I will follow youuu....

Sunday, May 3, 2020

Resipi Ayam Kenny Roger's

Ni menu kelmarin sebenarnya...
suami ternampak kawan facebook dia buat ayam kenny roger's, 
dia pun dok sibuk nak buat, nak buat,
tapi tak buat..
jadinya kelmarin,
pagi pagi dah minta suami belikan ayam whole leg..
bahan bahan lain semua ada kat rumah.
tengah duduk berdua je...
maka, ayam dua bahagian ni dah cukup sangat sangat dah


Resipi Ayam Kenny Roger's

Bahan-Bahan:
 Setengah ekor ayam, potong dua
* 1 biji bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* suku inci halia

3 sudu besar sos tiram
3 sudu sos lada hitam
2 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
2 sudu serbuk gorengan seri aji
2 sudu madu
1 tangkai daun kari buat bau

Cara cara pembuatan:
1. Bahan yang bertanda * dikisar/ditumbuk
2. Masukkan bahan dalam langkah nombor 1 ni dalam ayam yang telah dibersihkan
3. Masukkan segala bahan penambah perisa sos tiram, sos lada hitam, serbuk perasa, madu, daun kari
4. Gaul rata dan perapkan dalam peti bahagian bawah tu je. Jangan letak tempat beku pula
5. Bakar ayam dalam air fryer selama 15 minit suhu 180 degree
6. Lepas 15 minit, bila air fryer, dah stop...terbalikkan ayam, sapukan sedikit butter dan lebihan sos perapan tadi pada ayam.  
7. Tambah lagi masa masakan selama 15 minit.
8. Lepas tu tengok dah masak ke belum. Cucuk lidi. Kalau lidi menembusi ayam dengan mudah...kira dah masak la tu.hehehe.

Bawang kat rumah pun dah layu lepas sebulan lebih tinggal. Nasib baik tak cambah tunas

Sebelum mesin/kisar/tumbuk....memang potong dulu kasar² macam ni. Kalau tak dia melenting-lenting nanti

Nak blender nanti kena bubuh air, makin bertambah berair sebab ayam pun keluarkan air, garam gula pun nanti mencair dan berair. Jadi guna chopper aje la. Lagi sedap kalau tumbuk, tapi tengah tengah puasa ni, tak rajin menumbuk

Ayam ni bersihkan dulu..kot kot ada bulu ayam masih tertinggal kang hilang pula selera. Tapi lemak lemak pada ayam ni MY tak buang. Sebab nak bakarkan, takut dia kering sangat nanti

Masukkan semua bumbu dan penambah perisa. Hari MY tak letak aji MSG, sebab dalam sos tiram dan serbuk gorengan tu dah ada MSG dah. Patutnya letak herba-herba Inggeris macam oregano, thyme, rosemary semua tu, tapi kat lama rumah MY ada daun kari je. Jadi, letak daun kari je. Tak kuasa nak beli mixed herb semua tu. Nanti pakai sekali dua.., bakinya expired

Bila dah gaul-gaul serata macam ni, perapkan. Masuk peti bahagian chiller ok. Tempat sejuk je...jangan tempat beku. Dan jangan lupa tutup bekas, kalau penutup tak jumpa terselit entah mana, bungkus je mangkuk perapan tu dengan plastik. Pastu ikat.


Taraaa...dah siap dah ayam bakar Kenny Rogers Mama Yan.
Tanya suami, sedap tak? Dengan Kenny Rogers mana sedap?
"Ma..seumur hidup gua baru sekali je masuk Kenny Rogers. Dah tak ingat dah rasa ayam dia macam mana. Tapi ayam mama masak ada dalam kelasnya sendiri. Sedap. "
Sejuk hati... hilang penat masak...hahaha

Lupa pula nak ambik gambar masa tengah bakar... 
Sebenarnya...mula mula tu...
Mama Yan masuk dalam oven elektrik.
Setelah 20 minit berlalu...
Ayam tu macam takde apa apa pun berlaku. 
Tray ayam tu pun boleh disentuh dengan tangan...
Cuma suam suam kuku la gitu... 
Terus masukkan dalam air fryer... Hahaha..
Dah lama tak gunakan oven, dah merajuk agaknya dia...
Ok la kan...
Ada alasan la nak minta beli yang baru...
Hihihi...

Selamat la kami berdua berbuka makan ayam bakar,
Alhamdulillah...

8 comments:

norhidana said...

Wahhhh sedap ni, nnti MY cuba lak yang ala ayam dominos... sedap jugak
Nnti dana share resepi kat blog ek...
Nasib ada air frayerkan

Sunah Sakura said...

nampak sedap benar kejadiannya tu kak!

baru tau, kalo tak nak kering sangat ayamnya bila bakar, jangan buang lemak...ok, noted!

ShirVen said...

wah nampak sgt sedap tu sis
skrg viral resepi ni, nanti nak try juga

Puan Hazel said...

Mengancam nampaknya ayam tu mama yan :)
Kita pun sekarang ni semua main air fryer je, oven dah jarang guna. Itu hari, bakar biskut sampai rentung jadinya :D

Rubiah Kadir said...

Sedapnya kak Yan 🤤🤤🤤

Tq tau share resepi dan step2 sekali

anakdenesor said...

semua bahan ada kat rumah ni...boleh cuba nii
haa die nak mintak oven baru la tu heheh

adianiez AIDA said...

aida pun lama naw dah tak masuk KR.
sebab dulu kala pernah serik. ayam nyer kecik yg amat!
tak berbaloi dgn harga yg aida byr.

dari rupa tu, aida dpt rasakan yg ayam panggang Yan tu sedap :)

Sha Mohamed said...

Sedapnya mama yan.. tq share resepi ohsem nie..

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular