Tuesday, February 26, 2013

Cikgu Rania 2 (Siri 33): Seperti angin membawa berita!

Oleh Samsiah Mohd Nor
“Ren nak jumpa siapa ni?” Sepuluh minit selepas kenderaan mewah Porche Cheyenne bergerak dari pondok Tol Kajang melewati Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur menuju ke arah Sungai Besi, barulah Ummar Qayyum bertanya pada Rania dengan siapa dia mahu bertemu.
“Kawan baik bekas kekasih you,” sahut Rania bena tak bena tanpa memandang pada Ummar Qayyum.

Ungkapan itu agak kasar di pendengaran Ummar Qayyum. Mengapa Rania berubah laku sehingga begini? Ummar Qayyum tertanya-tanya. Apa yang tidak kenanya dengan hubungan kami? Tanpa bertanya balik, Ummar Qayyum terdiam sejenak. Dia berfikir. Siapa yang Rania maksudkan?

Kalau bekas kekasihnya sudah tentulah Ummi Kathum. Kawan baik Ummi Kalthum siapa ya? Oh, barangkali si FF yang pandai bermadah pujangga itu ke? Kerana Ummar Qayyum tidak bertanya lanjut, persoalan itu mati di situ sahaja. Rania melayan diri melihat kenderaan di sepanjang jalan manakala Ummar Qayyum melayan diri mendengar lagu daripada saluran Hot FM.

Sesekali dia mengerling pada Rania. Kemudian dijatuhkan pandangan pada perut Rania yang mulai timbul. Dia sedang mengandungkan anak aku! Ren, berlemah-lembut sikitlah dengan abang! Tercetus suara hati Ummar Qayyum, tapi tersekat sahaja di kerongkong. Ikutkan hati mahu sahaja dia keraskan hati seperti Rania, tetapi spontan kata-kata Rais datang di kepalanya.

“You tak berapa kenal adik I tu Qayyum. Betulkan segera Qayyum sebelum terlambat sebab, I kenal adik I. I sekadar memberi peringatan pada you. Dan satu lagi you jangan lupa, Ren juga pernah lalui macam-macam siri percintaan.

Putus tunang dengan Farhan, bawa diri ke Sabah. Bercinta sekejap dengan you, muncul Murni dan you berdua putus. Dia hampir nak kahwin dengan Halim, tapi tak jadi. You pula bawa diri ke Sweden. Ren kecewa bila you pergi, tapi takdir tetap temukan you berdua. Sepatutnya you dengan Ren kena bersyukur banyak-banyak. Seperti I, Ren juga membina kekuatannya melalui pengalamannya. Dia keras kepala dan sukar ditafsir. Jangan sampai dia buat keputusan yang akhirnya merugikan kalian berdua kalau you lambat bertindak.”

Setiap kali terkenangkan kata-kata Rais tentang Rania, datang juga rasa gerun di hati Ummar Qayyum. Ah! Perasaan aku juga tidak menentu kini. Ada ketikanya aku juga tidak kisah. Tapi saat itu! Saat dia sedang bersama Rania kini, tidak dinafikan dia rindu pada isterinya dan ingin sekali menyentuh tangannya, tapi tingkah laku Rania bagai menghalang keinginannya.

Rania langsung tidak menoleh padanya, malah boleh dikatakan sepanjang masa Rania lebih rela memandang ke luar tingkap. Apa yang ada di luar sana? Sekadar bangunan-bangunan dan kenderaan yang bertali-arus. Atau sesekali Rania akan bermesej. Menulis pesanan dan menghantarnya. Dengan siapa dia bermesej? Kalau aku pegang tangannya, marahkah dia padaku? Silap haribulan direntapnya tangan aku, malu aku! fikir Ummar Qayyum. Dipujuk-pujuknya hati supaya bertolak ansur dan beralah, tetapi bagai ada satu perasaan yang seakan menahannya untuk berbuat demikian.

Ummar Qayyum mengeluh berat. Sampai bila situasi ini akan berlangsungan? Aku perlu mengalah! Kata hatinya lagi.

“Kandungan Ren macam mana?” soalnya lama kemudian dengan harapan Rania akan memberi perhatian kepadanya.

Rania mendengus. Baru sekarang nak tanya. Hari tu bukan main lagi marahkan aku kerana berahsia-rahsia! Rungutnya. Kerana geram, Rania diam sahaja.

“Ren kena jaga kandungan baik-baik. Kena jaga emosi supaya tidak mempengaruhi baby,” tambah Ummar Qayyum ikhlas. Maklumat itu diperoleh daripada sebuah buku yang dibaca tentang psikologi bayi di dalam kandungan.

Loya Rania mendengar kata-kata Ummar Qayyum. Aku tidak berminat hendak mendengar leterannya masa ini. Aku malas hendak fikir! Hatinya menggerutu lagi.

Kerana tidak mendapat reaksi positif, akhirnya Ummar Qayyum memberikan tumpuan sepenuhnya pada pemanduan.

“Nak jumpa siapa ni?” Akhirnya itu soalan yang ditanya Ummar Qayyum buat kali kedua semasa kereta sudah pun diparkir di tempat letak kereta bangunan The Mines. Suaranya masih lembut.

“Kejap lagi you tahulah.” Rania buka pintu kereta dan berjalan sendirian mencari pintu masuk ke dalam pusat beli-belah The Mines. Terkocoh-kocoh Ummar Qayyum mengejarnya dari belakang. Sambil berjalan, Rania berbual dengan seseorang menerusi telefon bimbit. Dia bergerak lincah dan laju.

Langsung tidak kelihatan seperti seorang ibu yang sedang mengandung. Dia turun escalator dan bergerak pantas menuju ke restoran Subway. Seorang lelaki tinggi lampai melambai ke arahnya semasa ternampak kelibat Rania. Senyuman lebar lelaki itu berubah mengecil sebaik sahaja dia perasan Ummar Qayyum ada di belakang Rania.

Betul seperti dugaanku! Mahu jumpa Farhan@ FF, desis Ummar Qayyum. Dia mengerling di sekelilingnya kalau-kalau ada kelibat Ummi Kalthum, tapi ternyata hanya Farhan seorang sahaja yang datang.

Rania duduk mengadap Farhan sementara Ummar Qayyum mengambil tempat di sebelahnya. Dia bersalam dan berbual sejenak dengan Farhan sebelum Farhan mula berbincang dengan Rania tujuan bertemu Rania di situ. Sebaik sahaja mendengar usulan yang dikemukan oleh Farhan, senyuman manis terukir di bibir Rania. Ummar Qayyum benar-benar jauh hati. Dengan aku bukan main buat muka tetapi dengan si pujangga ini, senyumannya sampai ke telinga.

“Alhamdulillah abang Farhan. Terima kasih atas kesudian abang nak bantu sekolah. Ren akan bawa usul abang Farhan ke pihak sekolah. Ren rasa tak ada masalah langsung, malah pihak sekolah sangat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada pihak pihak swasta yang bermurah hati hendak menyumbang apa-apa sahaja pada sekolah.”

Bengkak hati Ummar Qayyum makin bernanah. Rania tidak pernah meminta bantuan daripadanya atau daripada syarikatnya untuk menyumbang apa-apa bagi pihak sekolah, tapi tergamak pula memohon daripada Farhan. Kelelakiannya rasa tercabar. Tambah pedih hatinya tatkala mendengar suara lembut Rania semasa berbual dengan Farhan. Panggilan ‘abang’ yang digunakan benar-benar menghiris pedih telinganya. Bukan sekali dua bahkan perkataan ‘abang’ itu tidak pernah lekang dari bibir Rania.

“Kak Ros kata abang Farhan berbakat menyanyi. Apa kata masa hari pertandingan tu, kami jemput abang untuk sampaikan hadiah dan nyanyikan beberapa lagu,” tanya Rania.

Farhan tersenyum mesra.

“Suara abang tak sedap pun,” Farhan merendah diri. Terasa segan pula dipuji melambung begitu oleh Rania sedangkan suaminya ada di sebelah.

“Kak Ros yang kata suara abang best. Ada lenggok macam Anuar Zain,” pujian Rania menyebabkan Ummar Qayyum tersentap. Amboi mak! Lenggok Anuar Zain! Sedap sangatkan suara? Teringin pula aku hendak mendengarnya.

“Bukan apa abang Farhan, kami nak memotivasikan budak-budak kami yang malu dan tak berkeyakinan tu. Susah nak fahamkan mereka bahawa bidang kesenian yang dimiliki oleh mereka merupakan satu aset penting yang boleh mereka gunakan untuk kembangkan kerjaya. Jadi contoh paling dekat dan nyata yang kami boleh tunjuk ialah abang. Bukan setakat hebat dalam akademik bahkan berbakat menyanyi.”

“Mana ada bakat menyanyi pun! Ren ni puji I lebih-lebihlah pula Qayyum,” ujar Farhan pada Ummar Qayyum. Dia berasa malu.

“Bukan Ren yang kata, Kak Ros. Bukan calang-calang orang dapat pujian daripada Kak Ros tau.” Rania terus memuji Farhan.

“Eh, abang ada dengar Ros Ilyani nak kahwin dengan abang Ren, Rais. Betul ke?” Farhan menukar tajuk apabila menyedari wajah Ummar Qayyum masam-masam manis.
“Sampai juga berita tu pada abang ya!” Rania tersengih seraya mengiyakan apa yang dikatakan oleh Farhan.

“Bila?” tanya Farhan penuh minat.

“Dua minggu lagi. Tapi mereka buat simple saja sebab ni perkahwinan ketiga abang Rais,” akui Rania.

“Tapi yang pertama buat Ros Ilyani kan?”

“Kak Ros pun nak simple juga.”

“Kalau dua-dua dah setuju macam tu, baguslah,” komen Farhan.

“Berbalik pada apa yang kita bincangkan tadi macam mana? Setuju tak datang ke sekolah kami dan buat persembahan?” Rania bertanya semula.

Anggukan Farhan membuahkan kebahagiaan di bibir Rania. Ummar Qayyum berasa seperti melukut di tepi gantang. Nampak benar Rania meminggirkannya.

Silap ke aku ikut Rania hari ini? Fikirnya semasa dalam perjalanan pulang. Aku tak ubah macam supirnya sahaja. Sampai di rumah, seperti tadi, Rania buka pintu kereta dan bergegas masuk. Tak sempat Puan Sri Zalia hendak bertanya padanya kerana dia terburu-buru naik ke bilik.

“Nak bersiap. Kejap lagi ayah kan nak sampai dengan Zara,” jerit Rania dari anak tangga apabila ditegur ibunya. Puan Sri Zalia sekadar menggelengkan kepala.

“Jumpa siapa tadi Qayyum?” Dialihkan pula soalan pada Ummar Qayyum.

“Farhan. Kawan Ren yang sama belajar di UPM dulu. Kawan rapat Ummi Kalthum,”

“Yang datang hari tu kan!” tanya Puan Sri Zalia balik. Baru Ummar Qayyum teringat akan hal itu. Dia mengangguk mengiyakan.

“Hal kamu dengan Ren macam mana pula? Dah okey ke kamu dengan dia?”

Ummar Qayyum sekadar angkat bahu. Dia duduk di sofa. Puan Sri Zalia menyainginya.

“Mama tengok saja tadi,” Ummar Qayyum mengadu.

Keluhan Puan Sri Zalia terdengar. “Sabarlah Qayyum. Mama rasa Ren tu jadi emosi macam tu dek pembawakan budak.”

“Lama ke mama perempuan mengandung berperwatakan pelik?” Ummar Qayyum mahu tahu.

“Bergantunglah, ada macam-macam fi’il perempuan mengandung ni. Ada perempuan mengandung yang lembik, ada yang kuat. Tapi mama tengok Ren ni macam kuat.

Mabuk dia hari tu pun tak lama mana. Seminggu saja dia mabuk-mabuk, itupun tak seteruk mama dulu. Masa mama mengandung dulu, haiii...teruk! Melepek mama dua tiga bulan...”

“Ada yang macam Ren?”

“Maksud kamu?”

“Ada orang yang mengandung moody macam Ren? Dia macam tak suka saja tengok saya...” Ummar Qayyum melahirkan perasaan hatinya yang selama ini disimpan sendiri.

“Apa tak adanya? Ada kawan mama tu lagi teruk. Dia langsung tak boleh tengok suaminya. Nampak kelibat pun tak boleh. Asyik nak marah dan mengamuk saja. Tiap kali suaminya datang dekat dia muntah! Macam-macam fi’il orang mengandung ni Qayyum. Kamu bersabarlah ya!”

Penjelasan ibu mertuanya sedikit sebanyak melegakan hati Ummar Qayyum. Memang selama ini dia bersabar. Selebihya dia sengaja memberi ruang pada Rania untuk bersendirian. Tambahan pula, akhir-akhir ini Rania begitu emosional dan cepat marah. Kerana itu juga, dia tidak berani naik ke atas dan lebih rela duduk di bilik tetamu di tingkat bawah untuk mengelakkan perselisihan berlaku. Yang diharapkan selepas ini ialah agar situasi itu akan kembali jernih seperti sedia kala. Namun, sesekali datang juga kecut perutnya apabila terkenangkan kata-kata Rais.

“Tapi saya risau juga mama...”

“Risau apa?”

“Mama pun kenal Ren kan? Saya takut tup tup dia buat perangai ke! Apa ke!”

“Hisss, janganlah mintak macam tu!” pesan Puan Sri Zalia.

“Rania kan biasa melalui peristiwa putus cinta, putus tunang...” luah Ummar Qayyum - meminjam kata-kata Rais tentang Rania.

“Memang betul kata kamu tu Qayyum ,tapi seingat mama, semasa berkasih dan berpisah dengan kamu sebelum kahwin dulu tu, mama tak pernah tengok Ren menangis seteruk tu. Masa dia putus dengan Farhan, dengan Halim, dia tenang saja, macam tak ada apa-apa yang berlaku.”

“Betul ke mama?”

“Betul...”

Ummar Qayyum senyum sejuring.

“Anggap saja Ren buat perangai sebab pembawakan budak. Kamu jangan risau. Habis pembawakan budak tu, Ren okey balik nanti,” nasihat Puan Sri Zalia.

Dia kelihatan begitu yakin sekali sewaktu meletuskan kata-kata tersebut padahal jauh di sudut hati kecilnya ada sejalur rasa cemas mengenangkan tingkah laku Rania yang sukar dimengertikan.

Ah! Kerenah orang mengandung seperti kata mama. Ummar Qayyum menyedapkan hati sendiri. Barangkali Rania rimas tengok muka aku. Anak lelaki kot! Fikirnya sambil tersenyum.

“Kamu bersiaplah. Nanti ayah dengan Zara sampai,” ujar Puan Sri Zalia sebelum pergi.

Sewaktu Tan Sri Razlan tiba bersama Zara Aliya, Ummar Qayyum baru selesai solat Asar. Di ruang tamu, yang menyambut kedatangan mereka ialah Rais, Murni, Puan Sri Zalia dan Makcik Rohaya. Zara Aliya diperkenalkan pada ahli keluarga. Puan Sri Zalia agak terkejut melihat Zara Aliya yang sudah bertudung litup. Wajahnya lembut dan berseri-seri.

Zara Aliya bersalaman dengan Puan Sri Zalia. Melihat air muka anak gadis yang kehilangan ibu itu, datang pula belas di hati Puan Sri Zalia. Terkenang juga dia akan kata-kata Makcik Rohaya sebelum itu.

“Ni, suami kak Rania,” Tan Sri Razlan memperkenalkan Ummar Qayyum pada Zara Aliya.

Ummar Qayyum sekadar mengangguk hormat padanya.

“Ren, sini,” panggil Puan Sri Zalia yang melihat Rania sedang menuruni anak tangga.

Rania hampiri kelompok keluarganya. Dia juga agak terkesima melihat perubahan diri Zara Aliya. Jauh berbeza dengan Zara Aliya yang dilihat sebelum ini. Raut wajahnya juga lembut dan anggun tidak seperti yang diingati sebelum ini - sombong dan angkuh.

“Kak Ren,” tangan Rania disalami Zara Aliya lalu dikucup lembut oleh Zara Aliya.

Sebaik sahaja Zara Aliya mengangkat mukanya, entah mengapa ringan saja tangan Rania meraih tubuh Zara Aliya lalu didakap serta dicium di pipi kiri dan kanan.

Air mata Tan Sri Razlan bergenangan. Terharu menyaksikan cara Rania melayan Zara Aliya. Semasa di meja makan, Zara Aliya kelihatan selesa dilayan Rania.

Puan Sri Zalia juga berkali-kali mengerling melihat hubungan akrab yang mudah benar terjalin antara Rania dengan Zara. Sejuk perutnya melihat situasi itu. Cuma yang dia tidak mengerti ialah mengapa Ummar Qayyum tidak dilayan sebaik itu oleh Rania. Kenapa?

“Mama nak teh 0 panas?” tanya Rania pada ibunya semasa mereka berkumpul dan berbual-bual di ruang tamu utama. Untuk Ummar Qayyum dengan Tan Sri Razlan, Makcik Rohaya telah menyediakan satu teko Nescafe panas. Zara Alia hanya mahukan air suam.

“Boleh juga,” sahut Puan Sri Zalia.

“Abang Rais?” tanya Rania.

“Abang tak nak apa-apa. Kejap lagi abang dah nak naik,” sahut Rais.

Murni pula selepas selesai makan malam tadi, awal-awal lagi telah membawa anaknya naik. Katanya hendak menidurkan Fahmi.

“Suka mak cik tengok keakraban Ren dengan Zara,” luah Makcik Rohaya pada Rania.
“Makcik tengok ayah macam nak menangis masa Ren peluk Zara.”

“Ren rasa dia baik mak cik. Lagipun dia adik Ren.”

“Baguslah kalau Ren fikir macam tu.”

“Ren nak ajak dia tinggal kat sini dan Ren harap Zara sudi.”

“Tanyalah dia, insya-Allah dia nak dan jangan lupa minta izin mama,” pesan Makcik Rohaya.

“Manalah tahu kalau-kalau dengan adanya Zara kat sini, mama dengan ayah Ren boleh jadi mesra macam dulu.”

Rania kembali terfikir, apakah sikap keras kepala yang dimilikinya itu sebenarnya diwarisi daripada ibunya? Mama beriya-iya menasihati aku supaya beralah, tetapi mama sendiri bersikap dingin dengan ayah!

“Ren keras kepala ikut mama kan, mak cik?” luahnya tiba-tiba.

“Mana pula! Mama kamu tu nampak saja macam keras hati, tapi lembut, kamu yang terbalik. Mak cik pun dah tak berapa kenal kamu lagi Ren.”

Rania terkejut mendengar komen Makcik Rohaya. Teruk sangatkah perangai aku?

“Tapi Ren kan sedang mengandung. Orang mengandung memang banyak ragam,” sambung Makcik Rohaya tanpa menyedari gelodak yang menjunam di hati Rania.

Teh O panas untuk ibunya sudah pun dibancuh, tetapi Rania masih tercegat di tepi meja dapur. Makcik Rohaya kembali sibuk mengemas pinggan mangkuk. Dari celahan pintu dapur, Rania sengaja mengintai orang bertiga itu berbual-bual.
Dia berasa bahagia melihat situasi itu. Kalau arwah ibu Zara Aliya menjadi pemisah keakraban antara ayah dengan mama, biarlah Zara Alia menjadi pengerat hubungan antara mereka, doa Rania semasa dulang berisi teh O panas sudah ditatang untuk dibawa ke depan.

“Zara nak berhenti kerja sebab nak sambung belajar ke?” Soalan yang diajukan oleh ibunya tertangkap dek telinga Rania semasa dia sedang menghidang air.

Zara Alia pandang Tan Sri Razlan sekilas. Dia kelihatan teragak-agak untuk menjawabnya. Puan Sri Zalia mengesan sesuatu pada pandangan orang dua beranak tersebut.

“Kenapa?” tanya Puan Sri Zalia kemudiannya.

“Sebenarnya Zara Alia dapat tawaran untuk buat master di London. Dia dah terima dan bulan September nanti, dia akan berangkat,” sahut Tan Sri Razlan.

Kecewa Rania mendengarnya. Dia baru merancang sesuatu untuk Zara Alia, tetapi rupa-rupanya Zara Alia sudah terlebih dahulu merancang perjalanan hidupnya.

“Baru kali ni Zara berpeluang datang sebab Zara teringin sangat nak kenal keluarga ni dengan lebih dekat. Zara teringin nak kenal auntie dan semua anak- auntie sebab Zara anggap ini keluarga Zara juga,” tutur Zara Alia sepatah-sepatah.

“Sebenarnya dah lama Zara teringin nak datang, tapi dia belum bersedia dan takut,” sampuk Tan Sri Razlan pula.

Puan Sri Zalia menundukkan wajahnya. Kerana sikap akukah yang menyebabkan Zara Alia tidak berani berkunjung ke sini?

“Semasa auntie sakit dan masuk wad dulu, Zara nak sangat tengok, tapi Zara takut kalau Zara datang, auntie lagi sakit,” tuturnya ikhlas.

Dia melemparkan senyumnya pada Puan Sri Zalia yang sedang merenungnya.

“Lepas ni Zara boleh datang bila-bila masa saja yang Zara suka,” pelawa Puan Sri Zalia. Hatinya tersentuh mendengar kata-kata anak yatim tersebut.

“Kak Ren baru nak ajak Zara tinggal di sini bersama kami,” sambung Rania pula.

Ummar Qayyum terharu mendengar kata-kata Rania. Sesungguhnya itulah Rania yang sebenarnya. Baik hati dan penuh empati. Tetapi bila bersama aku ke mana sifat-sifat itu bersembunyi?

“Betul kata Kak Ren tu Zara. Tinggal saja bersama kami,” tokok Puan Sri Zalia.
Kembang hati Zara Alia mendengarnya.

“Terkilan juga rasanya sebab Zara tak berani datang lebih awal. Kalau Zara tahu seluruh keluarga auntie baik macam ni, dulu lagi Zara dah datang.”

“Tak perlu rasa terkilan Zara. Mulai sekarang, Zara dah jadi keluarga kami.”
Puan Sri Zalia tiba-tiba begitu teruja.

Sekali lagi Zara Alia bersama Tan Sri Razlan berpandangan.

“Selain menyambung pelajaran di London, Zara juga nak berhijrah di sana,” ujar Tan Sri Razlan perlahan. Hujung matanya sudah mulai berubah warna - merah dan berair.

Terperanjat Rania mendengarnya. Puan Sri Zalia pula terkebil-kebil. Kerana itukah Zara Alia memberanikan datang ke sini? Kerana dia mahu berhijrah dan meninggalkan Malaysia? Bisik Rania dengan perasaan yang sebal.

Aku juga mempunyai agenda yang tersendiri! Dalam sepi dan sunyi yang membelenggu, Rania mengerling Ummar Qayyum. Terkedu dirinya kerana ketika itu mata Ummar Qayyum sedang tajam memamah wajahnya.

Oh angin! Berita apakah lagi yang akan kau bawa masuk ke rumah ini?

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CikguRania2_Siri33__Sepertianginmembawaberita_/Article/index_html

Friday, February 22, 2013

Berisi sikit apa salahnya...

Selepas bersalin anak ke 2 pd 2009, koi gunakan suntikan depo sebagai langkah merancang keluarga. Koi tak sure sama ada mmg suntikan hormon tersebut yang menjadikan badan koi membesar bagai johan atau tak kerana koi jarang lunch sebab takde kawan. Selalu tapau breakfast jer. Pastu koi berhenti buat injection lepas setahun dan rancang sendiri2 jer. Pakai Maajun Anggun Bistari pun ikut suka hati...rasa nak makan...koi makan...rasa macam malas..tak payah makan...

Sebelum bermulanya bulan puasa 2012, suami koi ajak pergi beli baju raya. Awal gila cari baju raya. Cari punya cari..asal koi berkenan jer takde saiz..asal koi berkenan jer..takde saiz...saiz baju yg cantik tertarik semuanya untuk orang badan kecil hingga sedang-sedang ajer....yg super kiut macam koi takde saiz..sedihnya...En. Suami koi kesian kot..dibelikan minuman fiber jenama apa tah. Boleh makan apa saja kecuali minum ais. Takdelah nak pantang makan nasik segala tu...Koi pun try ler...sepanjang bulan puasa tu...di samping diet waktu puasa..koi minum air suam banyak2 waktu buka, malam, sahur. Hasilnya...hilang jugaklah dekat 8 kilo, dari 78 kepada 70kg...BMI still overweight tapi nampak la hasil.

Koi teruskan diet sampai lepas raya...dan turun lagi jadik 68kg. Biasalah raya payah sikit nak diet. 2 bulan lepas raya koi dah ngandung pulak...Okeh  aktiviti diet terhenti setakat itu sahaja. En. Suami koi gelak2... betulla orang cakap kalau gemuk kurang subur. Baru hilang 10 kilo terus sangkut...

Koi tanya jugak kat En Suami..dia kisah ke kalau koi gemuk...dia malu ke?? Sambil gelak-gelak dia jawab...
"Gemuk ke kurus ke bkn utk gua, untuk lu sendiri. Lu yang nak pakai baju kurung moden zip belakang sampai dah tak boleh zip, lu yang nak pakai kemeja tapi sampai tercabut butang tang perut, Lu yang carik baju sampai tercabut lutut tak jumpa saiz, lu yang tak larat nak kejar anak kat playground. Gua takde hal babe. Selagi muat nak kerata sedan, okaylah...takdelah nak kena angkut lu naik Hilux kann"



Terjumpalah pulak yang kat bawah ni kat wall FB...

Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?
Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak 'hikmahnya'.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.



Copy paste dr Bercinta Selepas Nikah

Thursday, February 21, 2013

Kek Velvet Kukus

Ternampak gambar ni kat fb Hatijah Rahman Cookies tadi,...aduh cantiknya....mesti sedapkan...rasa cam nak buat. tapi takpe..sabar dulu..salin dulu. Nak salin buku tak rajin, copy paste jer kat blog sendiri...
Ini koi copy paste bulat-bulat dr FB puan Hatijah yer.

kek velvet kukus by noraini md amin

5biji telur gred A ......dr peti ais
250gm tepung gandum + 1sdt baking pawder....ayak ye
150ml susu cair
180gm gula halus
2sdb susu pekat
1 sdb ovelet
1/4 sdt garam
125ml minyak jagung
pewarna........ikut suka ye...sy guna warna pelangi
cara2
1-putar semua bahan kecuali minyak & pewarna.......sampai kembang & gebu...
2- masuk minyak .....kacau sebati
3- bahagi adunan dan warnakan
4- gris loyang & alas kertas minyak
5- masuk adunan pertama........kukus 5min
6- ulang sampai habis
7- tutup permukaaan loyang dgn aluminium foil
8- dah siap kukus lg 1/2jam

Bekerja pun..kami tetap suri tauuu....


Koi tak sure sapa yang letak caption tu atas gambar Ustaz Azhar dan Ustaz Don ni...sama ada memang dua orang ustaz ni memang memberikan pendapat sebegini atau tidak...ianya sedikit menyentuh emosi koi. Tak payah la bandingkan kerja/karier siapa lebih banyak pahala, lebih mulia, lebih mengharukan.

Koi tahu tugas sebagai engineer pompuan ni memberi sumbangan kepada negara sangat sikit...tak lebih dari secubit garam di lautan. Tapi koi tetap beranggapan tak payah bandingkan tugas-tugas seperti.... jadi cikgu lebih mulia kerana mendidik anak bangsa, tugas sebagai polis menjaga keamanan negara lebih besar mulianya...kalau terkorban masa bertugas dah kira jihad, jadi doktor lagilah mulia selamatkan nyawa orang, jadi surirumah sepenuh masa lagi besar pahalanya jaga suami dan anak-anak, suami pun tak susah hati.

Ibu koi surirumah dan koi rasa sgt bertuah kerana balik sekolah je makanan dah terhidang, rumah bersih sempurna, kerja sekolah siap sempurna. Dulu2 masa kecik tgk kawan yang mak bapaknya kerja, belanja sehari RM10. Koi sehari RM2 jer. Tapi RM10 tu termasuk makan tengahari sbb mak kerja tak balik masak...Tiap pagi bawak bekal sarapan nugget, sosej,nugget, sosej. Koi tak pernah jamah pun menda alah nuget dgn sosej tu...sebab Mak koi buat sarapan jemput, lempeng, mi goreng, nasi goreng. Nampak macam mewah aje makan nuget dgn sosej tu...padahal ibu bapanya mengejar masa. Selalu tengok dia dapat jam mahal2, dapat kasut sukan berjenama dan koi selalu puji cakap bertuah engkau. Tapi dia pulak cakap..takdelah,ko lagi best...bila tanya apasal pulak...Dia tak pernah jawab...dia senyum je. Sekarang baru koi faham.

Setiap tanggungjawab yang telah Allah amanahkan itu ada kemuliaan dan pahalanya.

Walaupun bekerja...bergaji...tapi gaji koi bukan untuk beli SKII, jauh sekali beli tudung Fareeda, tidak sekali untuk Habib jewels yer...semuanya untuk Drypers, Dutch Lady 456, TM, Maxis, TNB, SAJH, Nissan, PTPTN, dll...

Walaupun bekerja, title engineer tu tertinggal kat punch card kat opis...tapi tanggungjawab sebagai pekerja tu tetap ada. kadang2 dah pukul 9 malam pun bos boleh call lagi tanya itu/ini. Sampai jer rumah dah macam katun menguruskan rumah...So, bekerja atau tak bekerja...kaum isteri ni semua wajar digelar suri tau...

Walaupun bukan fulltime surirumah..Harap2 koi ni fulltime suri dihati En. Suami hingga ke akhirnya..Aminnn..

Wednesday, February 20, 2013

Bangkitlah anak muda Malaysia

Ini adalah hasil tulisan YB Nurul Izzah Anwar, koi suka baca idea dan pendapat beliau yang mana koi rasakan sangat bagus untuk kita fikir-fikirkan. Jangan fikir dia dari parti mana...tapi baca dan buka hati serta minda. yang merah-merah tu nasik tambah aje yer...

NURUL IZZAH ANWAR
19 Februari 2013


Negara kita kini sedang berada di persimpangan. Dengan nisbah hutang kepada GDP yang kini sudah mencapai kadar 53 peratus – bahana bakal menanti anak muda yang tentunya akan mengambil alih bebanan hutang negara kita pada masa akan datang.

Berdasarkan bancian 2010, bilangan anak muda di bawah umur 35 tahun adalah 65 peratus. Pada 2020, mereka merupakan penentu masa depan negara, sama ada yang masih bersekolah, mahupun profesional. Golongan inilah yang akan memutuskan jaminan serta keselamatan masa depan negara kita.

Jika dilihat statistik pengundi baru, demografi juga berubah – terdapat lebih dari 2.4 juta pengundi baru daripada 13.3 juta pengundi untuk PRU13. Ini merupakan kenaikan sebanyak 30 peratus pengundi baru jika dibandingkan 2008. ***Ye...koi antara pengundi baru ...dah terlepas 2 kali untuk membuang undi kerana lewat daftar, koi duduk di JB, tapi alamat pd IC masih di Raub. nak daftar undi mesti di Raub. Dengan itu, sempena PRU13. koi sanggup korbankan alamat Raub pada IC.

Anak muda perlu bangkit dan meningkatkan kesedaran tentang PRU13, iaitu satu peluang untuk Malaysia beralih kepada sistem dua parti supaya kita mempunyai timbang tara lebih baik demi mengurangkan penyalahgunaan kuasa yang berpotensi menjunam ke arah kezaliman parti pemerintah.

Negara kita juga mengalami masalah pengangguran dan pengurangan tenaga kerja. Antara puncanya, ramai anak muda berkelayakan universiti tidak memperoleh pekerjaan atau terpaksa mencari pekerjaan yang tidak setimpal dengan tahap pendidikan mereka. Sejak 2006-2009 juga, pengangguran graduan hampir mencecah 30 peratus. ***Koi antara graduan yang bekerja tangkap muat pd tahun 2006, ada degree engineering jaga stor jual kasut sukan dgn gaji RM900.

Inilah antara masalah anak muda yang perlu diberi perhatian dan diusahakan jalan penyelesaian agar mereka boleh mengecapi pendidikan tinggi dan pekerjaan dengan gaji yang cukup untuk menampung kehidupan di negara ini.

Salah satu inisiatif ingin saya pelopori adalah satu dasar khusus buat golongan muda yang boleh dipraktikkan di Malaysia. Antara agenda ingin saya ketengahkan dari segi ekonomi termasuklah memastikan golongan muda memperoleh pekerjaan yang akan menjamin masa depan mereka serta kestabilan ekonomi dan aset masing-masing. ***Macam mana tu...bukan mudah nak dilaksanakan bila lambakan graduan IT melebihi permintaan satu ketika dulu. Persaingan terlalu sengit bilamana lambakan kolej berbayar turut memproduksikan graduan graduan yang bukan sedikit. belum campur lagi yang berkebolehan mencetak sijil sendiri.

Golongan muda seharusnya terlatih dan mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan hutang agar mereka dapat melangsaikan segala pinjaman yang tertangguh. Kebolehan untuk menguruskan kewangan dengan baik akan  memberikan keuntungan dalam pelan jangka masa panjang. ***Yang ni susah sikit, bila ukur baju kat badan anak menteri..memanglah tak muat kat badan sendiri. Jangan didik remaja kita dengan pembelian gajet atau bermewah-mewah.

Keutuhan sistem politik yang tidak berpaksikan sistem authoritarian juga akan memanfaatkan rakyat. Masanya telah tiba untuk kita merombak sistem pilihan raya yang tidak adil. Isu pendaftaran pengundi tidak lengkap, kawasan sempadan yang tidak mencerminkan populasi pengundi, serta masalah pengundi hantu adalah perkara yang sehingga kini masih membayangi PRU.

Untuk mengurangkan masalah pendaftaran pengundi, sudah tiba masanya diwujudkan sistem pendaftaran automatik. Ia telah digunakan di negara seperti Finland, Chile, Germany dan Singapura. Sesiapa layak mengundi berdasarkan umur minimum, akan disenaraikan secara automatik untuk mengundi dalam pilihan raya. ***Patutnya dah lama dilaksanakan, yang dah mati secara otomatik dibatalkan namanya. Wajibkan setiap orang menukar alamat pada IC apabila berpindah radius melebihi 5km

Sekiranya gagasan politik yang sedia ada gagal menunaikan tanggungjawab memenuhi aspirasi rakyat, ia adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai generasi muda untuk membangkitkan sebuah gagasan alternatif agar terhasilnya timbang tara untuk kesejahteraan negara.

Saya berikan satu contoh usaha untuk merakyatkan politik dan memberi suntikan kepada semangat politik baru, di mana saya telah menjemput Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Senator Datuk Raja Nong Chik untuk turun berdebat. Rata-rata jawapan diterima daripada Barisan Nasional adalah pendirian bahawa pendebatan di dalam arena politik bukanlah sebahagian daripada budaya kita, tetapi kita harus sedar bahawa melalui perdebatan idea, cendekiawan-cendekiawan Islam seperti Ibnu Khaldun dapat mengembangkan pemikiran dan idea secara terbuka dan tidak secara sehala.

Saya pasti, berdebat dan penukaran idea adalah satu saluran penjana minda dan penaiktarafan daya intelek anak-anak muda di negara ini dan pendebatan di antara para pemimpin di mana terdapat pertembungan idea adalah satu model peranan yang baik untuk anak-anak muda di Malaysia. ***Kalau tak apa guna pertangdingan debat masa sekolah-sekolah dulu. Kalau semuanya nak berbalas sidang akhbar je bila nak habis

Sudah tiba masanya kita menghentikan trafik bertali arus yang merupakan jalan sehala. Sudah tiba masanya suara dan aspirasi anak-anak muda didengari melalui saluran-saluran yang sedia ada.

Percayalah, debat itu, budaya kita.

Dipetik dari Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/nurul-izzah/bangkitlah-anak-muda-malaysia-1.132497

Koi kagumi dia... :-)

Tuesday, February 19, 2013

Angan nak beli oven baru..

Malam tadi En Suami koi repair plug oven koi...pastu test...taraaa....dah boleh pakai semula....

"Alaaaa...buat apa ayah repair.....Baru je nak mintak yang baru...."

"Mintak ajelah....bukannya tentu leh dapat pun...kalau dapat pun bukannya tentu nak pakai..."

"Ehh..pakai apa..."

"Pakai mendenya...kalau dah oven taruk bawah kabinet sampai basah kena air"

heheheh....

Thanks sweetheart....koi memain je nak minta yg baru. Bukan selalu pakai pun. Kalau yang rosak tu dapur gas ker...rice cooker ker...mmg koi ajak gi beli dan-dan tu jugak...tapi kalau takat oven elektrik tu takyah mintak baru la sbb sebenarnya kat dalam stor kat rumah ade lagi satu oven...oven kupu2 yang tenggek atas dapur gas tu...tapi pada hari kejadian tu takde mood nak ambik oven tu yang terletak di hujung sudut stor...

Inilah rupa oven cap kupu-kupu tu...tp bukan koi punyer...google mari

*** tulisan Biru dialog Suami koi..tulisan merah dialog koi malam tadi....

Sunday, February 17, 2013

Kek angankoi musnah...

Kali ni...kek angan koi musnah bak ombak yang terhempas ke pantai..eh ech wahhhh...perkara ini hanya koi sedari setelah bersusah payah menyukat segala mak nenek khazanah tepung, gula,planta, telur...dah pukul kasik naik baik punya....masa nak panaskan oven...tiba-tiba 'TAP'. Satu rumah trip...yieeehhhhaaa...oven koi dah rosak.

Nak diapakan pulak la bancuhan kek koi tu...dengan muncung panjang sdepa koi kukus jer kek marble koi tu...huh...gerammmmm....camne plak ni...En suami koi tgk..owhh...plug oven ni basah. Nanti kita repair plug dia je....tapi sebab dah xde mood, koi dah malas nak tgk muka oven tu lagi.

Dah tu encik suami koi ni, patutnya pujukla bini dia ni dgn ayat 'Nanti kita beli baru yer'...haa..kurang sikit panjang muncung koi ni.

Dah letak dalam kukus tu...koi pun tak teringat nak tutup loyang tu dgn aluminium foil..dan kesudahannya... kek tu masuk air titisan tudung kukus. Lagilah panjang muncung koi...hiii....rasa macam nak humban aje kek tu dalam tong sampah.
Ini bukan oven koi yg rosak tu...tp kalau dapat yg begini secara fercuma...wow!


Bila malam menjelma, En. suami koi tanya...nak bagi taska kek penyet tu. Pastu ajak gi kedai kek, nak cari kek kononnya...belum sampai kedai kek gi pasaraya dekat dengan rumah nak beli susu anak. Jalan2 dalam pasaraya tu lalu kat frozen food...beli nugget ajelah. Beli nugget 3 bag, terus tak jadi carik kek. Iyelah..majlis tu kan pagi kul 8.30, mana ade orang makan kek pagi-pagi. Kalo minum petang lainlah. apa pasallah koi tak terfikir dari kelmarin lagi.




Inilah rupa kek marble penyet tu...
Pagi tadi koi goreng nugget je bawak gi taska...dan rasanya ia lebih berbaloi sebab nugget tu orang buat lauk sarapan mihoon goreng dan nasik lemak. Budak2 pun suka...habis licin tanpa balance sebelum majlis berakhir. Alhamdulillah...

Friday, February 15, 2013

Angan kek segera hancur berderai...

Petang tadi jalan depan kedai jual alat buat kek...dan alangkah hancurnya hati apabila melihat kedai kek tersebut tutup dan akan kembali beroperasi Isnin depan...huhu...nak kena cari alternatif lain la ni maknanya...

bermula la langkah membelek majalah saji, majalah rasa, fail-fail masakan yang diprint dr google,cut paste dr majalah lama2...uishhh....lecehnya nak buat kek dari A sampai Z ni...malasnya nak membasuh segala mak nenek penyukat tu karang...malasnya.....kumpul koleksi resepi rajin. Macam2 ada....tapi jarang sekali masak macam dalam resepi yang banyak2 tu.

tengoklah esok akan kuteruskan pencarian ke bandar pulak dalam perjalanan pulang dari kelas menjahit esok...


Nak buat kek..nak buat kek...

hari ahad 17/02/2013 ni Taska anak anak ada buat majlis doa selamat dan tahlil..so nak la bawak apa2 yang patut..tapi nak bawak makanan basah macam mee goreng ka..nasik lemak ke...koi ni mana la reti masak banyak...takut 2 ke 3 orang punya makan tu boleh la...

solutionnya petang karang kena pergi kedai bakery carik barang buat kek. Tapi bukan kek susah2..tepung kek yang dah sedia untuk digunakan. hehehe...cuma tambah butter dan telur...pukul sampai gebu..sedia untuk dibakar. Hasilnya setakat ini tak pernah la mengecewakan.

tapi ini angan-angan setakat hari ni la...kalau jadi...jadilah...kalau tak...beli sahaja di SDS. Koi dan suami setakat ni belum pernah join aktiviti taska budak-budak ni. sebab tarikh yang dicadangkan sebelum ni selalu sahaja ada pertembungan dgn aktiviti keluarga di kampung. So kali ni mmg takde apa2 aktiviti boleh la kitorang join. 

besok ada kelas menjahit yer..dah sebulan koi skip kelas menjahit sbb terlalu banyak agenda di pagi Sabtu. Esok dah tak boleh ponteng lagi, kang tak siap pulak bajunye. hehe...

Thursday, February 14, 2013

Cuti Raya Cina 2013

Cuti Raya Cina tahun ni tak rancang pun nak ke mana2...semuanya last minit jer. Balik kerja hari Jumaat terus siap2 dan balik Segamat dulu. Dari JB ke Segamat ikut jalan lama, tak ikut highway pun pasal En Suami malas nak main brek emergency jer nnt. 

Bertolak pukul 8.30 malan sampai Segamat dalam 12.30 malam. huh...boleh tahan jugak lamanya. Biasa dalam 2 jam setengah jer.  Petang Sabtu baru bertolak ke Raub. Sampai Raub hari pun dah malam. Dari segamat takde la jammed sgt...bila turun highway karak tu...terus stuck kat bandar Bentong...haiyyaaa....bila nak ade jalan yang takyah masuk bandar Bentong ni. Jammed rabak. Polis bersepah-sepah sana sini jaga jalan, taruk kon pembahagi jalan, bagi arahan, berdiri tgh jalan ...kesian Encik-encik polis ni yer..orang semua sibuk bercuti they'll sibuk memudahkan urusan percutian orang awam. Thanks yer En Polis Bentong.

Dari Bentong ke Raub taklah jammed sangat tapi kenderaan bergerak perlahan la...sampai Raub pukul 9 lebih. Kira okaylah. Esoknya Encik Suami tanya nak gi mana-mana tak?? Dia ajak gi Cameron Highland...malas ah..koi dah merajuk sebab dulu koi pernah ajak dia taknak gi...haha...dah petang tu koi ajak gi rumah kakak koi kat USJ. Dia tak berapa berminat sangat nak ke rumah kakak koi ni, tapi layankan koi aje. macam2 buah tangan yang bapak koi kirimkan kat kakak koi...hehe...

Sampai USJ sempat jugakla pusing2 kat area USJ 9 dan taipan. Sekadar mengulit kenangan la konon. Tengok kedai Shakey's Pizza tempat koi pernah buat part-time dulu dah dah tutup dan diganti dengan kedai Ipoh Chicken Rice. Pagi Isnin dah nak balik Raub balik...Raub dgn KL tak jauh sgt...otw nak balik tu singgah la berjalan-jalan ke ZOO NEGARA...

mahal jugak kos nak masuk rupanya...tapi takpelah untuk binatang2 dalam tu...cuma tak berapa syok sebab si Abang Mukhlis sakit perut cirit birit la pulak. Dah dipakaikan diapers, tapi dia pulak tak selesa...kejap2 ajak ayah pergi toilet...last2 tak larat nak jalan ajak balik...aiyyoo... belum puas lagi jalan. Si adiknya belum puas tengok binatang tak nak balik...yang si Abang mengaruk nak balik sebab tak sedap perut.

Pujuk adik pergi beli souvenir patung harimau baru dia nak balik. Naik kereta, minum susu terus tidor pasal kat rumah kakak koi si adik tak dapat tidur. Dia dengan ayah dia memang geng sikit, tak kerasan duduk rumah orang. 

Koi dgn mak koi dan Si UmarMahfuz





yang geramnya, bawak kamera, tapi charger tak bawak. Sempat snap sekeping aje pastu bateri habis. Gambar yang ni pakai henpon jer. 

Kitorang Balik ke JB balik hari Selasa pasal hari Rabu dah kerja. Punyalah sakit2 badan pasal lama sgt dalam kereta. Bila lagi nak berjalan ke rumah adik beradik sedara mara kalau bukan time cuti macam ni. Tapi bila time cuti, jalan mmg sesak betul2. 

lepas ni tunggu Cuti hari Raya Puasa pulak untuk balik Raub ye mak...

Wednesday, February 13, 2013

Cikgu Rania 2 (Siri 31): Semakin Jauhkah Hati?

Oleh Samsiah Mohd Nor
Hari itu hari Sabtu. Rania nampak Ummar Qayyum bersiap-siap. Malas hendak ditanyakan ke mana lelaki itu mahu pergi. Terpulanglah! Luka-luka yang dihiriskan oleh Ummar Qayyum masih berdarah! Fikirnya. Dia turun ke dapur lalu membantu Makcik Rohaya menyiapkan sarapan.
Apabila Ummar Qayyum masuk ke dapur dan membancuh Nescafenya sendiri, Rania berasa tersinggung pula. Sukarnya bermain dengan hati!

“Egois!” Rungutnya lalu keluar dari dapur dan naik ke biliknya di atas. Turun semula sepuluh minit selepas itu, dia nampak Ummar Qayyum sedang mencuit pipi Fahmi yang ada di dukungan Puan Sri Zalia. Murni pula berdiri di sebelah ibunya.

Dia hendak mencabar aku rupanya! Silakan, kata hatinya lagi.

“Qayyum nak pergi ni Ren,” Puan Sri Zalia memaklumi Rania sewaktu tersuluh kelibatnya yang melintasi ruang tamu utama. Rania datang semula. Masih mengharapkan agar Qayyum menegurnya terlebih dahulu tapi itu tidak berlaku. Kalau Qayyum boleh berkeras, aku pun tidak akan berlembut.

“Pergi dulu,” ujar Ummar Qayyum secara umum.

Sungguhpun marah, Rania tetap berasa hampa. Lelaki ini sememangnya sudah benar-benar berubah! Hatinya terus berkata-kata.

“Balik cepat ya! Nanti Ren nak umumkan sesuatu pada Qayyum,” sapa Puan Sri Zalia dengan wajah berseri-seri.

Ummar Qayyum berpaling seketika pada Puan Sri Zalia. Senyum nipis terukir di bibirnya.

“Bye Fahmi!” ujar Ummar Qayyum sebelum pergi.

Sebaik sahaja Ummar Qayyum memasuki kereta, Rania bergegas menuju ke arah dapur. Dia tidak suka mendengar apa yang didengarinya tadi.

“Mak cik beritahu mama ke?” tanya Rania pada pembantu rumahnya.

“Beritahu apa?”

“Tentang kandungan Ren!”

“Memanglah mak cik beritahu. Takkan nak sorok lama-lama. Mak cik tak boleh buat macam tu,” sahut Makcik Rohaya dengan rasa bersalah.

“Mak cik ni...! kan Ren dah pesan. Tak boleh simpan rahsialah mak cik ni,” bebel Rania.

“Mak cik tak nak bersubahat menyembunyikan berita gembira. Mama Ren dengan Qayyum patut tahu!” tegas Makcik Rohaya. Rania mendengus lalu duduk di kerusi mengadap taman mini milik ibunya.

Di pagar belakang, dia nampak kelibat seseorang sedang mengintai-intai dari celahan pintu pagar yang berkunci.

“Siapa tu mak cik?” soal Rania. Makcik Rohaya menjengah.

“Ooo bibik rumah belakang tu. Dia nak bagi jamu ke si Murni lah tu!” terang Makcik Rohaya.

“Jamu apa?” tanya Rania pelik.

“Jamu nak cantik.”

“Kejap ya, biar Ren ambilkan,” ujar Rania seraya menghala ke arah perempuan muda tersebut.

Sebaik disapa Rania, bibik yang berkulit gelap dan gempal itu kelihatan serba-salah.

“Ya mau kasi ini sama buk Murni. Jamu ini,” ujar bibik itu dalam loghat Indonesia seraya menyerahkan sebuah bungkusan kepada Rania.

“Nanti saya serahkan. Siapa nama bibik ni?” sapa Rania sopan.

“Basyuro nama saya. Dikasih sama buk Murni ya ibu, bungkusan itu!” pesannya sebelum pergi.

Rania membawa bungkusan itu masuk lalu diletakkan di atas meja dapur.

“Sejak bila Murni kenal dan berkawan dengan bibik tu? Tak pernah Ren nampak pun sebelum ni!” ujar Rania seraya memerhatikan bungkusan tersebut dengan penuh minat.

“Entah, tapi dah beberapa kali juga bibik tu belikan dia jamu. Dia cakap pada mak cik jamu untuk langsing dan perapat, hemmm....!” Juih Makcik Rohaya seraya mengintai kalau-kalau ada kelibat Murni di situ. Yakin Murni tiada, dia menambah.

“...tapi tak berkesan pun. Rais hendak bermadu juga!” sindir Makcik Rohaya sambil tergelak kecil.

“Nak tengok jamu apa!” Dengan selamba Rania membuka bungkusan tersebut. Di dalamnya ada beberapa bungkusan jamu, dua ketul sabun pembersih muka dan terselit sebiji botol kecil berukuran 4 sentimeter yang diikat pada bungkusan jamu. Botol kecil itu berisi cairan berwarna kuning lembut.

“Apa ni mak cik?” tanya Rania pelik.
Makcik Rohaya yang sedang mengambil buah dari dalam peti ais menoleh dengan wajah berkerut. Dia dekati Rania dan capai botol kecil itu.

“Ni macam minyak saja.” Botol kecil itu didekatkan pada matanya.

“Apa yang ditulis tu?” bisik Makcik Rohaya pada Rania.

“Tak tahu mak cik. Tulisan apa ni?” tanya Rania.

“Eh apa benda si Murni ni?” Makcik Rohaya mulai rasa pelik. Diarahkan Rania membungkus semula barang-barang tersebut tetapi botol kecil berisi cairan tidak dimasukkan semula.

“Kenapa mak cik ambil botol tu?”

“Mak cik curiga. Pelik pula ada botol macam ni,”

“Selama ni tak ada ke?” tanya Rania penuh minat.

“Entahlah Ren. Masa mula-mula bibik tu kasi dulu-dulu, mak cik curi-curi buka juga sebab nak tengok apa isinya bungkusan tu tapi memang jamu saja tapi lepas tu bila kebetulan mak cik ambil, tak adalah mak cik buka lagi.”

“Mak cik nak buat apa dengan botol tu?” tanya Rania. Dia kurang senang dengan tindakan Makcik Rohaya.

“Shhh...” Makcik Rohaya memberi isyarat. Jari telunjuknya diletakkan di bibir. “Mak cik nak periksa,” bisiknya semasa menyedari Murni masuk ke dapur bersama Puan Sri Zalia.

“Ni bibik bagi ni,” beritahu Rania pada Murni. Berubah air muka Murni seketika.

“Oh bibik Basyuro datang tadi ya?” Murni kelihatan teragak-agak.

Dia memandang bungkusan yang diletakkan di atas meja. Puan Sri Zalia nampaknya kurang berminat dengan cerita jamu tersebut tetapi matanya tajam merenung Rania.

“Ren, mama nak cakap dengan Ren kejap,” ujar Puan Sri Zalia pula.

Makcik Rohaya menyambung kerjanya. Dia memotong buah lalu dihidangkan di atas meja.

“Sekarang ya Ren,” ujar Puan Sri Zalia melihat Rania tidak bergerak. Sudah diduga Rania apa mahu ibunya.

Di dalam bilik ibunya, wanita itu berkhutbah panjang. Macam-macam yang dinasihatkan kepada bakal ibu muda yang dianggapnya masih bersifat keanak-anakan.

“Mama ingat makin lama Ren makin matang tapi meleset jangkaan mama. Sejujurnya mama kecewa dengan sikap Ren. Ren tahu tak?”

Rania memeluk kepala lutut. Dia lebih rela berdiam diri daripada berbalah dengan ibunya.

“Kalau Makcik Rohaya tak beritahu pada mama, sampai bila Ren nak rahsiakan dari kami tentang kandungan Ren tu?” Puan Sri Zalia memerhatikan Rania.

Rania diam lagi.

“Betul ni Ren tak nak beritahu pada Qayyum tentang kandungan Ren?” tegur Puan Sri Zalia.

Keras kepala Rania makin menjadi-jadi. Teringat wajah selamba Ummar Qayyum pagi tadi makin hilang mood Rania untuk berkongsi apa-apa cerita dengannya.

“Ren tahu tak apa yang Ren buat ni salah dan berdosa?” Puan Sri Zalia tidak dapat menerima cara Rania. Beberapa kali dia beristighfar melihat kedegilan Rania. Sungguh tidak diduga sejauh itu kemelut yang melanda rumah tangga anak menantunya. Dia perasan Ummar Qayyum dengan Rania kurang berinteraksi akhir-akhir ini tapi sangkanya kesibukan Rania dan kesihatan Ummar Qayyum yang menjadi punca. Rupa-rupanya masalah mereka jauh lebih kronik daripada itu.

“Kalau mama nak beritahu pada dia, terpulanglah. Tapi dari mulu Ren, takkan Ren beritahu,” akhirnya Rania berkata demikian.

“Kenapa Ren jadi keras hati macam ni? Apa salah Qayyum? Ren kena ingat Ren tu isteri tau!”

Kenapa semua orang nampak aku sahaja yang bersalah padahal kalau bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi? Kenapa Ummar Qayyum tidak disalahkan?
Hakikatnya Ummar Qayyum sebagai nakhoda sebuah rumah tangga yang gagal memainkan peranannya. Silapkah aku menikahinya?

“Mama memang tak faham.” Puan Sri Zalia menjeling. Geram sungguh dia akan sikap Rania yang keras kepala dan degil itu.

“Cuba Ren tengok Murni tu. Perhatikan sikap dia. Pernah Ren tengok dia buat perangai walaupun Abang Rais tak endahkan dia? Pernah Ren nampak dia tarik muka? Pernah Ren lihat dia buat perangai walaupun dia sedar Abang Rais akan madukan dia tak lama lagi?”

“Ah, dia baik. Tak macam Ren ni,” sindir Rania. Dia sedar ibu sangat menyebelahi Murni sekarang.

“Ren, mama suruh Ren tengok dan belajar daripada Murni. Mama suka sikapnya yang reda dan menerima takdir tanpa rungutan. Sikap yang sedemikian membuatkan kita jadi sayang padanya walaupun mula-mula dulu mama kurang suka pada dia.”

“Mama, Murni tu siapa? Mama pun tahu kenapa Abang Rais nikah dengan dia kan? Dia tu bernasib baik sebab Abang Rais selamatkan maruah dia dan turut selamatkan anak dia. Memang dia patut sedar diri dan tahu diuntung!” bantah Rania.

Sakit juga hati apabila ibunya membanding-bandingkan dirinya dengan Murni. Sekarang semua orang dalam rumah ini mengagung-agungkan Murni. Bukan sahaja Ummar Qayyum bahkan ibunya sendiri pun sudah memihak pada Murni. Puan Sri Zalia menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Dia makin tidak mengerti akan sikap anak bongsu yang semakin ketara buat perangai akhir-akhir ini. Pembawakan budakkah?

“Tak baik menghina Murni begitu Ren,” nasihat Puan Sri Zalia.

“Ren tak hina dia tapi Ren tak suka mama membandingkan dia dengan Ren.”

“Mama pelik dengan sikap anak mama akhir-akhir ni! Mana perginya anak mama yang selama ini mama kenali sebagai seorang anak yang baik hati, yang sayang pada semua orang? Hari ni mama tengok Ren tak macam Ren yang mama kenal dulu.”

“Ya, semua orang dalam rumah ni dah berubah. Yang baik dah jadi jahat, yang jahat berubah baik! Ren dah berubah jadi hantu kot! Murni pula dah jadi bidadari sebab tu lah mama, Ummar Qayyum mulai sayang dan mesra dengan dia!”

“Ren cemburukan Murni ke?”

Rania terdiam. Cemburukah aku padanya? Barangkali! Dia pernah jadi buah hati Ummar Qayyum dan sekarang menjadi kesayangan ramai termasuk emak Ummar Qayyum. Aku? Datang belas di hati Puan Sri Zalia melihat air mata Rania yang mulai bergenang-genang.

“Apa yang berlaku Ren? Mama terlepas sesuatu ke?” Suara Puan Sri Zalia mulai mengendur.

Setitis air mata Rania jatuh ke pipi.

“Ren...” Suara lembut Puan Sri Zalia bagai air yang mengalir tidak berupaya menenangkan jiwa lesu Rania. Rania patungkan dirinya.

“Ren kena belajar bertolak-ansur. Sebagai isteri kita perlu banyak berkorban.”

Pujukan Puan Sri Zalia tidak berbekas di hati Rania. Tika dan detik itu, dia lebih senang berdiam diri. Dia malas terhegeh-hegeh dan mengalah. Buat masa ini dia masih berharap agar Ummar Qayyum yang memujuknya. Kebelakangan ini Ummar Qayyum agar keras dan ketara menyalahkan dirinya dalam banyak hal. Sekarang dia lebih suka mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan masa mengubah keadaan.

Tidak terlintas langsung di hatinya hendak menyampaikan berita kehamilannya kepada Ummar Qayyum tetapi kalau emaknya hendak memaklumkan berita tersebut kepada Ummar Qayyum biar sahaja. Begitulah juga sebaliknya. Dia sudah tidak kisah.

Malahan, untuk melupakan kemelut yang melanda rumah tangganya, dia menyibukkan diri di sekolah. Apa sahaja kerja-kerja yang dilonggokkan kepadanya, diterima sahaja tanpa bantahan malahan apabila dipanggil oleh Encik Salman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyandang jawatan setiausaha Lembaga Pengawas pada tengah-tengah tahun pun dia mengangguk sahaja.

“Saya serius ni Cikgu Rania,” tegur Encik Salman menyedari tiada bantahan daripada Rania.

“Saya pun serius tapi Cikgu Salman yakin ke saya boleh buat kerja ni? Saya kan pernah ada kes dengan murid bernama Shahir Fikri dulu? Encik Salman dah lupa?” Sengaja Rania membangkitkan cerita tentang kes salah laku murid yang melibatkan dirinya dulu.

“Saya ingat dan sebab kes itulah saya pilih cikgu. Saya yakin cikgu tahu cara mengawal murid.”

“Okeylah kalau cikgu fikir begitu.”

“Kalau begitu senang cerita. Sekarang saya serahkan tugas ini pada Puan Rania. Saya yakin Puan Rania dapat mengambil alih tugasan tertangguh tersebut,” ujar Encik Salman, dengan wajah serius.

Tugasan tertangguh? Hati Rania berdetak tapi mengenangkan keadaannya yang sedang rusuh saat itu, tidak ditanyakan dengan lebih lanjut tentang hal berkenaan. Dia mahu segera keluar dari bilik PK Hem dan pulang ke rumah serta merehatkan tubuh dan minda yang dirasakan begitu penat sekali.

“Puan Rania boleh berbincang dengan Puan Shiela dan Puan Asyikin tentang unit pengawas kalau saya tak ada di pejabat,” sambung Encik Salman lagi. Rania mengangguk tanda akur pada arahannya.

Keluar dari bilik Encik Salman, Rahah sudah sedia menunggunya di tepi mesin perakam masa. Bersamanya ada seikat buku latihan murid yang mahu dibawa pulang ke rumah.

“Encik Salman panggil kau sebab suruh kau ambil alih tugas Sheila kan?” serkap Rahah dengan wajah tidak puas hatinya. Suaranya diperlahankan. Dia berjalan beriringan dengan Rania menuju ke tempat parkir kereta.

“Mana kau tahu?”

“Semua orang tahu. Kau terima?”

“Hmm.” Rania mengiyakan.

“Kenapa kau terima? Kenapa tak tolak saja? Kau kan tengah mengandung? Kerja kau dah banyak, kenapa kau galas kerja orang yang tak sudah tu?” marah Rahah. Terpinga-pinga Rania dibuatnya.

“Banyak yang aku terlepas pandang kat sekolah ni. Apa lagi yang aku tak tahu?” bentak Rania.

“Banyak yang kau tak tahu!”

“Memang. Memang banyak benda aku tak tahu. Aku ni macam katak bawah tempurung. Itu sebab aku ketinggalan banyak hal. Banyak benda yang aku buat tak betul. Memang salah aku kalau aku ketinggalan dan terlepas pandang pun!” Tiba-tiba Rania berubah emosi. Wajah Rahah berubah. Dia kelihatan bersalah. Bahu Rania dipaut lembut.

“Ren, akhir-akhir ni aku tengok kau macam tak berpijak di bumi. Kau ada masalah ke?”

Keprihatinan menyebabkan Rahah bersikap menjaga tepi kain orang.

“Aku nak balik Rahah. Aku penat. Aku nak berehat!” ujar Rania.

Dia belum bersedia untuk berkongsi masalahnya dengan sesiapa. Otaknya berserabut yang teramat sangat. Bersimpang-siur jiwa raganya saat itu. Dia mahu segera pulang. Dia mahu membersihkan diri, bersolat dan tidur. Malas untuk berfikir tentang apa-apa.

“Okey, kau baliklah berehat.”

Rahah terkebil-kebil apabila Rania meninggalkannya lalu terus memasuki kereta dan memandu perlahan. Rania berasa otaknya memberat. Dia berhenti di bahu jalan. Telefonnya berdering. Di skrin, tertera nombor yang tidak dikenali. Dia menjawab.

“Assalamualaikum Rania...”

“Waalaikumusalam....”

“Kenal tak?”

“Siapa?”

“Saya. Faheem...”

“Faheem. Abang Faheem!” teka Rania.

“Ya. Mengganggu ke?”

“Taklah.”

“Abang ada hal nak bincang dengan Rania. Boleh abang jumpa bila Rania free?” soalnya sopan sekali.

“Hal apa Abang Faheem?”

“Nanti abang cakap bila kita jumpa. Bila-bila Rania free, call abang ya!” ujar Faheem sebelum mengucapkan salam.

Rania kembali memandu. Sampai di halaman rumah, kereta Ummar Qayyum sudah diparkir di ruangannya.

Awal pulangnya! Detik Rania. Berat pula rasa hatinya hendak melangkah masuk.
Makcik Rohaya membuka pintu dan bersegera menghidangkan Rania segelas air mineral seperti biasa. Tidak lupa dia bertanyakan kesihatan Rania.

“Ren sihat mak cik.”

Dia duduk di sebelah Rania.

“Ren, makcik dah bagi minyak dalam botol kecil milik Murni pada kawan mak cik. Dia kata dia akan beritahu mak cik apa kata ustaz tentang minyak tu!” bisik Makcik Rohaya.

“Suka hati mak ciklah...” Rania melabuhkan tubuhnya lalu berbaring di sofa.
“Qayyum dah balik,” ujarnya lagi. Rania pandang sekeliling. Dia tidak nampak siapa-siapa. Murni, Fahmi malah Rais tidak kelihatan.

“Mama mana?”

“Dalam bilik. Baru saja dia masuk sebelum Ren balik.”

Jam di dinding dikerling. Menyedari dirinya belum bersolat Zuhur, Rania gagahkan diri melangkah mendaki anak tangga menuju ke kamarnya di tingkat atas.

Sebaik sahaja dia duduk di birai katil, Ummar Qayyum muncul dan berdiri tegak di hadapannya. Terkejut Rania dibuatnya.

“Ren mengandung ya?” tanya Ummar Qayyum. Wajahnya masam mencuka sampai Rania tidak berani membalas pandangannya.

“Kalau mengandung, janganlah simpan seorang. Ren ingat Ren tu siapa nak berahsia-rahsia begitu?” Hamburan kata-kata yang agak kesat itu benar-benar mengejutkan Rania.

Ummar Qayyum tidak menunjukkan sebarang perasaan gembira malah mengambil mudah berita itu. Dia tidak pernah menduga begitu penerimaan Ummar Qayyum terhadap anak yang sedang dikandungnya. Jangkanya ego dan perasaan marah Ummar Qayyum akan lenyap sebaik sahaja mendengar perkhabaran tersebut. Perasaan terkejutnya jadi berganda apabila Ummar Qayyum meninggalkannya sendirian sebaik sahaja selesai mengucapkan kata-kata bak sembilu tadi.

Benci sangatkah Ummar Qayyum pada aku sekarang ini? Dan anak ini? Ya Allah, besar sangatkah dosaku pada suamiku sampai tergamak dia meluahkan kata-kata sedemikian padaku? Dengan langkah longlai Rania menuju ke kamar mandi. Dia mahu menyejukkan hatinya yang benar-benar berasa kering dan kontang saat itu. Ya Allah! Kau berilah aku kekuatan kalau inilah dugaan yang Kau takdirkan buatku sekarang!

Friday, February 8, 2013

Pantang selepas bersalin

Rintihan seorang lelaki bernama Suami...

Saje jelah nak tertanya-tanya...berapa lama yer selalunya berpantang selepas bersalin? ada yang kata 40 hari, ada yang kata 44 hari,ada yg 60 hari dan tak kurang juga 100 hari. 100 hari? sama dengan 3 bulan tu...

Kali pertama melahirkan, koi berpantang selama 40 hari di Pahang. Tapi mak sedara tegur.."apa pasal pulak 40 hari? 44 hari laaa....ko jangan main-main. Tua esok ko tahulah...."

Erkk...4 hari pun berkira ker....dalam sela masa 40 hari tu koi mengamalkan pemakanan no goreng-goreng, no santan, no pedas-pedas, no ais. Masak sayur pun main rebus2 jer...ikan/daging pulak bakar-bakar dangan sangai jer. Makan tak boleh tambah 2 kali. sarapan pagi nasi, tengahari nasik, minum petang nasik, makan malam nasik..tapi kuantitinya ciput2 jer...sayur jer seperiuk...pasal kalau tak makan sayur mak kata nnt sembelit. luka jahitan kat bawah payah nak baik. Minum pulak air milo, air suam dan air ubat periuk sahaja. No teh tarik

Tiap hari mandi serung atau mandi air rebusan pelbagai jenis daun yang dipetik di belakang rumah. Ada serai wangi, daun sembung, pucuk jambu, daun mengkudu dan apa tah lagi. Tiap pagi dan malam bertungku pakai batu sungai. Pakai bengkung siap dengan kapur + limau nipis kat perut. air rebusan manjakani dibuat cucian intimasi supaya luka cepat baik. Huhu..tradisional sungguh.

Pasal makan tu Tak kisah sangat sebab selalu pikir orang kebuluran kat afrika tu langsung tak makan. Rasanya bukan semua orang bersalin dijaga rapi sebegini. Mak bapak koi memang rajin, bukan koi ajer...kakak dan adik ipar koi bersalin pun macam ni jugak layanannya. Terima kasihla mak & abah. Pantang makan tu takde hal sgt...cuma pantang bersama suami tua agak meragukan...hehe...

Koi bukan apa...musykil la jugak. kalau dalam 60 hari, rasanya nifas pun dah habis, tempat jahitan pun dah baik...luka dalaman pun Insyaallah dah baik. Perlukah kita teruskan berpantang mencampuri suami. Tak berdosa ke menolak pelawaan suami ??Hehe...sekadar satu pertanyaan yang berlegar  di fikiran.



Thursday, February 7, 2013

Afdlin Shauki Join Parti Keadilan Ke?

Afdlin shauki dan Harun Salim Bachik menghantar borang keahlian UMNO

Lawatan Team Aqsa Sharif ke HQ Keadilan

Tak kisahla parti mana satu pun..yang penting nawaitu dalam qalbu adalah untuk agama dan keamanan. Semoga usaha murni ini diberkati Allah Taala

Tuesday, February 5, 2013

Kisah Pantang Bersalin...

Dah seminggu arwah kakak ipar koi meninggal terasa macam antara percaya dengan tidak je...apapun arwah memang dah pergi jauh meninggalkan alam dunia ini. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
 
dan dengan itu juga Ibu mertua koi tidak henti-henti menasihati anak-anak arwah agar tidak tinggal solat dan selalu sedekahkan bacaan al Quran buat arwah ibunya. Semoga Allah menempatkannya di kalangan bidadari syurga kerana arwah kakak ipar koi memang isteri yang baik. Sakit macam mana pun, tetap nak laksanakan tugas sebagai isteri.

Eh melalu jauh pulak...Saja la nak cerita...masa anak pertama dulu, koi pantang seminggu je kat rumah mertua. Seganla...walau baik macam mana pun ibu mertua koi itu..koi tetap segan. Yelah..mak mertua koi dah kategari warga emas...koi tak sampai hati tengok dia berjaga malam temankan koi kalau anak koi menangis malam2. Walaupun koi dah suruh tido, takyah temankan koi..kejap2 dia terjaga dengar baby menangis...hishhh...tak sampai hati lah koi. pagi2 terkejar2 nak siapkan air mandian koi, sarapan, basuh baju baby...huishh....takleh jadi ni...koi pun mintak dihantarkan balik Pahang. Duduk dgn mak sendiri tak segan sangat. Lagipun alhamdulillah sbb keadaan kedua dua ibu bapa koi setakat ni masih sihat dan bertenaga. 

Masuk anak kedua, koi pantang sendiri dan dijaga rapi oleh En.Suami ajer. Alhamdulillah...sihat walafiat. Rasa lebih cepat baik dan bertenaga sebab suami koi tak galakkan sangat berpantang dengan makan nasi lauk ikan kering dan bilis sangai tu. Pagi2 sebelum pergi kerja dia siapkan air mandian untuk koi, masak nasi, lauk, sediakan sarapan, panaskan batu tungku, basuh kain, sidai kain, hantar anak sulung pergi taska, pastu baru dia gi kerja. Rutin harian dia masa tu bermula jam 4 pagi. Kebetulan koi bersalin 2 hari sebelum umat Islam menunaikan ibadah puasa. Jadinya, dia bangun untuk bersahur sekali rap dengan uruskan rumah dan bininya sekali. 

Lepas Suami koi dah pergi kerja..koi pun tinggal dengan baby kecik berdua ajer. Seminggu pertama memang koi tak buat kerja apa-apa. Masuk minggu kedua dah boleh menyapu, lipat kain baju, mandikan baby...rasa dah sihat betul lah...masa tu pakai set bersalin nona roguy..tapi pil jamu dalam set NR tu koi takleh makan la pulak. Asal makan je, baby diarrhea la pulak, sebab masa tu bagi susu badan sepenuhnya...kesian pulak sampai nak melecet buntutnya. Sudahnya pil tu buang ajer. 

Untuk Anak ketiga yang akan datang ni InsyaAllah akan berpantang di rumah sendiri jugak. Mungkin mak mertua akan datang tolong tengokkan 2 abangnya sebelum koi keluar hospital nanti. Mudah-mudahan semuanya selamat. InsyaAllah...


 

Cikgu Rania 2 (Siri 30): Di Sebalik Jendela Hati

“Kau mengandung Ren!” Mata Rahah berkaca-kaca. Menjadi orang pertama mengetahui tentang kandungan Rania merupakan sesuatu yang amat menggembirakannya.

Rania masih di mandala tidak percaya. Benarkah aku mengandung? Oh Tuhan! Benarkah Kau telah mengurniakan rezeki pada aku di saat-saat genting sebegini?

“Dah dua bulan! Macam mana kau terlepas pandang Ren? Hai, kau ni Ren! Kau tak perasan ke kau tak period agak lama?” Rahah menduganya. Seketika kemudian nama Rania dipanggil di kaunter.

“Nurse panggil nama kau tu!” Lengan Rania dikuis Rahah. Rania masih lagi terkebil-kebil tapi segera bangun menuju ke kaunter. Jururawat bertugas memberi penerangan padanya. Beberapa peket pil turut dibekalkan.

“Bawa kad ni sekali kalau datang lain kali,” ujar jururawat yang berurusan
di kaunter hadapan.

“Kau ni kenapa Ren? Aku nampak kau macam di awang-awangan saja,” tegur Rahah yang memandu kereta menuju ke arah sekolah.

Dia sengaja menawarkan diri menemani Rania untuk berjumpa doktor tengah hari tadi tatkala melihat Rania tidak sihat dan lesu.

“Aku terkejut dan masih tak percaya,” akui Rania.

Keluhan Rahah terde–ngar. “Kau ni pelik betul. Dahlah tak excited dengan berita macam tu, mengan– dung pun tak perasan.”

“Entahlah Rahah. Ba­nyak sangat urusan sampai aku tak perasan aku me­ngandung dua bulan. Aku masih tak percaya.”

“Percayalah. Kau tak nampak muka doktor tadi masa beritahu kau? Dia lagi excited daripada kau. Siap tanya kenapa husband tak datang. Kau ni pun satu Ren, ada ke peristiwa-peristiwa bersejarah macam ni kau sorok-sorok pula dari Qayyum.” Rahah terus memberikan pelbagai komen.

“Mana aku sorok. Aku tak pasti. Petang semalam aku rasa lain macam. Tekak mual-mual, rasa loya. Aku ingat angin.”

“Sakit sakit pun, pergi sekolah juga! Sekarang macam mana? Mual lagi?” Leteran Rahah berpanjangan.

“Masih tapi tak seteruk petang semalam.”

“Qayyum tak perasan ke?” tanya Rahah lagi.

Berubah air muka Rania tapi langsung tidak disedari Rahah kerana dia lebih memfokuskan pada pemanduannya. Sampai di pekarangan sekolah, Rahah memarkir keretanya di sebelah kereta Rania.

“Kau balik berehat tahu dan jangan lupa surprise husband kacak kau tu! Mesti dia gembira dan geram. Geram sebab kau tak pergi klinik dengan dia!” usik Rahah yang tidak tahu cerita hujung pangkal.

Rania senyum cuma. Kalau orang lain bahagia benar menerima berita seumpama itu, mengapa dia berasa kosong? Tidak dia mengerti akan perasaan yang melandanya saat itu. Adakah ini kerana pembawakan bayi seperti yang selalu disebut orang?

Dan fe’el aku yang pelik-pelik sebelum ini juga petanda daripada pembawakan bayi inikah?” fikir Rania dalam perjalanan pulang. Sewaktu keretanya memasuki kawasan rumah, dia nampak sebuah kereta Honda Accord diparkir di tepi laman.

“Kereta siapa?” Monolog–nya sendiri.

Mak cik Rohaya menyambutnya di pintu utama dan sempat membisikkan padanya tentang kedatangan kawan Ummar Qayyum yang bernama Ummi Kalthum.

“Murni yang duduk me­layan dari tadi. Lagak macam tuan rumah,” juih Mak cik Rohaya.

“Mama mana?”

“Keluar dengan Datin Rafeah.”

Di ruang tamu, Rania disapa mesra oleh dua orang kanak-kanak kecil iaitu anak-anak kembar Ummi Kalthum. Ummi Kalthum bangkit lalu menyalami Rania.

“Dah lama sampai?” Rania berbasi-basi.

“Lama juga tapi jangan risau Murni ada layan kami!” senyuman Ummi kalthum berladun. Dia nampak bergaya dengan blaus corak jalur hitam putih yang dipadankan dengan kain panjang yang agak ketat. Selendang berjurai yang dihiaskan dengan rantai bermanik menambahkan lagi keanggunannya.

“Ren nak air apa?” Mak cik Rohaya mencelah.

“Ren nak air suam saja mak cik,” sahut Rania dan berbual sepatah dua kata dengan tetamu yang berkunjung untuk menziarahi Ummar Qayyum.

“Masa Qayyum kat hospital, I tak sempat tengok,” ujar Ummi Kalthum ramah.

“I dah sihat Ummi. Esok lusa dah nak masuk pejabat,” sahut Ummar Qayyum.

Oh! Begitukah? Kenapa dengan aku Ummar Qayyum tak maklumkan yang dia sudah berhasrat hendak ke pejabat?

“Nampak you jalan pun macam belum stabil,” komen Ummi Kalthum.

Rania jauh hati. Sesekali dia mengerling Ummar Qayyum yang kelihatan begitu senang menerima kunjungan daripada teman lama.

“Memang pun Kak Ummi. Murni dah cakap abang kena rehat lagi kat rumah tapi abang ni degil, sibuk nak kerja,” sampuk pula Murni.

“Tengok, ramai orang sayang dan ambil berat tentang you Qayyum. Beruntunglah you.”

Ummar Qayyum tergelak kecil.

Buat kali kedua Rania terkebil-kebil. Apa sudah jadi? Kenapa dua perempuan ini lebih mengetahui tentang situasi Ummar Qayyum daripada aku? Ummar Qayyum pun satu. Dengan aku, Ummar Qayyum seperti orang asing tapi dengan Murni dia nampak mesra dan boleh bergurau. Dengan Ummi Kalthum anak beranak pun bukan main mesra lagi.

Rania makin penat dan bosan kerana tidak pandai menyesuaikan diri sewaktu mereka semua berterusan berbual bersama-sama. Dia hanya mendengar perbualan orang bertiga itu. Rania teguk air suam yang dibawa oleh Makcik Rohaya. Si kembar Ummi Kalthum pula leka dengan bayi yang berada dalam dodoian Murni.
Gelak kecil Murni sesekali singgah di telinganya apabila si kembar mengusik si bayi kecil.

“Suka baby ya!” tegur Ummar Qayyum.

“Mereka ni memanglah suka sangat baby,” akui Ummi Kalthum.

“You tak nak tambah anak lagi ke Ummi?” tanya Ummar Qayyum.

“Eh...tanya kita pula! I yang patut tanya you,” perli Ummi Kalthum.

Ummar Qayyum endah tak endah sahaja dengan gurauan Ummi Kalthum. Rania bertambah kecil hati. Tidakkah kau sedar Ummar Qayyum bahawa aku sedang mengandungkan anak kita? Kata hati kecil Rania. Tiba-tiba mualnya datang kembali. Merasakan Ummar Qayyum dan Murni mampu melayan tetamu yang hadir, Rania minta diri untuk naik ke bilik.

“Tak apa Ren. You pun baru balik sekolah. Masih penat,” ujar Ummi Kalthum ramah.

Rania mengerling pada Ummar Qayyum. Lelaki itu asyik melihat kerenah si kembar yang tidak lekang daripada Fahim.

Rania bawa dirinya sendiri. Dia masuk ke bilik air dan bersolat Asar. Lama dia berdoa di sejadah. Seketika kemudian, pintu biliknya diketuk.

Qayyumkah? Hatinya berbunga tiba-tiba tetapi yang muncul di ambang pintu kamarnya ialah Makcik Rohaya.

“Boleh mak cik masuk?”

Rania angguk. Dia melucutkan telekung lalu menghampiri Makcik Rohaya yang duduk di birai katil. Sekurang-kurangnya ada juga Mak cik Rohaya yang sudi menjengahnya kalau bukan Ummar Qayyum.

“Kenapa Ren tak duduk bilik bawah? Qayyum kan ada kat bawah?”

“Kenapa mak cik tanya macam tu?”

“Er...sebab mak cik rasa tak berapa manislah Ren duduk kat atas sedangkan Qayyum ada di bawah,” nasihat Makcik Rohaya.

“Ren lebih selesa duduk bilik lama Ren ni.”

“Mak cik bukannya nak sibuk menjaga tepi kain orang tapi...err...” Ucapan Makcik Rohaya tersekat-sekat.

“Apa maksud mak cik?”

“Rasa mak ciklah, bila Ren duduk di atas, Ren beri peluang pada orang lain untuk rapat dengan Ummar Qayyum.”

“Maksud mak cik, Murni?”

Makcik Rohaya angguk. Rania bangkit lalu menuju ke jendela yang tertutup. Fikirannya makin bercelaru mendengar penerangan Mak cik Rohaya. Tidak salahlah apa yang aku fikirkan selama ini. Mak cik Rohaya pun perasan. Rania meraba-raba perutnya. Hiba datang lagi.

“Mak cik minta maaf kalau apa yang mak cik sebutkan tadi buat Ren sedih.”

Mak cik Rohaya sudah berdiri di sisi Rania. “Mak cik...er..bukan bertujuan hendak menghasut cuma mak cik nak ingatkan sahaja sebelum nasi menjadi bubur.”

“Terima kasih mak cik.” Bahu Mak cik Rohaya dipaut Rania. Hati Rania berdebar-debar. Sejauh itukah kebimbangan Mak cik Rohaya terhadap apa yang diperhatikan? Apa yang Makcik Rohaya nampak yang barangkali aku terlepas pandang? Ringan mulutnya hendak bertanya tapi berat pula hati hendak mengadu rasa.

“Ren sihat?” Pertanyaan Makcik Rohaya membuatkan Rania menjadi sebak dengan tidak semena-mena. Spontan, dia lentukkan kepalanya di dada Mak cik Rohaya.

“Apa yang mengganggu Ren? Mak cik lihat akhir-akhir ni Ren macam tak sihat saja. Banyak berdiam diri. Tak ceria, kenapa?”

Rania diam cuma. Perlukah aku bercerita pada Mak cik Rohaya?

“Ren masih bermasalah dengan Qayyum?” serkap Mak cik Rohaya.

Rania hela nafas panjang. Dia sendiri buntu. Apa masalah aku sebenarnya? Mualnya datang kembali. Bergegas dia masuk ke bilik air dan keluar semula sejenak selepas itu.

“Ren mengandung ke?” tanya Mak cik Rohaya de­ngan air muka berkerut.

Rania ambil masa untuk berfikir dan mententeramkan hatinya terlebih dahulu. Selepas itu barulah dia menyampaikan berita tentang kandungannya yang sudah masuk dua bulan itu kepada Makcik Rohaya. Mak cik Rohaya peluk Rania sesungguh hati.

“Gembiranya mak cik. Mama dah tahu?”

“Tak ada siapa-siapa yang tahu. Mak cik saja yang tahu.”

“Hisss...kena beritahu mama dengan Qayyum cepat-cepat...”

“Tak payahlah beritahu Qayyum mak cik.”

Terkejut Mak cik Rohaya mendengarnya. “Ren, kenapa macam tu?”

“Dia tak kisah pun,” sahut Rania hiba.

“Kenapa Ren cakap macam tu? Qayyum tu sayang sangat pada Ren, mesti dia gembira kalau dapat tahu ni.”

“Ren tak nak dia tahu,” tegas Rania dengan suara keras. “Biar Ren seorang saja yang tahu.”

“Ren...”

“Mak cik baru tadi cakap pada Ren tentang mesranya hubungan Qayyum dengan Murni. Dulu dengan Ummi Kalthum, hah! Dua-dua perempuan tu ada kat bawah.
Biarlah dia layan puas-puas...”

Seluruh rasa hati yang selama ini dipendam sendirian terhambur tidak semena-mena. Terkejut Mak cik Rohaya mendengarnya.

“Masih belum terlambat untuk Ren dengan Qayyum betulkan keadaan tu...” pujuk Mak cik Rohaya yang ternyata terkejut dengan tindakan Rania.

Dia tidak pernah me­nyangka bahawa selama ini Rania menjeruk perasaan sehingga sejauh itu.

“Ren kecewa dengan Qayyum...” Rania tercebik.

“Ren ni emosi dek pembawakan budak.”

“Mungkin betul kata mak cik tapi bagaimana de–ngan Qayyum? Dia...dia...”
Tersengkak kata-kata itu di kerongkongnya.

“Dia apa Ren?” Berdebar-debar Mak cik Rohaya me­nunggu jawapan Rania.

“Ren rasa Qayyum tak bahagia dengan Ren.”

“Apa yang Ren merepek ni?”

“Ren dapat rasakannya mak cik. Ren dapat rasa.”

“Ren silap. Qayyum sayang Ren.”

“Betul kata Murni dulu. Tak ada siapa boleh me–nyayangi Qayyum seperti mana dia. Dulu Ren ingat Ummi Kalthum tapi akhir-akhir ni Ren baru sedar bahawa Murni sebenarnya lebih bertakhta di hati Ummar Qayyum,”

“Ren silap, mak cik tak percaya.”

“Hati Ren percaya dengan apa yang Ren rasa.”

“Ren kena berterus-terang dengan Qayyum. Ren jangan main-main dengan bisikan syaitan yang nak rosakkan mahligai yang baru saja kamu berdua bina,” nasihat Makcik Rohaya setulus hati.

Ketakutan Mak cik Rohaya ternyata luar biasa. Dia bimbang Rania akan bertindak bodoh akibat percaya dengan apa yang dirasakannya. Bukan dia tidak kenal akan anak majikannya yang seorang itu.

“Mak cik tengok sajalah, selama Ren balik sejak tadi. Ada Qayyum datang bertanya khabar pada Ren? Masa Ren muntah-muntah sebelum ni, ada dia kisah?” adu Rania.

“Dia pun tak berapa sihat. Kan dia baru saja nak sembuh dari kemalangan hari tu!”

“Itu kata mak cik. Tadi dia cakap kat orang berdua tu dia dah sihat dan dah nak pergi kerja,” tempelak Rania. Terdiam Makcik Rohaya dibuatnya.

“Apa-apa hal Ren mesti bawa berbincang dengan Qayyum. Jangan fikir yang bukan-bukan.”

Nasihat Mak cik Rohaya berterusan. Termakan dengan nasihat Mak cik Rohaya, Rania menggagahkan diri dan mengajak Ummar Qayyum berbincang tentang hal mereka. Dan kerana tidak mahu makan hati, diluahkan perasaan hati pada Ummar Qayyum. Pada apa yang dirasa dan apa yang dilihat. Dia tidak mahu berteka-teki di sebalik tabir lagi. Dia mahu bersemuka dan bersoal jawab dengan Ummar Qayyum.

“Apa masalah Ren sebenarnya?” tanya Ummar Qayyum balik.

“Apa maksud abang masalah Ren? Ini bukan masalah Ren seorang. Ini masalah kita!” tekan Rania.

Tiba-tiba sahaja dia berasa sebak.

“Apa masalah kita?”

“Abang tak nampak masalah yang melanda kita?”

“Yang abang nampak Ren menjauhi diri dari abang,” luahnya.

“Ren jauhi abang?”

“Bawa diri sampai ke Janda Baik,” ungkit Ummar Qayyum.

“Hal itu dah lepas bang. Yang Ren maksudkan akhir-akhir ni. Sejak abang accident, Ren perasan abang berubah. Abang tak macam abang yang Ren kenal dulu.”

“Maksud Ren abang yang berubah?”

“Takkan abang tak boleh fikir sendiri.”

“Fikir apa?” Ummar Qayyum tidak mengerti.

“Pleaselah abang. Janganlah abang buat-buat tak tahu! Ren perasan dan sedar abang berubah sejak accident. Abang dingin pada Ren. Abang tak layan Ren.”

“Oh, abang tak layan Ren?” sinis nada suara Ummar Qayyum.

Berdesing telinga Rania menerimanya. Dari hiba, dia jadi marah. Hidung Rania sudah kembang kempis menahan sakit hati kerana berasakan Ummar Qayyum mempermainkannya.

“Atau mungkin abang salahkan Ren atas kemalangan yang menimpa kita? Sama alasan seperti yang emak abang buat pada Ren. Menyindir dan marahkan Ren sebab abang accident?”

“Kenapa Ren sabitkan emak abang pula?”

“Mama pun perasan cara emak abang layan Ren. Yalah, siapa Ren ni di mata emak abang kan? Bukan menantu pilihan seperti mana Murni.”

“Abang penat Ren! Penat untuk bertekak tentang perkara remeh-temeh begini!” Ummar Qayyum mendengus.

“Kalau dengan Ren, itulah alasan abang. Penat! Penat! Kalau dengan Ummi Kalthum, dengan Murni, boleh pula abang layan sampai Subuh macam hari tu! Dengan perempuan berdua tu tak tahu penat pula!” tempelak Rania.

Tahap amarahnya sudah tidak terbendung. Dia berasa sudah lama dia bersabar dan dia tidak mahu memendam perasaan lagi.

“Apa yang Ren cakapkan ni? Kenapa Ren nak marahkan kawan dan adik abang?”

Rania mencebik. “Adik? Macam tu ke seorang adik melayan suami orang?”

“Dulu Ren cemburukan Ummi Kalthum. Belum habis cemburu Ren pada Ummi Kalthum, sekarang melarat pada Murni pula. Apa ni Ren?”

“Tengok abang! Abang masih salahkan Ren dalam semua hal. Nampak macam Ren yang bersalah. Selama ni, Ren pendam sahaja apa yang Ren nampak. Ren perhatikan abang dengan Murni. Sejak Murni balik dari kampung, Ren perasan abang dengan dia bukan main mesra lagi. Dengan Ren, abang diam dan kelu. Nak bercakap pun abang sukat perkataan yang nak keluar dari mulut abang. Tengok masa Ummi datang. Ren rasa macam Murni tu isteri abang dan bukan Ren.”

“Astaghfirullahalazim....apa yang Ren repekkan ni?”

“Betullah kata Murni lama dulu. Hati abang tak akan pernah berganjak untuk dia dan hanya dia yang kenal abang. Hari ini abang dah buktikan kebenaran kata-kata Murni. Tahniah abang!”

“Ren kena belajar rasional. Sepatutnya Ren berterima kasih dan bersyukur sebab Murni ada dan tolong tengok-tengokkan abang masa Ren ke sekolah!”

Menggelegak dada Rania mendengar ungkapan Ummar Qayyum. Kurang ajar! Dia diam sejenak. Dia sedang mententeramkan jiwa raganya yang berkocak macam lava gunung berapi yang sedang menunggu masa untuk meletup. Kalau dia berkata-kata, dia bimbang entah apa yang bakal meluncur keluar dari lidahnya yang serasa kian nipis. Bila hatinya mulai tenang balik, dia berpaling pada Ummar Qayyum dan berkata:

“Kalau dah begitu ungkapan abang, kenapa dulu abang tak kahwin saja dengan Murni?”

Ummar Qayyum tinggalkan Rania di kamar bawah bersendirian. Dia menghilangkan diri. Rania diam sejenak. Dia melepaskan rasa geramnya dengan berselimut di bawah gebar. Jantungnya berdegup kencang. Apa sudah jadi pada rumah tangga kami? Aku ingatkan persengketaan kami berakhir selepas dia menjemput aku dari Janda Baik dulu tapi meleset sekali dugaanku. Rania bangkit kerana rusuh. Dia memanjat anak tangga dan menuju ke kamarnya di bilik atas. Di atas tilam empuknya dia cuba mententeramkan diri. Dadanya berombak-ombak. Lama kemudian, dia bergerak ke jendela.

Berderau jantungnya melihat Ummar Qayyum sedang bersantai di laman berumput hijau. Bersamanya ada Murni dan Fahim.

Masih salahkah aku kalau aku berfikiran bahawa antara mereka ada satu ikatan halus yang telah terjalin sejak dulu dan hingga kini ikatan itu tidak pernah hilang?

Di sebalik langsir yang kaku, Rania masih berdiri dengan hati yang remuk redam. Melihat Ummar Qayyum mengangkat lalu mengagah-agah si kecil itu, Rania meraba-raba perutnya. Luka hatinya kian menjadi-jadi!


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CikguRania2_Siri30__DiSebalikJendelaHati/Article/index_html

Klik! Klik!

Post Terhangat