Monday, March 31, 2014

Catuan air..wajarkah mencalut?

Terbaca satu status rakan yang tinggal di Selangor yang memaki hamun kerajaan PKR kerana catuan air diteruskan hingga April.

Keluarla segala dafuq..kiemark..halam jadas semua..Ayoyo...

Pada koi...
Air paip tu asalnya dari air hujan...
turun ke bumi...jadi sungai..
dari sungai disedut..dinyah kotoran semua...
masuk tangki...
pastu baru distribute kat user semua...

Asal asal air paip tu...
Allah yang bagi...

Wajarkah kita memaki hamun kerajaan...
tak kisahla apa kerajaan sekalipun kan..
masa kerajaan Selangor bagi 20m3 air percuma...
takde pula mekacih nya...
masa dicatu..
Allahuakbar...berbakul seranahnya

Bila ada rakan lain memberi komen..
catuan air akibat kemarau..
paras air tak cukup untuk sedutan
jawapannya...bukan sbb kemarau sgt...sbb empangan kecik..buatla besar sikit len kali..
ohh...apakah membina empangan semudah membina banglo 3 tingkat??
Dengan sungai yang tercemar...
Kalau masih seperti sungai di pahang..lainla...

Kisah selangor tak cukup air ni...
berlaku setiap kali musim kemarau dari zaman dulu dulu lagi
sememangnya negeri selangor padat dengan penduduk
Dengar katanya dulu2
pahang buat empangan Jaleh di raub utk salurkan air le selangor
tak tahu apa kabar empangan tersebut

Berdoalah semoga krisis air ini tidak berpanjangan

Sunday, March 30, 2014

Al Fatihah...Amran Khalil

Cuti sekolah seminggu..koi dengan anak2 lepak kat kampung mertua di Segamat. 
Sebab cuti bulan 6 nnt nak balik Raub pulak..adik nak bertunang.

Hari Khamis..27.3.2014...dalam pukul 5 petang..
Dapat panggilan drpd abah koi di Raub
"Cheah, kede kita dah meninggal..jatuh motor"
Koi tak tahu apa yg koi rasa
Rasa macam ntah la...

Call En Suami di JB...
"Ayah..gerak sekarang..kita kena balik Raub..
De meninggal"

"okeh..gua dah gerak..tp belum naik hiway"

Memang ikut plan, En Suami dah nak ambik kitorang balik JB hari tu
Alhamdulillah dia dah gerak...

Then koi telefon kakak koi kat KL bgtahu...
Telefon adik...adik tgh bersiap nak balik
Telefon mak,..
untuk lebih info
Mak kata nak kebumi malam tu juga..
Sebab arwah cedera parah
Tak boleh tunggu lama2

Sedihh...koi takkan sempat. 
tapi takkan nak suruh tunggu

Koi sampai Raub pukul 1 lebih...
Sepanjang jalan Triang - Bera- Temerloh...
banyak sungguh lori...
terpaksa bawa perlahan
Sampai rumah..mereka semua dah pulang dr tanah perkuburan
Semuanya dah selamat

Mak agak cool...
Abah...kesedihan mmg jelas terukir di wajahnya

dengan linangan air mata abah gambarkan kecederaan yg arwah abang koi alami
- cedera parah pd bahagian kanan muka dan kepala
-patah tulang kaki kanan
- sendi kaki kiri terkeluar dr kedudukan
-patah tulang tangan kanan
Abah koi tunjukkan tempat2 kecederaan dan tindakan oleh petugas post mortem
Jahit dan bersihkan luka

Oleh kerana darah yg tidak henti2 keluar di bhagian luka di kepala..petugas hospital mencadangkan supaya 
urusan mandi dan menkafankan jenazah dilakukan di hospital sahaja
Dengan izin Allah dan bantuan pihak hospital
Urusan mandi dan mengkafankan jenazah menjadi lebih lancar..
mereka punya pengalaman yg luas dalam menguruskan jenazah

Apa yg abah kerap ulang...
Arwah tidak punya kesan calar2..lebam2..atau luka2 kecil yg lain

Tidak ada sebarang gambaran
bagaimana kejadian itu boleh berlaku
Tertanya-tanya juga...macam mana boleh jatuh motor 
menghentam guard rail
di jalan yg lurus
 Langgar lari??? Wallahualam...hanya Allah jadi saksi




 

Sunday, March 16, 2014

Bila hujan. ..

