About Me - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

About Me



 

Hai... Saya Azian Khalil atau lebih mera dengan panggilan Yan & Mama Yan.

Selamat datang ke blog aziankhalil.com. ruang kecil saya di dunia maya yang menjadi teempat saya menuls, bercerita dan memuatnaik pelbagai warna dalam kehidupan.


Saya merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada 6 cahayamata. Sebagai blogger, saya percaya setiap pengalaman dan cerita, walaupun perkara biasa, tetap ada impak kepada pembaca.


Di blog ini, saya menulis tentang perkara yang berkisar dengan kehidupan saya. Ada resipi, ada makanan, kisah keluarga dan hidup seharian, tempat menarik, perkongsian tentang rumah & kebun, dunia pembinaan yang pernah saya ceburi, serta review produk, buku dan cereka yang telah saya tonton.


Menulis bukan untuk menjadi penulis tersohor, jauh sekali menjadi pempengaruh. Saya menulis demi sebuah kenangan, pengalaman dan perkongsian yang boleh diulang baca berkali-kali. Jikalau ada perkongsian di sini yang membuat anda tersenyum atau menjadi buah fikiran, ia sudah cukup bermakna bagi diri saya.


Terima kasih.


Post Top Ad