I will follow youuu....

Friday, June 19, 2020

MY Review :Novel "Bagaikan Puteri'


Judul Buku: Bagaikan Puteri
Penulis     : Ramlee Awang Murshid
Penerbit   : Alaf 21, Kumpulan Karangkraf
Tahun Cetakan  : 31 Disember 2005
Jumlah Mukasurat : 574
Genre : Epik Thriller, Fantasi

Bagaikan puteri ke... bagaikan orang gaji ni?


Alhamdulillah...dah habis dah baca...
Suka sangat sangat...
Memanglah cerita tak masuk akal...
Tapi penulis sendiri sedar cerita tu tak masuk akal..
Tapi takpelah...
Cerita fantasi kan...
Nak realiti baca surat khabar ajelah

Novel Bagaikan Puteri ni mengisahkan Haryani,
yang koma selepas kemalangan.
Di dunia kurun ke 21, dia koma...
Roh dan jasad keduanya nya tercampak ke kurun 15.
Haryani perlu mati dalam salah satu zaman untuk hidup dalam satu zaman sahaja.

Dalam pengembaraan roh Haryani ke kurun 15,
Haryani bertemu dengan Laksama Sunan.

Novel Bagaikan Puteri ni...
Novel pertama dalam siri Laksamana Sunan ni...
Jadi dalam novel inilah diceritakan bagaimana Saifudin ni boleh merantau ke Acheh...
Dan bagaimana Saifudin kembali ke Tanah Melayu..
Siapa yang ditemui sepanjang perjalanannya pulang ke Tanah Melayu.

Selepas sampai ke Tanah Melayu,
Saifudin memulakan perjalanan melalui negeri Melaka..
dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kampung Punggor,
Tanah asal temapt tumpah darahnya...

Sesampainya ke Kampung Punggor,
Saifudin membebaskan bapanya, Jalis dari dipasung di tepi pantai.
Bapa Saifudin yang merupakan bekas penghulu di kampung itu,
Telah difitnah mengamalkan ilmu hitam atau lebih tepat lagi menjadi orang minyak.

Sultan Melaka pula,
terdengar akan kehebatan Pahlawan Acheh,
mencabar Laksamana Sunan bertarung dengan Hang Tuah demi kedaultan Negeri Melaka...

Salah seorang dari utusan istana,
telah melarikan Haryani ke istana Melaka...
Laksamana Sunan terpaksa menerima pelawaan bertarung dengan Hang Tuah demi menyelamatkan Haryani...
Wali Sufi yang merupakan Tuan Guru kepada Laksamana Sunan telah berpesan,
Pulangkan Haryani ke tempat asalnya.
Jadi, Laksamana Sunan perlu mendapatkan Haryani dan membunuhnya bagi memulangkan Haryani ke kurun 21.

Tapi, untuk mendapatkan Haryani semula bukan mudah..
Kerana Sultan Melaka hendak menjadikan Haryani sebagai isteri.
Ketika Laksamana Sunan dan Hang Tuah sedang bertarung,
Haryani pula telah terkena racun dari pontianak bernama Nyi Burga Kelara yang jahat gila...

Kesian Haryani dan Laksamana Sunan...
Dahla dua dua dah jatuh cinta...
Tapi...tak boleh bersama...
Haryani mesti dipulangkan kepada keluarga asalnya
Tapi geram juga kat watak Haryani ni...
Macam gedik-gedik sikit...hihihi..

Akhirnya, Laksamana Sunan kembali ke Aceh...
Sebab Aceh diserang Ratu Sulaman dari Pulau Utara...
Masa berperang...Laksamana Sunan terkena panahan dari Ratu Sulaman yang telah dibaca mentera sihir...
Dan...Laksamana Sunan pun rebah....

Novel ni banyak menyedarkan Mama Yan tentang kebesaran kalimah kalimah Allah...
Ada bahagian bahagian yang Mama Yan tanda... nak ulang baca nanti...
Semoga Allah merahmati dan memberkati penulis novel ni...
Wassalam









5 comments:

Cikgu Badar said...

Hobi yang bermanfaat

Sha Mohamed said...

Memang best novel ini.. Baca berulang pun tetap sedap..

Mas_FVOME said...

laksamana sunan..love sgtt. favourite novel nie

Nor Azimah Ali said...

Wah cam best jer citer dia. Nnt nak belilah kalo terjumpa. Lama dah tak baca novel ni.

Raz said...

saya pun rasa Haryani ni cam gedik sikit dan bersungguh2 nak ke Laksamana Sunan.. ahahhahaa.. tapi yelah susah kot nak cari laki mcm tu

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular