Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

 

Tahun ni mungkin akan lebih meriah lagi sebab Mama Yan akan mula latih Aril, Ucid dan Sarah berpuasa... Tahun tahun sebelum ni... Trio ni masih belum dilatih untuk berpuasa. Tak tahulah macam mana kecohnya waktu bersahur dan berbuka dengan budak darjah 1 dan darjah 2 yang baru nak belajar puasa ni.

Tahun lepas, puasa PKP di kampung suami di Segamat. Duduk dengan atok kan... mak kata puasa, atok kata kecik lagi.. mak suruh bangun sahur, atok kata alah dia ngantuk tu...biarlah...kecik lagi...

Tahun ni..atok korang jauh... memang kena la belajar puasa. Abang abangnya dulu... masa tadika dah belajar puasa... dapat dah beberapa hari... masa darjah 1 dah dapat banyak hari juga...

Tahun lepas,...anak bujang yang 2 orang tu lagi hebat... puasa Ramadan penuh... puasa 6 pun lengkap... Terus ayahnya belikan jam tangan G-Shock. Tahun ni entah la macam mana... Bimbang tumpas je... Cuaca panas..kena sekolah pagi dan petang lagi...

Harap harap semuanya baik baik aje lah... Nak nak yang anak dara sorang tu... Kalau lapar dia punya muka masam mencuka... boleh buat jeruk mangga


  1. Buat satu entri bertajuk : Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog - DONE
  2. Copy dan paste Banner Giveaway dalam entri dan jangan lupa backlink kan ke entri ini. - DONE
  3. Pengisian Entri : Nyatakan perasaan korang dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi (penceritaan bebas). DONE
  4. Dah selesai TAG dua rakan blogger korang diakhir entri. Jadi MY tag https://www.adianiez.com/  dan https://thejagungspirasi.blogspot.com/ DONE
  5. Korang  kena Follow Akaun Media Social Shida (lihat pada sidebar) Fecebook -DONE, Twitter DONE, Instagram DONE, Youtube DONE, Pinterest DONE, Google + je takde
  6. Submit entri korang diruangan komen entri giveaway ini DONE
  7. Untuk memudahkan semua pihak, selepas submit entri minta update pula NAMA + ALAMAT untuk pengeposan Kad Raya Limited Edition SRB disini : KLIK SAYA - DONE
  8. Selesai! Terima Kasih kerana turut serta dalam giveaway ini, moga Allah swt permudahkan segalanya yang dirancang. AMINNNN



10 Comments

  1. wahh kita pun nak join juga la :)

    ReplyDelete
  2. Goodluck and all the best akak! :)

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan anak anak bakal belajar puasa.
    Semoga ada rezeki kakyan menang hadiah GA shida. Aaminn...

    ReplyDelete
  4. All the best kak! Dah kena tag ni nak kena join jugak lah

    ReplyDelete
  5. Salam KAK YAN :)
    Shida blogwalking ke blog peserta-peserta GA Raya Bersama SRB.

    Shida doakan semua anak2 kak yan dapat berpuasa dgn cemerlang kak! Dugaan skitla sebab cuaca panas skg..kita pun xtahan ni kan bdk2 kan. Takce care kak!

    Terima kasih sudi join Giveaway Raya Bersama SRB <3
    ALL THE BEST!

    ReplyDelete
  6. good luck dan selamat bersegmen

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)