I will follow youuu....

Thursday, April 30, 2020

Percubaan Membuat Apam Eno

beberapa hari sebelum puasa tu..
Mama Yan teringin nak makan kuih apam eno..
so minta suami belikan mangkuk untuk apam tu...

basuh dulu mangkuk mangkuk kecil yang baru dibeli ni...lepastu, barulah boleh digunakan tanpa was was

Dah stand by mangkuk,
barulah kita google resepi dan hadap resepi ni selagi kuihnya tak siap.
Mama Yan guna 2 cawan nasi dan 4 cawan tepung beras.
Buat taknak sikit sikit pulak tu...
terus try banyak banyak...

ni bancuhan malam tu,
nasi dan air blender.
kendian campur tepung, gula dan mauripan... tapa sekurang kurangnya 4 jam

ni keesokan paginya,
dah ada buih buih tu...
maknanya sihat la tu.

kendian kukus. 

bila dah masak..ni la rupa dia..

okay...dah boleh post dekat Group Masak Apa Tak Jadi Hari ni.
takat nak lepas gian boleh la..
Nak jual, jangan dibuat,
tujuh keturunan orang ungkit apam tak berapa jadi ni...

Tekak ni tengah teringin kuih tepung pelita pulak...
hmmm...
semoga ada kerajinan...Aminn..
Wassalam




Wednesday, April 29, 2020

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela

Hari ni Mama Yan rajin nak join segment Bloglist.
alang alang internet laju ni...kita manfaatkan dengan bersegmen...
Yang nak join segmen, klik banner di bawah...






Syarat Penyertaan:

1. Follow Blog Cik Miela
2. Follow instagram @salmilanadia
3. Buat entri bertajuk " Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela"
4. Jangan lupa komen link entri penyertaan dan username IG di entri Miela di sana yaa... bukan di sini...

Segmen bermula dari 26/4/2020 sehingga 15/5/2020. Pemenang akan diumumkan pada hari keesokannya. 

Selamat bersegmen korang!

MY Review : Bukan Gadis Biasa

Judul buku : Bukan Gadis Biasa
Pengarang : Liza Nur
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, Alaf 21
Cetakan : Ultimate Print Sdn Bhd
Tebal mukasurat : 400 muka surat
Genre : Fiksyen Melayu
Cetakan : 1-2019


Masa buka puasa hari kedua tu,
Mama Yan tertengok cerita ni kat TV,
Masa tu buka puasa depan TV kat tempat abah mentua baring,
Abah dah tak larat nak bangun sangat,
so buka puasa kat sebelah tilam abah je...

tengok masa tu macam sedap gak....tapi tengok sikit2 je..
Mama Yan pulak sejenis yang tak boleh bersabar tunggu drama bersiri ni...
terus Google tajuk drama tu..
Ohhh...adaptasi dari Novel Bukan Gadis Biasa tulisan Liza Nur...
Terus godek godek kat Play Books.
jumpa pun e book novel ni..
tak tangguh tangguh dah, terus beli.

Bukan Gadis Biasa ni mengisahkan seorang gadis bernama Johana,
seorang gadis tomboy yang tinggal di rumah flat kat KL.
Masa kecik2 umur 12 tahun gitu,
mak dia pernah 'jual' dia untuk beli dadah.
lepas dia kena jual tu,
Pak Ya, jiran dia yang bekerja sebagai bouncer kelab malam,
bunuh pelanggan yang kerjakan dia,
lepas tu,
Johana dijaga oleh Bruno Din, sepupu Pak Ya.

Watak hero novel ni pulak, Raja Rayyan,
cucu kepada Raja Aminah, datang dari keluarga kaya raya,
Tapi Rayyan ni buat business Private investigation.
sebabnya,
dia bukan cucu kesayangan dalam keluarga.
Mak Rayyan ni, bukan menantu pilihan Raja Aminah.
Kalau dalam drama, Raja Aminah ni Sheila Rusly

Kemudian macam biasa...
Anak orang kaya jatuh cinta pada gadis miskin.
Selain Rayyan, adik Rayyan yang bernama Amer dan sepupu Rayyan, yang bernama Amirul pun suka kat Johana.
Hehehe...
biasala..novelkan...
watak heroin drama mesti digambarkan cantik walau tanpa mengenakan secalit mekap,
cuci muka pakai sabun buku pun cantik namatey...
Acer cuba kita tak pakai mekap apa apa, 
cuci muka pakai sabun buku,
rambut pendek bersodok kiri kanan,
jangan kata nak jatuh cinta....
sebelah mata pun silap2 takde yang sudi pandang...hahahaha

Amer ni dah bertunang dengan Raja Hanim, yang dulu gf Rayyan.
Tapi, Raja Aminah pinangkan Raja Hanim untuk Amir pulak.

Lepas tu ada watak nama Raniya yang jadi rebutan antara Rayyan dan Amirul.
tapi, akhirnya...
Raniya pergi bawa diri ke oversea sebab tak tahu nak pilih yang mana satu.

Raja Aminah aka opah diorang ni pula, tekanan perasaan...
merayau rayau..
last last...dia ikut Johana balik dan panggil Johana dengan nama Edora.
Edora tu nama mak si Rayyan.
Masa Edora masih menantu dia dulu,
dia selalu dera Rayyan dan mak dia si Edora tu.
bila dah nyanyuk,
tak habis habis sebut nama Edora.
Johana pun jaga Raja Aminah kat rumah dia

lepas Rayyan tahu opah dia kat rumah Johana,
dia pun bawa balik opah dia ke rumah besar diorang tu,
sebab opah dia taknak seseiapa selain Edora jaga dia, 
terpaksalah Johana datang situ jaga opah Rayyan tu.

Rayyan yang dah kemaruk nak berbini ni,
kerjalah dok ajak Johana kahwin,
akhirnya Johana setuju juga nak kahwin dengan Rayyan sebab Johana takut Raja Suffian tuntut hak penjagaan Aisya.
Jadi dia nak bagi keluarga sempurna pada Aisya.
Aisya ni, anak kepada kakak Johana hasil perkahwinannya dengan Raja Suffian.
Raja Suffian pula, adik kepada bapak Rayyan.
pusing pusing kat situ la juga.

Selepas opah Rayyan meninggal dunia,
diorang bacakan wasiat Raja Ali,
Semua harta jatuh kat tangan cucu sulung,
Raja Rayyan Fattah bin Raja Muzaffar la.

lepas tu ada la konflik sikit2...
Wan Juliana, ibu tiri Rayyan upah orang untuk bunuh Johana,
Johana gaduh dengan housemate dia Ujah,
Raja Hanim cuba perangkap Rayyan supaya ditangkap khalwat,
dan lain lain lagi...

dan novel ni,
ending dia biasa biasa..
Tapi jalan cerita dia ok la...Mama Yan suka...
sesuai dijadikan bacan musim musim PKP ni..
ada part yang sweet2 gitu...
boleh agak kesudahannya sebelum pembacaan berakhir.

cuma tergelak hari tu..
muka Bangladesh, tapi nama Rayyan... hahaha






Tuesday, April 28, 2020

MY Review : Novel 'Kamasutra'

Punya lah bosan duduk rumah mentua...dengan line internet slow yang teramat sangat, dengan panasnya, dengan takde service courier masuknya...
Memang stress...

Dengan penuh kepayahan...dua minggu lepas, Mama Yan beli dan download e-book Novel Kamasutra ni. Novel ni hasil garapan Sharifah Abu Salem diterbitkan pada 2006. Seharian nak download ni tau,,hahaha

Kamasutra ni sebenarnya sebuah telemovie yang ditayangkan di TV3 dalam slot Cerekarama. Pelakon utamanya Ahmad Idham Nazri sebagai Kama, Rusdi Ramli sebagai Amir, Janet Khoo sebagai Samantha, dan Safura Yaakob sebagai Masitah. Watak watak lain dalam cerita ni...tak ingat pulak siapa yang pegang.



Ok... cerita ni bermula dari Kama menemui Samantha yang pengsan terdampar di tepi laut kerana ingin membunuh diri kerana mengandung tanpa nikah. Ketika itu, Kama dan Amir berkhemah di sebuah perkampungan nelayan.

Kama membawa Samantha bermalam di khemah mereka. Tapi, Amir pula membuat percubaan mencabul Samantha. Selepas itu, Amir menghilangkan diri seketika kerana malu dengan kelakuannya. Dalam masa pemergian Amir, dia bertemu pulak dengan Masitah, anak gadis Pak Kasim yang menegurnya tentang kewajipan solat pada hari semalamnya.

Sementara Kama dan Samantha berjalan jalan di pantai, Amir pula mengambil kesempatan menggoda Masitah dan membawanya ke khemah. Kama dan Samantha pula, meronda-ronda sekitar kampung dengan menaiki Pajero milik Kama dengan harapan dapat menemui Amir yang padahal sedang berseronok dengan Masitah.

Peninggalan Kama dan Samantha mencari Amir, Pak Kasim pula membawa rombongan orang masjid ke khemah Amir dan Kama dengan niat untuk menangkap khalwat Kama dan Samantha. Tetapi, malam yang kurang indah buat Amir apabila tertangkap basah dan dipaksa menikah dengan Masitah, anak gadis Pak Kasim malam itu juga.

Keesokan paginya, mereka pulang semula ke Kuala Lumpur dengan membawa Samantha. Bagaimanapun, Amir memperdaya Masitah dan meninggalkan Masitah di kampung walaupun tindakan Amir dibangkang keras oleh Kama. Kama yang tinggal bersama emak dan anaknya membawa pulang Samantha ke rumahnya.

konflik menjadi berpusing-pusing bila Masitah pergi KL cari Amir dan berpura pura menjadi orang gaji. Kama mula jadi rebutan antara Nora, bff Kama sendiri dan Alia bekas isteri Kama. Tapi Kama pulak dah suka kat Samantha. Nora pulak, nak jodohkan Samantha dengan bapak dia yang dah lama menduda. Tapi sebenarnya, bapak Nora dah ada girlfriend yang merupakan kawan baik Nora sendiri.

Aish, tapi standard la cerita Mohd Noor Kadir kan... berbelit belit... plot twist situ sana sini... Tapi, tu yang Mama Yan suka. Ayat ayat skrip dia pun, best. Ditambah pula dengan susunan ayat novelis hebat tu. Memang nampak dan terbayang bayang wajah para pelakon masa baca novel tu.

Mama Yan baca tak sampai sehari...hahaha... sebab memang bosan dan keadaan cuaca kat rumah mentua yang sangat panas masa tu. Mujurlah masa start puasa tu tetiba hujan pulak.

Ini antara petikan dialog yang paling MY ingat dalam cerita ni.

Mama Yan rasa cerita ni boleh la diulang baca lagi selepas ni. Tak rugi beli

Monday, April 27, 2020

Mihun versus Suhun

Ilmu selingan hari ni...
oo...suhun lebih baik daripada bihun..
tapi jarangla Mama Yan masak suhun semata mata..
selalu buat campur campur dalam masakan sayur je...

Dalam sambal goreng,
dalam kuah lontong,
dalam sayur tumis air kentang, fucuk dan suhun...
tu jelah...
dalam soto....suhun tu digoreng dalam minyak panas...
fuhhh...
alamak...bulan bulan posa ni cerita pasal makanan pulak..
dah la payah nak cari pasal takde bazar Ramadan.
hmm..
dah la...



Sunday, April 26, 2020

Norma baru puasa : Hari ke 3

Semalam, Mama Yan dan suami buat keropok lekor sendiri..
Ikut resipi dalam google..
Suami Mama Yan yang teringin..
Follow ajela..
Musim² PKP macam ni... 
Takde orang jual kuih petang petang...

Dah terapung apung tu...
Kira dah masak la...

Yang bulat² macam meat ball tu,
Anak anak yang gentel.
Layannn...

Suami MY tengah sapu minyak masak kat keropok yang dah siap rebus.

Rasa keropok buat sendiri..
Tak sama macam beli...
Maklumla..
Belum pro...
Sambil tergelak gelak...
"Agak kalau takde projek sampai hujung tahun,
Kita meniaga keropok je la depan Maslee Pekan Nanas tu"
"Huh kalah membeli ikan daripada menjual"
 "Hahaha"


Tuesday, April 21, 2020

PKP : Jom Tanam Pisang

Musim musim PKP ni..
Boleh buat apa je kan...
Nak nak terperangkap kat kampung macam Mama Yan sekeluarga ni...
Jadi, kita tanam pisang aje lah..

Boleh ke pergi kebun musim² PKP ni...
Kira bolehla...
Tanam pisang kot..
Rantaian makanan...
Kalau semua orang duduk dalam rumah,
Tak bercucuk tanam langsung,
Negara kita akan berdepan dengan masalah kekurangan makanan dalam masa beberapa bulan lagi...

Amacam?
Ada rupa petani moden?
Not so modern la...
Tak mampu...
Lagipun semua hardware tutup..
Mana gaya nak beli barang...

Haa...pisang dah mula keluar pucuk...
Satu perkembangan yg baik...
Tapi,
Sejak sebulan lepas...
Naru sekali je hujan.
Air tong pun dah nak habis...
Nak angkut air kat sungai,
 Bawa kereta Starex la pulak,
Kalau bawa 4wd,
Memang angkut air dari sungai dekat situ.

Tapi macam biasa la kan...
Dari 300 anak pisang yang ditanam...
Yang jadi penyambung hayat haiwan lain di hutan tak tahu berapa peratus.
Contohnya gambar di bawah ni...
Tergolek golek anak pisang keluar dari lubang.
Bukan semua anak pisang tu dimakan dek binatang kerbau pendek tu,
Ada yang dia korek makan,
Ada yg dia korek tinggal,
Ada yg dia ngap separuh,
Frust la juga...
Sebab kami dah pagar guna jaring hitam tu...
Tapi...
Selamba je menatang tu koyakkan...
Kawad berduri tu pulak,..
Melendut...
Adoih laaa....
Bijak rupanya menatang kinjir ni.


Oh ye..
Mama Yan sebenarnya tak makan pisang masak...
Hahaha...
Tekak ni tak dapat terima buah buahan yang lembik² ni...
Tapi kalau kerepek pisang...
Jangan cakap...
Satu telap sorang pun boleh habis...
Hahaha..
Tak semenggah perangainya kann...
Memilih tahap dewataraya.

Semoga pokok pokok pisang Mama Yan tanam dengan suami ni membuahkan hasil yang lazat, berzat dan berkat kepada kami...
Aminnn...






Monday, April 6, 2020

Resepi PKP : Roti Gulung sosej

Susahnya nak update blog kat kampung ni...
Asyik takde line je...
Nak blogwalking apetah lagi...

So hari tu... 
Kita masak roti gulung sosej..
Layan budak²...


Mula mula kita gelek roti bagi leper dan padat.


Sosej ni kita rebus dulu. Lepastu toskan.
Sebab nak jimat, maklumlah, anak ramai kann...
Mama Yan belah dua sosejnya


Lepas tu, gulungkan sosej dalam roti.
Kulit roti pun tak terkecuali ye...
PKP ni payah nak dapat roti
Lagi sedap kalau dalam tu tabur mozarella,
Tapi pasrahla musim² PKP ni apa pun takde...
Ada sosej pun dah kira bagus.


Gamkan bahagian hujung roti tu guna tepung gandum yang dibancuh dengan air


Taraaa...
Gambar dah siap..
Step goreng tak dapat nak snap gambar sebab kelam kabut.
Masa nak goreng tu,
Mama Yan celup dengan telur yang dipukul sedikit,
Lepas tu,
Golek pulak atas tepung gorengan Bistari.
Sebab nya...
Kat kedai runcit kampung ni takde serbuk roti (bread crumbs)

Jadilah untuk sarapan anak²...
Sarapan kan alas perut je...
Sekali ngap..sorang dua tiga batang...
Kalau tak kontrol..
Tak cukup.
Hihihi...
Mencabar ye nak kasi makan anak di musim pergerakan terhad ni...
Kadang² permintaan nya bukan²...
Bikin mama punya darah go upstairs..

Oklah...see you next entry..
Dahhhh...wassalam


Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular