Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery

 hari ni happy happy je join GA kat blog. Tengok hari ni internet laju sikit... boleh la join GA. Sejak kawasan rumah ni ada UNIFI, terus kacau bilau streamix MY  jadinya. Macam kura kura slownya. Kadang kadang terus .no internet access.



Ni Giveaway dari blogger CT Cheery, ada banyak sangat sangat hadiah yang nak diberikan kepada rakan rakan blogger. Peluang nak dapat hadiah memang sangat tinggi. Jom la ramai ramai kita sertai Giveaway ni...

MY sebenarnya, walaupun bank bagi kelonggaran permbiayaan dengan Moratorium, MY tetap bayar kat bank. Moratorium cuma tangguh pembiayaan bulanan, maka tempoh pembiayaan akan bertambah. So, Mama Yan takdelah duit lebih sebab Moratorium. Walaupun bank tangguh, tapi sepanjang MY buat bayaran dalam tempoh Moratorium ni, takde pulak dia return semula duit tu ke akaun Mama Yan. Elok aje dia telan. hahaha....

Setiap orang ada cara masing masing untuk membelanjakan wang ringgit mereka. Ada kawan MY, letak semua peruntukan pembiayaan yang dapat moratorium ni dalam ASB, ada kawan MY gunakan kesempatan ni untuk modalkan barang niaga Young Living, Hai O & Mary Kay, ada juga yang tak tahu buat apa...alih alih dah habis.hehehe... 

Setiap orang tak sama kan... Mama Yan memilih untuk buat tak nampak. Nanti kena bayar jugak. Takde orang pun yang akan bantu langsaikan hutang piutang kita. So, pandai pandai lah kita menguruskannya ok.



15 Comments

  1. Suami akak pun bayar je semuanya..sejak PKP tak de tangguh apa2 bayaran. Sebab kami ada sasaran nak bebas hutang bila umur cukup 60. Lagipun tempat kerja nya memang gaji jalan je macam biasa. Tak de apa yang terjejas. OT pun ada.

    Semoga berjaya Yan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah TQ Azian...all the best šŸ¤—

    ReplyDelete
  3. All the best MY

    Saya pun bayar je duit pinjaman semasa PKP ini. Nak cepat habis hutang dengan bank hehehe

    ReplyDelete
  4. 2 hari je lagi nak tamat moratorium. huhu... Semoga ada rezeki akak menang GA ni. Aaminn

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... tahniah kak Azian pemenang saguhati GA . Singgah blog cheery yeh

    https://ctcheery87.blogspot.com/2020/10/pemenang-ga-selamat-tinggal-moratorium.html?m=1

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...