khatam dah semua novel novel yang dibeli ni.
Hahaha...laju betul membaca..
Jom kita go thru satu persatu senarai novel yang dibeli ni

Tajuk : Kesturi
Penulis : Fatinilam Sari Ahmad
Cetakan Pertama : 2001
Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd

Tajuk: Salam Terakhir
Penulis : Sazlina Sulaiman
Cetakan pertama: 2003
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Tajuk : Kurindu Kau Yang Hilang
Penulis: Maizura Mohd. Ederis
Cetakan pertama: 2001
Terbitan : Creative Enterprise

Tajuk : Asmara Yang Pertama
Penulis : Nass Alina Noah
Cetakan pertama : 2005
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Tajuk: Ranting-ranting Patah
Penulis: Mokhtar Yusof
Cetakan Pertama : 1994
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Tajuk: Titis-titis Gerimis
Penulis: Rozita Mohd Noor
Cetakan Pertama : 1996
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Tajuk: Gelora
Penulis : Nor Rozita Osman
Cetakan pertama: 2000
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Ada juga satu buku sesat .. "Buku Wang Saku" ilustrasi oleh Dato Lat.

Lepas ni boleh la beli lagi buku buku terpakai kat Carousel. Hihihi...




Monday, May 25, 2020

Segmen Exchange Bloglist PKPB 2020 by Blog Adianiez



syarat-syarat :
  1. follow Blog Adianiez.
  2. masukkan " https://www.adianiez.com/ " ke dlm bloglist utama blog anda.
  3. copy & paste banner di atas (link kan ke entri ini) ke dlm satu entry bertajuk " Segmen Exchange Bloglist PKPB 2020 by Blog Adianiez ". publish!
  4. sila copy & paste link entry penyertaan anda di kotak komen sini.

sudi-sudikanlah ye join segmen saya.
if mendapat sambutan hangat, lenkali saya buat lagi dgn hadiah bentuk yg lain 😍.


tarikh segmen👉 13 Mei hingga 31 Mei 😌.

sempat lagi ni siapa siapa nak join...ada lagi 5-6 hari lagi ni...
Mama Yan pun tak berapa nak ada entry ni...
join segmen pun jadi lahh...hahaha

Dah balik rumah..alhamdulillah

Selamat hari raya Aidilfitri semua pembaca...
Semalam, Mama Yan dan keluarga dah berjaya pulang ke rumah sendiri bersama suami dan anak anak...
Bersyukur sangat sangat dapat balik rumah sendiri..
Dah 2 bulan duduk rumah mentua...

Tapi kalau pagi raya pertama kat rumah mentua Mama Yan..
Memang tak sempat nak bergambar gambar...
Dari celik mata asyik kisahkan lauk pauk dan makanan je...
Tak habis habis bab makan.

Pagi semalam mak mentua Mama Yan masak nasi minyak kampung...
Tapi tak berapa jadi sebab salah sukat air...
Lembik sikit...tapi rasanya tetap sedap...
Nasi minyak mentua MY ni simple je... tumis bawang bawang, bunga lawang bunga cengkih kayu manis semua guna planta....
Lepas tu taruk air halia dan air kunyit...
Taruk garam...
Jatuhkan beras....macam tu aje...
Takde susu cair, bawang goreng, pewarna dan lain lain
Cucunya makan bertambah tambah...
Lauknya pula rendang daging, ayam masak merah dan pajeri nanas.
Tapi tu lah...takde gambar...
Mereka tidak terbuka bab ambil gambar makanan ni...
Macam berdosa nau ambil gambar makanan lepas tu letak kat media sosial...hahaha...


Lepas makan makan...basuh basuh pinggan...
Kemas kemas dapur ...
Lepas tu kemas barang barang nak balik rumah..
Maklumlah dah 2 bulan duduk sana...
Barangnya dah semakin membiak la pula...
Kami bertolak dalam pukul 1.30 petang... sampai rumah dalam pukul 3 lebih macam tu...
Alhamdulillah...perjalanan sangat lancar.

Jadinya semalam,
Selain memanaskan lauk pauk,
Mama Yan juga memanaskan lemang yang dibeli dari geng geng kampung suami yang buat business lemang.
Sebatang RM15, suami order 15 batang untuk dibahagi bahagi kepada adik beradik...
Kami bawak balik 3 batang je...


Idea yang tak bernas panaskan pakai api gas, baik belah buluhnya dan kukus.


Selamat hari raya dari adik mijan.

