I will follow youuu....

Monday, May 25, 2020

Dah balik rumah..alhamdulillah

Selamat hari raya Aidilfitri semua pembaca...
Semalam, Mama Yan dan keluarga dah berjaya pulang ke rumah sendiri bersama suami dan anak anak...
Bersyukur sangat sangat dapat balik rumah sendiri..
Dah 2 bulan duduk rumah mentua...

Tapi kalau pagi raya pertama kat rumah mentua Mama Yan..
Memang tak sempat nak bergambar gambar...
Dari celik mata asyik kisahkan lauk pauk dan makanan je...
Tak habis habis bab makan.

Pagi semalam mak mentua Mama Yan masak nasi minyak kampung...
Tapi tak berapa jadi sebab salah sukat air...
Lembik sikit...tapi rasanya tetap sedap...
Nasi minyak mentua MY ni simple je... tumis bawang bawang, bunga lawang bunga cengkih kayu manis semua guna planta....
Lepas tu taruk air halia dan air kunyit...
Taruk garam...
Jatuhkan beras....macam tu aje...
Takde susu cair, bawang goreng, pewarna dan lain lain
Cucunya makan bertambah tambah...
Lauknya pula rendang daging, ayam masak merah dan pajeri nanas.
Tapi tu lah...takde gambar...
Mereka tidak terbuka bab ambil gambar makanan ni...
Macam berdosa nau ambil gambar makanan lepas tu letak kat media sosial...hahaha...


Lepas makan makan...basuh basuh pinggan...
Kemas kemas dapur ...
Lepas tu kemas barang barang nak balik rumah..
Maklumlah dah 2 bulan duduk sana...
Barangnya dah semakin membiak la pula...
Kami bertolak dalam pukul 1.30 petang... sampai rumah dalam pukul 3 lebih macam tu...
Alhamdulillah...perjalanan sangat lancar.

Jadinya semalam,
Selain memanaskan lauk pauk,
Mama Yan juga memanaskan lemang yang dibeli dari geng geng kampung suami yang buat business lemang.
Sebatang RM15, suami order 15 batang untuk dibahagi bahagi kepada adik beradik...
Kami bawak balik 3 batang je...


Idea yang tak bernas panaskan pakai api gas, baik belah buluhnya dan kukus.


Selamat hari raya dari adik mijan.

Okaylah...sekali lagi Mama Yang mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa juga yang terbaca entry ini...Mohon maaf zahir dan batin andainya ada kesilapan yang telah Mama Yan dan keluarga lakukan.
Wassalam

8 comments:

Warisan Petani said...

Salam lebaran PKPB
maaf zahir dan batin

faizzahamir said...

Tak tengok gambar pun tengok cara buat nasi minyak tu boleh agak mesti sedap kan. Hehe. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin :)

Puan Hazel said...

Selamat hari raya mama yan

ZULHILMI TEMPOYAK said...

Selamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.

Jemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ok nanti Akak nak try lah resepi Nasi minyak Mak Mentua Yan tu. Akak pernah juga buat yg simple mcm tu tp guna minyak sapi.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..

ShirVen said...

selamat hari raya sis yan sekeluarga. nanti ada masa rasa nak cuba resepi nasi minyak mak mertua sis tu, simple je tapi kalau dah mkn btambah2 cfrm sedap tu 😀

ajumohit said...

sedapnya biasa yang simple tu memang laju makannya kan, selamat hari raya maaf zahir batin yan

Sha Mohamed said...

Selamat hari raya mama yan..

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular