Tuesday, October 15, 2019

Bubur Kacang...

Ini dua biji kelapa abah bagi masa balik Raub...
Tiap kali balik mesti bagi kelapa..
Mama Yan pulak,
Asyik lupa + malas nak gi hantar kedai nak parut.
Kat rumah Mama Yan takde mesin parut kelapa.
Kali ni...sebab takut terlupa,
bawa kelapa masuk kereta siap-siap...
duduk sebelah Mama Yan diam diam ye...
(pernah sekali ada sebiji yang dah cambah pucuk baru teringat)

Mohon buat tak nampak warna seat kereta yang dah berlumut berkulat tu
Lepas dah berjaya hantar parut kat kedai..
Tak tahu nak masak apa pulak...
last last masak bubur kacang..
Sebelum kacang hijau bertukar jadi tepung baikla kita masak...
Kali ni Mama Yan masak bubur kacang hijau guna gula kabung abah bagi...
Yela...
sikit hari lagi..
Gula kabung dalam peti ais tu boleh jadi batu...
lupa lak nak rakam kegigihan MY memecahkan gula kabung tu...
hahaha
Mama Yan masak guna periuk Noxxa..
dah berhabuk dah Periuk Noxxa MY ni..
Lama tak guna.
Untuk buat bubuk kacang hijau memang senang kalau gunakan Periuk tekanan ni...

Masuk kacang dan air dalam periuk,
Tutup periuk.
Setkan "high pressure" 20 minit.
dah keluar bunyi tanda dah cukup 20 minit tu..
Lepaskan dulu tekanannya...
Dah habis semua tekanan keluar,
Buka penutup.

Masa ni...MY masukkan santan dan gula dan secubit garam
Setkan kepada mode "stir fry"
Kacau kacau kacau...
bila semua gula dah larut dan santan dah masak...
Santan tak boleh masak lama lama sangat...
nanti dia pecah minyak...
Jangan lupa tutup suis karennya..
atau kalau nak bagi dia sentiasa panas..
Setkan mode "keep warm"

Tiap tiap petang hujan kat JB ni...
So, memang ngam la makan bubur kacang panas panas...
Kalau bubur kacang, ada yang suka letak sagu, 
ada yg suka letak durian juga kann...
Yang membaca blog MY hari ni...
Suka letak apa?

Lama juga la nak larutkan gula kabung tu...hahaha


Sunday, October 13, 2019

Lisa Surirumah



Dah namanya artis ye dak..
Pakai la tudung kelepet ke,
tudung karipap ke,
hatta tudung saji sekalipun..
Tetap la nampak cantik lagi menawan..

Acer mak mak..makcik makcik ni ha...
Hahahapah rupanya tau...
dah bulat rupa kepala Doraemon dah muka Mama Yan kelepet tudung macam Lisa Surihani...

Mama Yan follow IG Lisa...
Mama Yan rasa..
Mesti Lisa ni seorang anak dan isteri yang baik...
Selalu ada up aktiviti berkumpul dengan keluarga,
ziarah sedara mara dan ipar duai,
ziarah kawan sakit,
pergi riadah dengan suami & anak,

Oklah...semoga life Lisa akan terus bahagia dan ceria,
Peminat pun rasa happy follow IG dorang tengok gambar yang happy2 dan baik2...


*Nota kaki : Pernah jatuh cinta kat suami Lisa masa Mama Yan umur 15 tahun..hik hik hik





Saturday, October 12, 2019

Lunch petang Jumaat

Ini lauk pauk petang semalam,
selalu dalam seminggu tu,
makan sendiri sediri je...
Mama Yan dengan suami,
selalu makan kat kedai aje,
anak anak pula,
Mama Yan masakkan, dan dorang makan sendiri sendiri je..
Tapi semalam,
Mama Yan siap masak,
hidang kat meja, 
Lepas suami dan anak anak balik solat Jumaat,
terus makan sekali jalan...

Rasanya, 
lepas ni memang kena praktikkan,
tiap hari Jumaat wajibkan makan kat meja semua sekali...

Ayam masak kicap.

masak lemak rebung + udang
Rebung dari kampung Segamat hiris bulat-bulat,
rebung dari kampung Raub racik halus memanjang,
Campurkan aje...


Ni tauhu goreng je,
Tauhu tu Mama Yan potong empat,
lepas tu,
Celupkan dalam bancuhan tepung Bistari,
Lepas tu golekkan dalam serbuk roti + tepung Bistari,
lepastu barulah goreng dalam minyak panas sehingga garing

Ni pulak dada ayam,
ingatkan nak goreng kunyit je...
Tapi dah selalu sangat.
Tu yang goreng guna tepung Bistari tu.
ala ala pop corn chicken la konon nya ni...
sekali jalan...habisss..
Anak anak tengah sedap makan...
memang begitulaaa...

Lepas ni memang nak kena buat hari makan untuk keluarga..
Tapi tu la..
Baru minggu ni je dapat berhujung minggu di rumah..
hahaha...

Oklah,
Nak teman anak anak ulangkaji kejap
esok anak anak peperiksaan akhir tahun.

Thursday, October 10, 2019

Jadi ahli Avon pulakkk....

dah masuk 10 haribulan 10 dah...
tapi entry baru nak masuk 3 ketul..
hohoho...
very the poyo dengan azam seminggu 10 entry...

nak buat macam mana kan...
1. busy
2. Takde idea menulis

Bila nak mengarang tu...
Rasa macam tersekat kata kata dalam kepala,
tak boleh nak dimuntahkan ke dalam bentuk penulisan,
Terperaplah idea dalam kepala dan akhirnya mereput.

Minggu lepas, 
Ternampak iklan minyak minyak wangi Avon,
Far Away baru...
Terus daftar ahli...
Daftar online je..
Keinginan membeli tu rasa membuak buak sangat...
Sebab sekarang ni...
Dah boleh daftar online dan beli online juga...
Nak sangat sangat beli minyak wangi tu..
Tapi minyak wangi dexandra yg beli bulan lepas belum nuka kotak pun...
rasa macam gelojoh sangat la pulak nanti...
bawa bersabar...

Semalam Mama yan saja google Avon near me..
Jumpa satu kat sebelah U Mall..
Entah kenapa sebelum ni macam tak perasan..
Sebab memang tak cari agaknya...
Dengan penuh kegigihan Mama Yan pergi ke stokis semalam petang


Inilah hasil tangkapan Mama Yan di stokis Avon petang semalam,
Mama yan belikan suami 2 botol minyak wangi Wild Country..
haaa...yang pakai minyak wangi Wild Country rasanya geng geng otai je ni...
hahaha..
lepas tu beli losyen Far Away..
Mama Yan memang peminat Far Away dulu dulu...
Sekarang je dah tukar tukar selera sebab dah lama tak pergi Avon...
Avon yang dekat dengan rumah dah tutup,
tak tahu ada lagi satu Avon yang dekat juga.
Lepas tu beli face mask..
entah bila la tu nak pakainyaaa...


Lepas pergi Avon semalam..
Singgah Restoran Agus,
Bungkuskan roti telur kat anak anak.
Kelmarin bungkuskan anak roti telur dan dah bayar ikut harga roti telur,
Sampai rumah, 
masa nak hidangkan,..
Semua sekali dibaginya roti canai kosong..
Hmmm..
dah rezekinya roti canai la maknanya tu.
Tak rajin la pulak nak pergi kedai semula sebab dah maghrib.
Telan ajelah anak anak wehhh...

Sambil sambil tunggu siap roti telur,
Mama Yan buka la katalog..
wahh..
ada lagi rupanya konsep gosok gosok tangan kat katalog untuk test minyak wangi...
Hahahaduii..
teringat masa kecik kecik dulu,
sampai koyak katalog Avon mak sebab berebut rebut nak gosok tangan kat situ,
tak senonoh betul,
yela..
kalau lambat..
nanti wangian kat katolog tu habis.
kihkihkih...
Indahnya kenangan masa kecil dulu bersama adik beradik...

Lepas tu, 
masa duduk rumah sewa dengan kawan kawan UTM pun sama,
tiap bulan menelaah katalog Avon.
Tapi masa tu bajet tak berapa nak ada...
Beli lipstik tunggu offer RM5 sebatang.
Beli minyak wangi roll on tunggu offer RM5 sebotol.
Yang spray spray memang tak mampu le...

Avon ni,
Mama Yan memang suka sangat dengan perfume dia...
Sweet Honesty, Women of Earth, Butterfly, Imari..dan paling suka memang Far Away.
Lepas ni boleh beli online je di https://shop.avon.my/avonshop-online
hmmm....
Habislahh...macam mana nak jimat ni...hahaha

Sunday, October 6, 2019

Rumusan minggu pertama Oktober 2019

Wahh...
Dah 4 weekend busy dengan urusan keluarga...
Hihihi...
4 weekend juga tak buat operasi spring cleaning rumah..
Ada juga panggil service cleaner ni kang...

Minggu ni,
Balik kampung suami sebab kakak ipar buat yasinan..
Memang orang johor suka nau buat kenduri yasinan,
Kalau dekat nak puasa,
Berebut rebut nak booking date untuk buat yasinan.
Kat Raub dulu...
Macam takde rasanya...

Tapi Mama Yan tak tolong rewang pun...
Kawan kawan kakak ipar dan jiran jiran terdekat je dah ramai..
Kita stand by kar rumah mentua je,
Sebab rumahnya sebelah je...
Sendawa pun boleh dengar...
Ok itu tipu...
Adalah dalam sepelaung je jaraknya...

Harap harap minggu minggu akan datang,
Dapatlah berehat rehat dan bawa anak beriadah sikit


Lunch kat kampung semalam,
Bubur nasi lawankan dengan tumis kangkung, kacang, bilis, ayam goreng.

Adik Mama Yan pun dah sihat sikit...
Dah balik rumah dah...
Masuk besi kat peha kanan,
Udahla adik Mama Yan ni bawa lori...
Patah pula kaki kanan...
Doktor kata,
Tak boleh bawa lori long distance dah lepas ni...
Masalahnya,
Bawa lori alam flora memang la tak long distance pun,
Time tu je yang long...

Lepas ni,
Dah tak boleh bawa lori lama lama,
Ni pun tak tahu berapa lama cutinya...
Dah tak boleh join tomoi lagi dah...
Minat yang terpaksa dilupakan...

Begitulah ye...
Sedikit sahaja kecuaian di atas jalan raya,
Sangatlah besar impaknya kepada seluruh hidup.
Sama ada hidup kita atau hidup orang lain yang tiada dosa dengan kita...
Wallahualam





Tuesday, October 1, 2019

Kenduri Kawen Anak Wak Jali

Takde idea nak tulis apa sebenarnya...
Tapi tak rela nak biarkan blog ni bersawang lagi...
Jadi,
Apa apa pun bolehla buat story...

Hari Sabtu lepas,
Wak Jali,
Tukang paip rasmi kami jemput ke majlis sambut menantunya,
Kat Taman Kota Masai.

Nasi minyak dia...
Fuhhh...first class.
Tak sempat nak ambil gambar...
Dah ngap laju laju...

Lepas habis nasi minyak,
Mama Yan bangun ambik laksa penang pula...
Laksa Penang sempat ambil gambar sebab perut dah kenyang sikit,
Kadar pecutan menelan dan berkurangan...
Walaupun perut dah kenyang,
Gigih juga bangun ambil... 
Feveret la katakan...
Dasar gelojoh!
Hahaha



Dalam perjalanan nak pergi tempat parking,
Nampak pulak ada telefon awam,
Tak tahu lah elok lagi ke tak...
Sebab kat sekitar kawasan Skudai tu,
Dah tak nampak dah telefon awam.
Kalau ada pun dalam sekolah aje lah untuk kegunaan murid murid


Zaman Mama Yan kecik kecik dulu...
sekitar 1980 an
Kat kawasan perumahan Mama Yan,
Telefon awam letak kat simpang 3 selalu berbunyi,
Bila angkat,
Nanti dengar la suara pemanggil suruh panggilkan orang tu la...
Orang ni la...
Pakcik tu la...
Makcik ni la...

Kadang kadang kita bebudak ni..tak tahu nama sebenar makcik pakcik kat kawasan tu...
dah la salah panggil jadinya...
Kadang kadang tu...
pemanggil nak bercakap dengan Ani...
Punyalah ramai Ani kat kawasan tu..
Ada Makcik Ani Hasan, Ani Pi'e, Ani Radi, Ani Rashid...
yang hujung tu semua nama suaminya..
Kalau pemanggil bagi nama dengan nama ayahnya..
manalah budak budak ni tahu...
Lucu betul zaman tu...

Lepas tu,
jiran sebelah Mama Yan pasang telefon kat rumah,
Jadi apa apa hal kecemasan,
Memang bagi nombor telefon jiran ajelah.
Kalau Mama Yan balik lambat dari sekolah,
Telefon je makcik sebelah rumah,
Minta tolong sampaikan pesanan.

Sekitar pertengahan 1990 an,
hampir semua rumah dah ada telefon talian tetap,
jadi telefon awam tu dah takde lagi kat situ..
tinggal pondoknya aje...

Sekarang..
Pondoknya pun dah takde..
Pondok zaman dulu kala kan besi...
Dah kena timbang kati dek mat pet agaknya...
hahaha...
Tinggal tiang je...
alhamdulillah,
Tiang tu masih la kukuh di simpang tiga tu...
lagi 10 tahun tiang pun dah takde agaknya..
pakai kabel fiber optic je dah semua...

Skill nak bagi masa bercakap jadi lebih lama. 



Nota kaki : Jauh betul beza zaman kanak kanak kita dulu dengan anak anak sekarang






Saturday, September 28, 2019

Gegaran Gegar Vaganza 2019 Kian Terasa

Wah...
dah nak mula..
Satu satunya rancangan hiburan yang masih Mama Yan tonton.
Maklumla...olskul.
hahaha

barisan artis yang bertanding pada tahun ini adalah:

Noorshila Amin
Wann 
Nur fatimah
Mazleela
Feeza

Sham (Visa)
Hadi Mirza
Ameer (Sofaz)
Jatt (Black Dog Bone)
Roy
Naqiu (Boboi)

Kumpulan Kool - Hairie dan Riot
Kumpulan One Nation Emcees feat. Sabhi Sadhi

Ada 3 je yang menepati ramalan Mama Yan...
Wann, Mazleela dan kumpulan Kool

Tahun ini GV 6 akan disiarkan secara langsung dari Auditoroum Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),
Yang kat rumah boleh menonton dari Astro Ria 104 dan Ria HD 123 setiap Ahad pukul 9 malam.
Lepas habis Big Stage sambung GV pula...
13 Oktober 2019 ye...
(Anak exam akhir tahun tu Mama Yan oiii)

Harap harap ada juga Live Streaming kat Youtube.
Tengok kat Youtube lagi best...
Sebab takde iklan.
Hihihi..








Friday, September 27, 2019

Ke Termerloh kita

Ni Mama Yan on the way nak ke Temerloh..
Nak ziarah adik lelaki MY yang tinggal di sana...
Kelmarin dia kemalangan masa nak pergi kerja...
Begitulah nasib mereka mereka yang bawa motor ni...
Diorang ni fragile
Kena langgar...
Melanggar...
Terlanggar...
Tetap diorang yang tergolek.



Alhamdulillah...
Adik selamat...
Cuma kaki kanan yang patah...
Insyaallah...
Dengan teknologi perubatan yang canggih lagi up to date sekarang....
Semuanya akan pulih nanti...



Semoga Allah permudahkan segala urusan aok ye Madi...
Orang lelaki kena kuat...gagah..
Tahan sakit...
Barulah macho...



Nota kaki: Banyak pula lori atas jalan pagi ni. Lambat le koi sampai Temerloh.

Tuesday, September 24, 2019

Baru nak dapat nametag?

Lagi 2 bulan aje sekolah tadika..
Tahun depan dah naik darjah 1...
Bayar yuran dari hujung tahun lepas..
baru tadi dapat nametag...

Haishh...
tenang lah emak emak sekalian ye...

Ingatkan dah boleh bertenang dah dari kerja jahit nametag ni..
Ada lagi..?
Hmm..memang tak kuasalah mak nak oiii...
Rasanya dah sembilan bulan mengajar,
cikgu pun dah kenal semua anak muridnya...

Masa anak nombor 2 dulu..
lepas bayar..
Senyap sampai hujung tahun..

Tahan jugak la yang ni dapat lambat...
Tapi kalau dah tinggal lagi 2 bulan aje....
Takyah buat dah..
refund aje ye...




Monday, September 23, 2019

Catatan Rumusan Hujung Minggu Lepas

Hari Khamis petang minggu lepas...(19.9.2019)
Mama Yan sekeluarga bertolak ke Pahang...
Gerak dari rumah Taman U pukul 4.30
Sampai Raub pukul 11 malam...

Sempat la singgah makan sate Haji Samuri cawangan Taman Melati..eh..ke Taman Melawati....?
Entahla...tak peka sengat dengan nama jalan kat KL tu.

Sebenarnya,
Anak Mama Yan yg nombor 3,
Dah start muntah muntah dan ceri beri...
Rabu malam tu dah bawa klinik theesan...
Dengan anggapan nanti akan okay...angkut ajelah balik Raub kejap..

Tapi masuk hari Jumaat, dah 3 hari dia macam.tu...
Makin lemah tak bertenaga...
Tak makan apa apa sejak Rabu...
Makan dan minum asyik muntah aje...
campur dengan cirit birit sekali..
Terpaksa pakaikan diapers sebab dia tak boleh kawal...
Sudahnya...
Sampai rumah Raub tak sampai 24 jam..
Dah jalan ke JB balik
Huhuhu...

Sampai Rumah Taman Universiti pukul 7 malam hari Jumaat tu (20.9.2019)
Mandi dan solat...
Hantar klinik Penawar Taman U pulak.
Lama kemain la hai menunggu sebab ada kes emergency dalam rawatan kat klinik...
Ada budak kena sawan.
Lepas budak kecik yg kena sawan tu naik ambulance tuk transfer ke hospital...
Mama Yan dan suami pulak masuk bawa anak.

Doktor tu nampak sangat penat dan stresa...
Tanya2 lebih kurang...
Lepas tu doktor kata
"Saya buat surat rujukan...
Awak hantarlah anak ke hospital..."
Ahahahai...  patutnya kitorang terus je hantar ke spital.
Takyah klinik2 lagi...

Sampai triage kat emergency pukul 10...
Bla bla bla...
Pukul 4 pagi baru selesai dan dapat katil.
So, semalaman la Mama Yan tak tidur jaga budak sepet ni..
Besar nanti kalau biadap dengan mama...
Mama jentik je telinga tu...


Tengahari tu, suami Mama Yan pulak datang temankan si Aril ni kat hospital,
So, Mama Yan balik naik grab la..
First time naik grab..
Kali pertama dulu naik Uber...
Balik nak mandi, nak solat dan nak tidur,
Sebelum tidur tu...
Ambik tekanan darah dulu..
Ha engkauu...
Tak tidur satu malam terus naik tinggi BP nya..
Padahal ubat tak tinggal tu..


Dalam Pukul 5 lebih macam tu,
Aril dah keluar wad..
Masuk air je sebab Aril dah kering sangat takde air dalam badan
Makan muntah,
Minum air, muntah..
Lepas dah masuk air,
Nampak la bertenaga sikit...

Tapi hari ni, Masih lagi muntah dan cirit birit...
Semalam dan hari ni tak sekolah..
Tambah lagi hari ni..
No 1, No 4 dan No 5 pun tak sekolah...demam
Yang nombor 2 sorang je pergi sekolah.
Kesian anak anak...
Faktor jerebu kah?


Semoga cepat sembuh anak anak...




Thursday, September 19, 2019

Bawa Mak Shoping

Semalam petang Mama Yan bawa mak keluar shopping kejap.
Memang tengah sibuk sekarang ni...
Selit selit masa sikitlah...

Mama Yan dah lama sangat berhajat nak bawa mak pergi beli sandal kat Medifeet kat baris Jakel BBU tu...
So semalam berkobar kobar nak bawa mak ke sana...

Mula mula bawa mak pergi Angsana...
Carikan jajan untuk bawa balik Raub.
Buat buah tangan untuk abah,
Takkan balik lenggang kangkung aje...

Lepas pergi Angsana,
Pergi la kat UDA Business Centre tu...
Pergi kedai Medifeet,
Tengah rehat pulak...
Rehat dari pukul 2 sampai 3 petang...
Oklah...
Pergi Ariani dulu...
Tengok tengok tudung...
Mama Yan pun first time masuk Galeri Ariani...
Hihihi...
Satu satunya tudung Ariani yang ada...
Kawan yang hadiahkan.

Gambar kenangan mak kat dalam Ariani...
Suruh mak pilih...
Tapi mak asyik melingas tengok harga sampai taknak pilih apa apa...
Mama Yan la yang pilihkan...
Mama Yan sambau juga untuk mak mertua...

Satu beg untuk mak Pahang,
Satu beg untuk mak Johor,
Sekali sekala shopping untuk wali keramat...
Kalau Mama Yan...
Pasar malam pun jadi.. hihihi

Masa nak bayar tu...
Sempat la Mama Yan buat kad ahli Ariani...
Hahaha..
Entah bila nak gunakan lagi...

Keluar dari Ariani,
Sambung gi Jakel...
Kekonon cari kain langsir...
Tapi takde yg menarik hati...
Sebab tak banyak pilihan..
Banyak kain lycra dan kain lerang besar...

Keluar dari Ariani..
Ada sebiji kereta tu minta pnjam bateri kereta untuk jumper sbb bateri kereta dia kong...
Lepas tu..
Dia bagi 20 ringgit...
Puas mama yan tolak...
Yelah...bukan luak pun bateri kereta mama yan ni...
Dia bagi juga...siap cakap..
Untuk mak...
Ok..mengalah la...
Rezeki mak takkan kita nak tolak kann

Yang ni pulak lepas hantar mak ke Aeon Taman Universiti...
Adik cuti hari ni...
Dia pun nak bawa mak jalan jalan juga...

Tumpang ambil gambar depan Poh Kong...
Nak belikan...
Belum ada bajet Poh Kong lagi...
Hihihi...

Mak tak boleh lama lama kat JB..
Sbb abah pun tak sihat...
Lepas ni...entah bila lagi mak datang rumah Mama Yan...
Semoga mak dan abah kuat dan sihat untuk datang JB lagi lepas ni...aaminn


MY Healthy Journey: 2

Tajuk kemain poyo lagi kan..
Healthy sangatlah kononnya ni...
Tapi takpelah..
Kalau tak dapat slim macam zaman awal 20-an pun takpe...
Yang penting dapat stabilkan tekanan darah,
Kurangkan kolestrol dalam darah,
stabilkan bacaan gula dalam darah juga...

Sajalah nak share makan tengahari hari tu...
resepi ala ala 'Korean Street Toast' gitu...

Ni Mama Yan hiris halus kobis, kacang botol, capsicum, dan cili merah..
semuanya sikit sikit je...
dan apa yang ada dalam peti ais aje...

lepas tu,
Pecahkan telur, kacau kacau dalam sayuran kita tadi..
taruk garam sikit...
kalau nak letak pepper ke..origano ke...lada sulah ke...boleh la letak sekali..
Tapi rumah MY ada garam dgn gula je..
hehehe

Lepas tu...
goreng dalam kuali...
Mama Yan pakai non stick pan...
Tapi still taruk minyak..
sebab tak biasa makan takde minyak...hahaha
tapi taruk pada kadar yang minima la...
Mama Yan sapu minyak masak atas kuali tu guna berus silikon je,
Lepas tu..
Gorengkan la secukup selera...

Tengok kat google..
Orang Korea makan dengan roti..
Tapi ni MY makan dengan nasi..
Nasi 3/4 cawan + telur dadar sayur..
Ok dah ni rasanya untuk sukatan suku suku separuh...
hahaha...
Sila jangan tiru..
sebab rasanya sedap oiii...
Rasa macam nak tambah nasik...kihkihkih...

Wednesday, September 18, 2019

Gulai Telur Itik

Mama Yan memang suka gulai lemak telur itik...
Tapi jarang la masak kat rumah sebab kak ipar tak makan telur itik...
Mama Yan pun tak terer masak gulai telur itik ni...

So,
Semalam nampak lauk gulai telur itik kat kedai makan..
Laju laju cedok masuk pinggan...
Sekali masa makan...
Alamak...
Telur merahnya masih cair...
Huhu...
Potong mood Mama Yan nak makan...
Kalau telur ayam, setengah masak,
Mama Yan ok je...
Sedap je..
Tapi kalau telur itik...
Hmmm....
Macam kurang pergi la pula kalau dia separuh masak...hehehe



Kesimpulan dia...
Nak sedap...belajar masak sendiri...




Wordles Wednesday : My Screen

Screen handphone Mama Yan..
Kosong..

Tuesday, September 17, 2019

Menge'tut' pokok

Insyaallah...jika tiada aral..
Next year nak masuk rumah baru..
Jadi pokok mangga dan pokok jambu ni...
Takkan nak dibawa sama kan...
Dah sebulan dah Mama Yan berangan angan nak tut pokok ni...
Nanti nak tanam kat laman rumah baru...
Alhamdulillah...
Semalam cuti...
Mama Yan pun jalan kan operasi tut pokok jambu dan pokok mangga...

Mama Yan memang takde pengalaman langsung...
Suami pun sama...
Tapi masa Mama Yan kecik kecik dulu..
Memang selalu jadi pemerhati abah buat kerja...
Segala memori tu...
Mama Yan simpan dalam hard disc Mama Yan..
Semalam,
MY pun cuba la apply kan...

Kupas kulit luar pokok tu...
Lepas tu...
Kepal kepal tanah dengan air...
Lepas tu..
Salut kat batang pokok yang kita dah kupas kulitnya tadi...
Lepas tu...
Bungkus dengan plastik...
Lepas tu,
Keluar akar...
Lepas dah keluar akar...
Boleh la potong bahagian bawah pokok tu,
Dan pindah ke tempat lain,
Pindah slow slow, jangan leraikan akar dengan tanah tut...
Masukkan semuanya sekali....
Gitulahhh...
Memori yang ada tersimpan dalam kepala MY ni...

Mama Yan buat satu...
Suami buat satu..
Takde gambar la pulak...
Semalam battery weak...

Tak tahulah pemilihan batang pokok tu memenuhi kriteria atau tidak. Almaklumlah..kami berdua ni orang teknikal

Harap harap menjadilah anak tut pokok mangga dan jambu ni...
Sebabnya...
Sayang betul pokok kat pokok mangga ni...
Buahnya memang sedap..
Tak bersabut...
Halus mulus gituuu...
Jambu batu tu pulak, kalau dah mengkal,
Manis madu oii...

Benih jenis apa entahla...
Mama Yan pindah masuk rumah ni...
Dua pokok ni dah ada...
Jiran2 cakap,
Masa owner lama dulu,
Pokok tu tak pernah berbuah pun...
"U orang banyak ong la..."
Jiran melayu pulak cakap...
"Murah rezeki Yan..
Lepas masuk je, pokok mangga ni berbunga dan berbuah.."
Alhamdulillah...

Semoga Allah terus beri kami rezeki memiliki buah buah yang sedap dan disukai ramai ni...
Aminn


Monday, September 16, 2019

Membaja Kebun Kampung Sekijang

yuhuuuu...
Ni kisah cuti Isnin minggu lepas..
Masa cuti keputeraan Agong..
Tapi Isnin minggu ni baru berjaya upload entry...
Seminggu betul.
Busy banyak minggu ni...
Tak sempat nak mengarang...

Mama Yan, suami dan anak nombor 1 dan 2 pergi membaja pokok sawit kat kebun Sekijang,
Beli baja 2 guni je..
Beli pun kat kedai Aneka je..
Mahal sikit la tapinya,
Dah tu... kedai baja kat Labis tu tutup.
Mana yg dapat ajelah


Alhamdulillah..
hampir semua pokok hidup subur...
Adalah beberapa pokok je yang kurus...

Mak mertua pun ikut sekali nak tengok kebun..
Excited mak bapak bila anak anak beli tanah dan suka berkebun...
Biasalah..Orang tua kann..

Membaja selesai jam 1 tengahari..
Kejap aje rupanya membaja sawit dua ekar ni,..
2 guni baja pun tak habis...

iyo iyolah tu budak2 ni...main je lebih

suamiku yang paling sweet sawit


pemandangan dari dalam kereta sebelum bertolak pulang

Lepas kami membaja...
Balik rumah mertua dulu...
Makan...mandi..rehat rehat...
nak balik tu...hujan lebat...

Alhamdulillah...
semoga Allah Taala menyuburkan segala tumbuhan dan hidupan yang memberi manfaat kepada bumi kita ini...

Sunday, September 15, 2019

Pergi kenduri kahwin semalam...

Petang semalam Mama Yan dan suami pergi ke majlis kahwin,
team pemaju tempat kami buat projek tu,
Tahniah Iqbal dan pasangan...
Selamat pengantin baru,
Semoga bahagia hingga ke akhir usia dan kekal ke syurga...
Cantik betul pelamin dia...
Rasa nak sanding lagi sekali dengan suami..
hhihi..

Diorang buat majlis tu kat dewan sekolah
Baguslah sekarang...
Semua sekolah ada dewan terbuka..
Selain drpd jimat kos,
dewan terbuka juga lebih dari segi pengudaraan..
Takde la rasa nak fitem duduk berkumpul ramai ramai kat dewan tu...

So Mama Yan capture gambar struktur dewan terbuka dorang ajelah..
gambar pelamin pengantin 
boleh ambil kat IG atau FB diorang nanti...

Simpan kat sini gambar struktur dewan ni..
Sebab hari tu ada sekolah minta suami Mama Yan buatkan dewan ni..
Masalahnya..
Kalau ada drawing,
bolehla kami buatkan.
Ni apa pun takde,
pening juga sebab nak kena cari profesional engineer untuk design.
Mama Yan engineer yang tak boleh design apa apa ye..
sebab semua subjek design MY masa kat U dapat D,
Aje roboh dewan orang kalau MY yang design..
hihihi




Saturday, September 14, 2019

MY Healthy Journey 1

Oleh kerana Mama Yan ada baca satu tulisan tu...
Katanya...
Kalau nak sihat...
Kena jaga pemakanan.
Sebab, kalau nak sihat, 
Kena dapatkan berat ideal,
Kalau nak dapatkan berat ideal pula,
 pemakanan sumbang 80%,
Manakala senaman pula sumbang 20%,

Jadinya,
Mama Yan pun google makanan makanan dan cara pengambilannya untuk membantu menurunkan berat badan Mama Yan ni.

Mama Yan ni bukan berisi atau gempal lagi dah...
Ni dah kategori gemuk.
Bila gemuk...
Masalah darah tinggi Mama Yan pun susah la nak dikawal...
Itu belum lagi dua tiga minggu lepas punya kes...
Bila makan je rasa panas kat perut, dada dan tekak...

So Mama Yan seboleh bolehnya nak amalkan makan dengan konsep 
'Suku - suku - separuh"
Suku karbohidrat,
Suku protein,
Suku sayur2 dan buah buahan


Yang ni bukan sahaja berkonsepkan suku suku separuh...
Tapi juga eat clean & real food...
Mama Yan makan nasi 3/4 cawan, 
Dada ayam tu Mama Yan masak guna non stick pan...
Lepas tu, makan dengan ulam timu dan daun selom...
Takde garam dan perisa,

Kalau makan kat kedai,
Mama Yan cuba untuk tak ambil kuah.
Ni memang kena keazaman yang kuat ni
Tengok kuah asam pedas kat kedai...
Memang kecur...
Tapi,
Dalam kuah asam pedas tu...
Ada minyak, ada garam, ada aji, ada gula, ada belacan...
Kenalah kita kurang kurangkan pengambilannya

Nak istiqamah makan eat clean dan suku suku separuh ni memang susah sikit...
Hihihi...
Tapi cuba lah sedaya upaya...
Dapat yang seakan akan sama pun jadilah...

Semoga Mama Yan dapat berterusan jaga pemakanan untuk kesihatan yang lebih baik..
Aminnn

Friday, September 13, 2019

Hadiah Tahun Baru 1441 H

Sempena menyambut tahun baru 1441 H ni..
Mama Yan hadiahkan diri sendiri dengan telekung baru...
Buat pemangkin rajin sikit solat Dhuha...
Buat pemangkin rajin sikit solat di awal waktu...hihihi
Mama Yan beli yang bukan berjenama dipatentkan la..
jenama biasa biasa aje,

Beli kat kedai Khalifah...
Kedai Khalifah ni sebelah dengan tadika anak anak aje..
hari hari park depan kedai dia nak ambil anak tadika...
Baru ni la nak singgah membeli..

Kali ni Mama Yan pilih telekung putih je...
ada rukuh bordir yaa..(renda sulam di keliling...)
Harga RM85 sahaja..
Dah bosan pakai telekung berwarna...

Masa nak bayar...
Nampak pulak benda alah ni...
alah...tasbih digital..
comel pulak warna merah jambu..
siap dengan batu tampal merelip relip...
so, belilah...
Tahun baru kan...
konon kan nak memperkemaskan lagi jadual zikir..
kalau boleh nak tambah lagi kuantitinya...
Tapi, asyik tertinggal atas meja opis...
Bila balik pakai jari la jugaaa...
kat opis...
bila dah duduk atas sejadah malas nak bangkit ke meja...
Bila dah bangkit pergi ke meja..
terus sambung kerja dengan telekung sekali...
Sikit punya "rajin' perangai kannn...

sempena kita masih berada di bulan baru dan tahun baru ni...
marilah kita doa sama sama ...
Semoga kita semua dilindungi Allah dari godaan iblis dan syaita,
Semoga kita semua dilindungi dari hawa nafsu jahat, dengki dan iri hati manusia,
dan semoga kita semua dapat memperindahkan lagi ibadah kita kepada Allah...
Aminn...

Klik! Klik!

Post Terhangat