Okaylah...sekali lagi Mama Yang mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa juga yang terbaca entry ini...Mohon maaf zahir dan batin andainya ada kesilapan yang telah Mama Yan dan keluarga lakukan.
Wassalam

Friday, May 22, 2020

Tutorial masak nasi sikit

Last week, 
Mama Yan dengan suami duduk berjauhan.
Suami stay kat rumah kami,
Mama Yan pula tinggal kat kampung suami dengan anak anak...
Habis tu.. 1 kereta boleh 4 orang je...
Anak kami je dah 6 orang...
Acaner?
Tu yang tak lepas lepas nak balik tu...

Kesian suami...
Kena sahur dan berbuka sorang²..
Duduk seorang ni...
Makan kat kedai je senang...
Tak pun beli makanan kat bazar,
Cumanya sekarang ni musim PKP...
Terbatas sikit la..kedai tak banyak buka...
Bazar pun takde...
Kenalah suami masak sendiri... 

Kalau masak sikit, masak dalam mangkuk je senang. 


Ni suami MY sketch untuk kepastian.
Masak nasi dalam rice cooker dia pandai, nak masak dalam mangkuk tu confuse sikit



Ni Mama Yan bagi whatsapp kat suami cara cara masak nasi dalam mangkuk untuk sorang makan.




Sunday, May 3, 2020

Resipi Ayam Kenny Roger's

Ni menu kelmarin sebenarnya...
suami ternampak kawan facebook dia buat ayam kenny roger's, 
dia pun dok sibuk nak buat, nak buat,
tapi tak buat..
jadinya kelmarin,
pagi pagi dah minta suami belikan ayam whole leg..
bahan bahan lain semua ada kat rumah.
tengah duduk berdua je...
maka, ayam dua bahagian ni dah cukup sangat sangat dah


Resipi Ayam Kenny Roger's

Bahan-Bahan:
 Setengah ekor ayam, potong dua
* 1 biji bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* suku inci halia

3 sudu besar sos tiram
3 sudu sos lada hitam
2 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
2 sudu serbuk gorengan seri aji
2 sudu madu
1 tangkai daun kari buat bau

Cara cara pembuatan:
1. Bahan yang bertanda * dikisar/ditumbuk
2. Masukkan bahan dalam langkah nombor 1 ni dalam ayam yang telah dibersihkan
3. Masukkan segala bahan penambah perisa sos tiram, sos lada hitam, serbuk perasa, madu, daun kari
4. Gaul rata dan perapkan dalam peti bahagian bawah tu je. Jangan letak tempat beku pula
5. Bakar ayam dalam air fryer selama 15 minit suhu 180 degree
6. Lepas 15 minit, bila air fryer, dah stop...terbalikkan ayam, sapukan sedikit butter dan lebihan sos perapan tadi pada ayam.  
7. Tambah lagi masa masakan selama 15 minit.
8. Lepas tu tengok dah masak ke belum. Cucuk lidi. Kalau lidi menembusi ayam dengan mudah...kira dah masak la tu.hehehe.

Bawang kat rumah pun dah layu lepas sebulan lebih tinggal. Nasib baik tak cambah tunas

Sebelum mesin/kisar/tumbuk....memang potong dulu kasar² macam ni. Kalau tak dia melenting-lenting nanti

Nak blender nanti kena bubuh air, makin bertambah berair sebab ayam pun keluarkan air, garam gula pun nanti mencair dan berair. Jadi guna chopper aje la. Lagi sedap kalau tumbuk, tapi tengah tengah puasa ni, tak rajin menumbuk

Ayam ni bersihkan dulu..kot kot ada bulu ayam masih tertinggal kang hilang pula selera. Tapi lemak lemak pada ayam ni MY tak buang. Sebab nak bakarkan, takut dia kering sangat nanti

Masukkan semua bumbu dan penambah perisa. Hari MY tak letak aji MSG, sebab dalam sos tiram dan serbuk gorengan tu dah ada MSG dah. Patutnya letak herba-herba Inggeris macam oregano, thyme, rosemary semua tu, tapi kat lama rumah MY ada daun kari je. Jadi, letak daun kari je. Tak kuasa nak beli mixed herb semua tu. Nanti pakai sekali dua.., bakinya expired

Bila dah gaul-gaul serata macam ni, perapkan. Masuk peti bahagian chiller ok. Tempat sejuk je...jangan tempat beku. Dan jangan lupa tutup bekas, kalau penutup tak jumpa terselit entah mana, bungkus je mangkuk perapan tu dengan plastik. Pastu ikat.


Taraaa...dah siap dah ayam bakar Kenny Rogers Mama Yan.
Tanya suami, sedap tak? Dengan Kenny Rogers mana sedap?
"Ma..seumur hidup gua baru sekali je masuk Kenny Rogers. Dah tak ingat dah rasa ayam dia macam mana. Tapi ayam mama masak ada dalam kelasnya sendiri. Sedap. "
Sejuk hati... hilang penat masak...hahaha

Lupa pula nak ambik gambar masa tengah bakar... 
Sebenarnya...mula mula tu...
Mama Yan masuk dalam oven elektrik.
Setelah 20 minit berlalu...
Ayam tu macam takde apa apa pun berlaku. 
Tray ayam tu pun boleh disentuh dengan tangan...
Cuma suam suam kuku la gitu... 
Terus masukkan dalam air fryer... Hahaha..
Dah lama tak gunakan oven, dah merajuk agaknya dia...
Ok la kan...
Ada alasan la nak minta beli yang baru...
Hihihi...

Selamat la kami berdua berbuka makan ayam bakar,
Alhamdulillah...

Saturday, May 2, 2020

PKP Empat, PKP Bersyarat

Mama Yan balik rumah Pekan Nanas kejap ni,
berdua je dengan suami sebab nak settlekan gaji,
bayar hutang sub contractor,
bayar hutang supplier,
nak settlekan permohonan MITI sekali kononnya.., 
Kedai hardware dan trader tak buka,
tapi budak akaun diorang kerja dari rumah dan maintain call tuntut hutang ok...
kenalah bayar..
diorang pun dah sebulan lebih takde sale...
Bos diorang kata..
Lori tak hantar barang pun gaji driver nak kena bayar,
lori nak kena bayar,
 insuran lori mati dalam tempoh PKP ni kena gak bayar,
hutang kilang dgn kuari kena gak bayar...
kitorang pun...
yelah...yelah...
kitorang balik la bayar...
bukan taknak bayar online je je dari kampung...
tak boleh la gitu..
payment nak keluar kena la ada dokumen sokongannya sekali.

alih alih semalam...
dengar PM umumkan,
sebahagian besar syarikat dah boleh beroperasi...
ooohh
dah takyah apply MITI la ni..
bila kat kampung...

teringat kerja banyak kat opis/rumah,
Bila dah berjaya baik rumah sendiri,
rindu pulak kat anak anak...
inilah namanya pengorbanan...
kerja kena jalan juga...
gaji pekerja kena usahakan juga...

hari tu godek godek portal assist SOCSO..
Rupanya mama yan ada bayaran tertunggak sejak 2018,
ngok ngek betul..
macam mana boleh tak perasan..
nampak sangat diorang punya web site ni tak mesra pengguna dan susah digunakan..
tak macam EPF punya,..
clear dan senang nak guna..
hehehe..
kena kompaun sampai dekat RM500, tak termasuk tunggakan lagi..
huhu..
kecewa..
tengah tengah eknomi meleset macam ni..
ada pulak kebocoran rezeki.

bila duduk berdua je kat rumah ni...
tak rajin nak masak beria..
nak membeli pun tak rajin juga,
masak ajelah apa yang ada kat rumah ni....
tapi ada juga sekali order thru whatsapp,
lagi 5 minit nak berbuka makanan sampai panas panas... 
mesti budak runner tu berbuka atas motor on the way balik.
ni list makanan yang dibeli :


keesokan harinya masak sendiri pulak, 
Lauk sambal sadin, ikan goreng dan telur dadar aje.
gunakan segala sumber yang ada dalam rumah je.
nasib baik beras takde bubuk.
nasi pun masak semangkuk je...
ngam ngam untuk dua orang makan.



Hari Isnin ni, 
pejabat dah start buka,
meeting dulu dengan staff,
tapi suami ajelah yang pergi opis kot...
Mama Yan tunggu kat rumah buat kerja dari rumah je...
harap harap semuanya ok aje lah..
kena bincang dulu macam mana nak jalankan kerja...
sebab dah sebulan cuti lebih cuti ni..

walaupun PKP 4 ni dah longgar, 
harap harap rakyat Malaysia masih mengamalkan penjagaan kesihatan,
kerap cuci tangan,
gunakan face mask,
jaga jarak sosial,
kalau tiada urusan penting,
tolong duduk rumah diam diam ok...



Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular