Sunday, May 31, 2015

Petua Merawat Bisul

PETUA MENGUBATI BISUL:

 Barang-barang yang diperlukan ialah :
 - botol kaca (botol nescafe@botol mayonis)
 - kertas surat khabar lama ( takyah la byk sgt....)
 - mancis atau lighter
 - kapas

 Cara-caranya :
 1. bersihkan botol
2. lap botol sampai kering
3. koyakkan kertas kecil-kecil (sepadan dengan saiz botol)
4. bakar kertas tu dalam botol
5. bila botol tu dah berasap, tekapkan botol pada tempat bisul dan darah bisul akan keluar dengan sendiri...selagi tak habis selagi tu ia akan menyedut darah bisul tu..

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Tapi kalau rasa leceh nak wat macam kat atas...boleh juga...
sbb koi pakai pantyliner bio Seleza je untuk rawat bisul.. Koi ada bisul kat ketiak...dah lama bermula..
tapi sbb tak pernah picit nanahnya sampai habis...asik ulang2...
selang sebulan bisul balik selang dua minggu bisul lagi tempat yg sama. ...
lama2 bisul tu jadi sampai besar bola pingpong...sampai takleh kepit ketiak

 Try tampal pantyliner kat bisul tu...lekatkan dgn selotape...
lepas bisul tu masak...membuak keluar nanah sampai kempis dan lembut sekitar bisul tu...
Tak ingat berapa keping koi pakai masa dah pecah tu...sampai petang nanah masih keluar..
last sekali kuar darah sikit...ok...tandanya dah habis la nanah tu...
 Tak payah menahan sakit sbb bukan senang nak picit bisul kat ketiap ni...
takyah menahan sakit kena belah dan dressing kat klinik..

 Lepas kejadian tu....
koi terpaksa percaya kehebatan pantyliner / feminin pad dengan teknologi bio velocity ni...
 Terpaksa rasa bahagia...
terpaksa rasa happy...

Dan yang dah ada pantyliner ni...jangan malas minum air ye...
Air menggalakkan BV tu berkerja..

 wasapp utk order 0177995824


Monday, May 18, 2015

Pemenang GA di Blog Dianarashid.com

Koi ada taja hadiah untuk 2 pemenang masa kak diana buat GA..
Hamelia dah dapat hadiah beliau...
Lagi satu belum munculkan diri...
Dah 2 kali koi komen kat blog beliau agar menghubungi koi....
Bukan apa...takut koi pulak yang terpakai hadiah nye tu karang...hahahaha...takla...
Acah aje..
Cuma koi rasa rasa macam ada hutang yang tak settle bilamana belum berjaya pos hadiah tu...
Katalah pemenenang tak mahu hadiah tudung tu sbb tak berkenan...
Mohon bagitahu ke koi ye...
Jangan dediam aje...kala  diam manakoi tau...
Wahai pemenang..silalah munculkan diri....
Huhhhu...

Wednesday, May 6, 2015

Oh...my blog!

Terasa macam nak spring cleaning blog...
Nak renovate kasi cun...
Dan macam macam lagi...
Tapi boleh ke buat pakai tab??

Lappy dah rosak...nak beli baru macam tak berbaloi..
Suami belikan tab...tapi tiap kali pegang tab...
Berebut pula dengan anak anak...
Eh...upah orang make up blog...mahal tak?

Koi nak tema warna pink...
All pink...dusty pink,electric pink, shocking pink..pink panther...
Pastu nak update bloglist...
Pastu nak buang blog yg koi folo bebanyak ni...
Banyak yang dah tak berupdate makan tahun...

Pastu berhasrat nak update setiap hari...
Entry penuh segar setiap hari...hihihi...
Poyo sungguh koi...hihuhihi

Nak cuci blog pakai sabun hijau ni...
Supaya lebih segar...
Lebih wangi...
Lebih licin...
Lebih sihat...



Tuesday, May 5, 2015

Pengurusan Kewangan di STEP 2015 Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman



 1# Setiap kali berhutang, catatkan dan tunjuk pada suami/ isteri supaya bila sudah meninggal, boleh dilunaskan. Kalau tak? Roh kita akan tergantung.

