Eh chup!koi syok-syok cerita ni ntah ntah ada yang tak tau JCB..ok JCB tu jentera yang selalu buat korek korek tanah tu..kat jalan raya pun kita selalu nampak...JCB ni ada tayar angin sebab tu JPJ benarkan JCB jalan atas jalanraya, dan ianya boleh pancit yer...jangan tak tau pulak..
Orang UTM mintak sorang engineer jaga kerja korekan..tak boleh tinggal katanye.. bahaya..ada banyak kabel bawah tanah. Yang koi peliknya, apa pasal diaorang takde as built drawing untuk semua pipeline & services kat bawah tanah tu. Susah gila woi nak korek. Kat situ ada paip air, fibre optic, telekom, kabel voltan tinggi, dan ntah apa lagilah yg koi sendiri pun tak tahu apa isi perut kepada paip2 tu. Yang tau semua laluan services kat bawah tanah tu adalah juruteknik diorang, tapi juruteknik tu bukannya abadi selamanya. Kalau pencen nanti nak refer kat sape pulak?? Adeh!
Bila dah ada macam macam paip kat bawah tanah tu...kitorang yang nak tanam paip kitorg ni pun terpaksalah hati hati dari segala segi. Nak korek hati-hati...nak pasang paip kitorang pun hati hati..kena jaga level betul betul. Tak boleh lari walau seinci pun.. kalau kecerunan paip tu lari...memang masak...memang masa’alah besar.
Paip yang koi nak kena tanam paip pembetungan atau lebih dikenali paip saliran najis dari toilet toilet ke loji kumbahan dan rawatan. So paip ni akan berada bawah sekali di antara paip paip yang lain...dalam korekan antara 2 hingga 3 meter jugakla...ianya bukanlah satu kerja yang mudah okay...
Selalu lepas pergi bilik air kita akan flush je..takkan pikir lagi dah ke mana sisa sisa flush tu akan pergi..secara kasarnya ia akan disalirkan ke loji kumbahanla...melalui paip pembetungan. Paip pembetungan ni selalunya kita pakai paip yang diperbuat daripada tanah liat..apsal??koi pun tak penah amik tahu apsal...skang dah ada jugak yang pakai jenis HDPE...untuk pasang paip ni dalam tanah memang agak rumit sikit. Sebab kita kena jaga kecerunan dia baik2..tak boleh terlalu cerun..atau terlalu landai atau backflow. Kalau paip terlalu cerun nanti aliran air akan terlalu laju, so pepejal akan tertinggal. Apa pepejal itu?? Paham paham laaa....apa benda yang selalu kita flush kat dalam toilet. selain hasil penyahtinjaan ada juga segala sampah sarap sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Paip ni pulak...tak boleh berliku liku..paip kena jalan lurus je...kalau terpaksa corner...kena buat satu manhole. tau apa manhole..ala yg kat atas jalan ada penutup besi bulat tu..Apa ye manhole dalam Bahasa Melayu??tak taula...tapi dalam kamus dwibahasa Oxford cakap ‘lubang di jalan yang digunakan untuk memeriksa kabel, parit dsb di bawah tanah”...lebih kuranglah.. manhole ni jugak tempat kita nak buat sambungan kalau ada tambahan laluan paip dari bangunan baru..yg macam koi buat nilahh...
Mungkin ramai jer yang jijik kalau kata nak bukak lubang yang ada penutup besi bulat tu...sebab mesti terbayang...eyarkkhhh! lubang taik!.tapi sebenarnya takde apa la...kalau dah jauh 1 km daripada tandas, Cuma akan nampak air je lalu kat dalam tu...dah tak nampak taik dah...ada takde pun sampah yang di flush ke dalam lubang jamban cam ubat gegat, tuala wanita, kotak rokok, puntung rokok, henpon dll.
*koi tak turun dalam tu yer...dalamnye 3 meter tau...
Kerja kerja memotong jalan, mengorek, pasang paip, timbus balik tanah tu mengambil masa lebih kurang 5 hari ye...pasni nanti jalan UTM yang kitorang dah potong tu...kena la turap balik....kena turap tar balik semula sebelum student habis cuti..iaitu minggu depan!
patutnya esok cuti umum la kann..PM kasik..tapi company dah tunda cuti tu ke Sabtu depan. Cuti peristiwa camni bukan semua company boleh menerima dengan hati terbuka, sbb kita dah plan jadual kerja kita kan...dah plan esok nak turap jalan..dah booking lori dan mesin2..mane leh cancel gitu je kan...nak cari hari lain..tak tentu dapat...so koi pun dengan hati terbuka kerja esok.
lagipun koi suka jer kalau kerja time klien dgn perunding cuti. aman sikit doniaku. hahaha...