Tuesday, June 1, 2010

yg kurik... yg kendi... yg merah saga...



yg kurik... yg kendi... yg merah saga...baik budi indahnya bahasa...pantun lama tinggi kiasannya...camtulah lebih kurang bait bait lagu dato Siti Nurhaliza...ntah ntah ada yang tak pernah pun tengok bijik saga yang selalu disebut sebut dalam pantun Melayu tu...


nama bijik saga tu siap diambil jadi nama kereta pertama Malaysia..Proto Saga...sbb masa tu edisi pertama yg keluar warna merah menyala cam bijik saga..



tadi masa aku jalan kaki nak g makan kat cafe mak jah...aku baru terperasan akan kewujudan pokok saga ni..hari2 lalu bawah pokok ni tapi tak perasan pun bijik2 merah menyala bersepah kat atas parking lot tu..aku pun pungut bawak balik site opis aku...
kat dalam wikipedia ada bagitau yg bijik saga ni beracun..tp masa kecik2 dulu..masa main masak-masak kitorg goreng kering (sangai) biji saga ni sampai keluar bunyik tik tik tik...pastu kopeek kulit merah dia tu..makan...dah 20 tahun berlalu baru aku tau beracun rupanya...
"fuhh..nasib baik tada mati.."



ni la gambar bijik saga yg belum gugur dari kulit dia


Klik! Klik!

Post Terhangat