 2# Duit KWSP yg diperolehi boleh dilaburkan/ buat rumah/ sambung belajar. Jangan sesekali bersetuju bekerja tanpa KWSP walaupun cuma syarikat kecil. Kalau tidak, ianya salah disisi undang-undang.

 3# Sentiasa catat belanja harian. Supaya kita nampak aliran keluar masuk penggunaan duit kita.

 4# Simpanan Emas, Hartanah perlu didahulukan dan diutamakan.

 5# Cari Emas 999.9%. Jangan beli dr H**** J**** atau P** K*** kerana ia lebih mahal. Beli dari Rajhi Bank atau yg dipercayai ketulenannya dan lebih murah.

 6# Kalau kita simpan duit cash, akan dimakan oleh inflasi.

 7# Jangan jadikan emas sebagai harapan untuk dilaburkan. Sebab ramai dah tertipu. Tertipu dengan skim cepat kaya dan tertipu dengan harga spread.

 8# Jangan simplistik. Kalau kita beli 1kg goldbar, ada kah org yg akan beli 1kg goldbar itu? Kena cari potential buyer awal2 kalau nk beli 1kg. Kalau beli gram sikit2, lebih mudah cari potential buyer. smile emoticon

 9# Fikirkan juga side income. Disposable income kena tambah. Yang tak haram, yang tidak mengganggu kerja utama. Jinakkan juga diri dengan menulis.

 10# Jauhi skim cepat kaya. Kalau menjanjikan keuntungan lebih 8% setahun, itu sangat meragukan. Jangan jadi kaya pelahap.

 11# Untuk yang berumur <30 30="" ambil="" ambillah="" bila="" boleh="" dah="" itu="" jadi="" kerana="" lepas="" macam2.="" masa="" p="" perubatan.="" sakit="" sedikit="" susah="" takaful="" umur="">
12# Aqidah kena yakin bahawa kekayaan itu kurniaan dari Allah. Jangan fikir bila bersihkan harta, kita jatuh miskin.

13# Dilema nak beli rumah. Nak sewa atau beli rumah kecil? Beli sahaja rumah kecil pun tak mengapa. Bila harga naik, boleh disewakan. Kumpul hartanah sikit-sikit.

14# Downpayment boleh dapat dari KWSP selepas 5 tahun atau pinjam dahulu dari mak ayah atau kurangkan perbelanjaan tidak perlu. Cth; tak perlu astro, 3g telefon tak perlu ambil, dan beli smart tag kerana itu lebih jimat, sebab tak payah beratur panjang. Bila beratur panjang lebih banyak sebenarnya kereta menggunakan minyak. Dan bawa kereta secara berhemah.

15# Lagi lambat beli rumah, lagi cepat harga naik setiap tahun. Sebolehnya beli sebelum umur mencecah 35 tahun.

16# Harga rumah paling bagus ialah 56 kali ganda dari monthly house income. Kalau tidak mampu, beli tanah dahulu, kemudian baru buat rumah. Belilah tanah yang dekat dengan jalan raya bukan pedalaman.

17# Bayaran bulanan rumah yang ideal ialah tidak melebihi 26% dari gaji kita.

18# Tinggalkan saki baki riba kerana dosanya sama dengan berperang dengan Allah & RasulNya. 1 dirham riba dosanya sama dengan 30 kali berzina. Sama dengan berzina dengan ibu sendiri. Naudzubillah.

19# Bila nak cari peluang untuk melabur? Kita ada pelaburan perbankan Islam, Takaful dan Investment link. Laburkan juga dalam unit trust bila ada lebihan duit selama 3 tahun. Cth: amanah hartanah bumiputera, keuntungan 6% setahun, dpt 6 bulan sekali.

20# Pelaburan saham ada high risk dan high return. Dan dia tidak begitu menjamin. Tetapi bagus untuk orang yang rajin membaca. Kalau malas membaca, dan update tentang saham, jangan berani dekati pelaburan saham ini.

21# MLM untuk orang yang tak tahu malu. Dan susah sikit nak dapat keuntungan.

22# Forex trading haram sebab ia judi.

23# Cara nak buat side income paling mudah bagi mahasiswa/wi ialah dengan menjadi stokis barangan secara part time. Modal kecil, buat secara konsisten, boleh dpt untung yang banyak.


**************************************************

Koi copy paste aje... :-)

Klik! Klik!

Post Terhangat