Masa Allah belum turunkan hujan...
Semua pakat up status
YA ALLAH...turunkanlah hujan. ..

Bila hujan dah turun
Bestnya hujan pagi2. ..leh sambung tido
Erk...!

Pagi ni hujan di Taman Universiti Skudai
Alhamdulillah. ..
Rindu rasanya dengan bunyi air menimpa bumbung awning
Tap tap tap

Rahmat Allah buat sekalian alam...

Saturday, March 15, 2014

Perkembangan terkini

Takde apa yang nak dicoretkan..
Sekarang tengah mabuk mengandung lagi...
baru je tahun lepas cerita pasal alahan mengandung...
Takkan nak citer lagi kan...
Umar Mukhsin sekarang dah 9 bulan lebih...
dah pandai duduk sendiri...
Dah pandai merangkak..
Dah pandai main2 sendiri. ..
Takde 24 jam nak berdukung je
Pagi tadi duduk kat depan gril pintu
Sbb abangnya main air kat luar rumah..
Terjerit jerit
Kesian pulak
Koi bagi dia join sama...
Bukan main suka lagi dia..
Alhamdulillah. ...
Syukur dikurniakan dengan anak2 yang sihat...
Anak2 yang bijak. ..
Hari ni ayah diorang kerja...
Semalam pun kerja...
Kelmarin pun keja..
Esok kerja juga...
Hari hari kerja...
Oklah tu. ..kaau tak kerja nak makan apa?
Koi pun dah tak kerja nak tolong cover

Tuesday, March 4, 2014

Confirm Sudah

Ok confirm sudah koi peknen lagi...haha...sekarang sedang mabuk lagi...
usia kandungan dalam 9 minggu rasanya
Suami koi menerima dengan hati terbuka..
sambil gelak-gelak...
ramai jugak ye anak kita...kata dia

Family?
takyah sibuk sangat la...
Susah senang kitorang sejak beranak pinak ni
Takde kitorang...kejap-kejap mak seratus...mak dua ratus...
takde duit...duduk diam..
Bank telefon jangan angkat..
Bosan kalau family yang lebih sangat bising
Rezeki kan...
Manalah nak tahu tersangkut lagi
Koi baru sekali datang bulan..
sebab tak sempat nak gi klinik untuk temujanji perancang keluarga
koi telan Postinor 2.0 je...
Sangkut juga...So...memang rezekilah

Dalam family sebelah suami
Ada anak sedara kitoarang yang dah lama kawen
tapi belum rezeki menerima orang baru
Bila koi umumkan peknency koi
Koi tak suka orang kaitkan dengan dia..
Kesian dia...
Maknanya..koi tak suka...
Bila orang tanya dia soalan...
"Ko bila lagi A (bukan nama sebenar)??
Cik Yan ko dah nak masuk 4
Eh korang sebaya kan??? "
Cuba korang pakai kasut dia plak...???!

Pastu sikit-sikit..
"Kesian Aril..kecik lagi dah ak jadi abang"
What the ....????
kalau jadi abang kenapa?
kitorang laki bini tak bagi dia makan ker?

Koi bersalinkan Mahfuz masa Mukhlis umur 1 tahun 3 bulan.
Rasanya manja je Mukhlis tu
Cukup je makan...
Bosan dengan orang yang bercakap tp tak fikir
Apa sebenarnya yang diorang pertikaikan??
Rezeki?
Ketentuan Allah?
Qada Qadar?
Kecuaian kerana mengandung lagi sedang anak masih menyusu?
kitorang ni suami isteri yang sah
Apa salahnya pun??

Orang orang tua kata
Kalau dah ngandung lagi...
Susu yang ada ni..dah tak boleh bagi anak isap
dah jadi darah...haha..
Mahsuri le koi...
Darah putih
Orang orang tua tu...sekolah pun entah tak pergi
Yang bercakap ikut rasa saja
ikut agak-agak
Nape kita nak dengar sedangkan zaman sekarang
Ada ustaz yang boleh dijadikan rujukan
Ustaz yang dah sah sah pergi ngaji

Hmm...ada benda yg nak diluah tapi takde tempat
So..blog ni sedara mara tak baca sgt
Kalau tulis kat fb...
Ada yg putus sedara lak kang..

**Doakan koi dan kandungan sihat ya
Maklumla..musim panas,
 mengurus anak sedang membesar, menyusukan dan mengandung
Amat memerlukan lebih tenaga**




Klik! Klik!

Post Terhangat