I will follow youuu....

Friday, January 31, 2020

Air Fryer yeayyy

Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan rezeki yang banyak kepada kami...
Terima kasih Ya Allah kerana membuka hati suami untuk beli air fryer ni..
Dah lama sangat nak beli..
Tapi tangguh tangguh la lagi..
tapi kali ni..
dah tak boleh tangguh lagi dahhh...

Pertama,
kadar kolestrol Mama Yan tak berkurangan pun walaupun makan makanan tambahan dan ubat klinik.
So kena ambil langkah jaga makan..
no deep frying guna minyak banyak banyak.
guna air fryer boleh kot...

Kedua,
pagi pagi tak sempat nak sediakan sarapan dan bekal.
nak menghadap kuali lagi..
Sekarang jarak rumah dan sekolah agak jauh..
tak macam dulu keluar pagar rumah terus nampak sekolah.

Ketiga,
nak masak tengahari pun tak sempat.
masak awal awal kang sejuk pulak.
gap masa nak ambil anak tadika, anak sekolah kebangsaan, dan hantar anak sekolah agama dekat dekat sangat.
kelam kabut Mama Yan...

so dengan adanya Air Fryer ni..
Harapannya..
Dapatlah membantu meringankan kekalutan Mama Yan menguruskan keluarga
dan juga jaga pemakanan.

Harga?
Beli di Lionmas Pontian.
ada 2 pilihan je masa ni..
1 jenama khind, nampak kecik sangat.
walaupun murah...tapi muat nuget 5 - 6 ketul je buat apa...
so ambikla yang ni...
Harga sebenar dia kata dalam 700 lebih..
ada promotion sekarang ni...
so harga jadi RM499.00

Berpusing pusing cari kedai elektrik kat Pekan Nanas,
semuanya tutup sebab hujung minggu lepas masih ramai yang cuti tahun baru cina...
So pergi bandar Pontian..
Jumpa Lionmas je..
belasahla...

Dah selamat dah guna beberapa kali sepanjang minggu ni.
InsyaAllah akan digunakan selalu.
hihihi..
Suami Mama Yan ni..
konsep dia...
dah beli...
Jangan tak pakai...
Pakai sampai rosak takpe...
So beli apapun..pakai je..
Jangan sayang sayang..
Nanti susah nak minta baru.
Kalau rosak, cepat dapat boleh dapat yang baru yang lagu haptudet.

Sekian wassalam




Tombol pemasa dengan suhu dia...main pulas pulas je...
 
Dapat free loyang. tapi kecik je loyang nya ni...

Wednesday, January 29, 2020

Work From Home Mama

Berhempas pulas nak set up desktop ni kat bilik...
Selalu kat rumah pakai laptop...
Tapi laptop ni slow sangat...
Loading file sampai ngantuk Mama Yan tunggu.
Dan susah nak refer file lama...
So bawa la komputer Mama Yan kat pejabat balik rumah..
Lepas dah pasang...
Tak tau apa yang tak kena...
Skrinnya hidup kejap..pastu mati...
Hidup kejap... pastu KO semula..
Adoiaiii...
Buka pasang beberapa kali...akhirnya berjaya

Cabaran nak setting internet...
Alhamdulillah...dapat diatasi dengan mudah.
Nak install printer pulak masalah problem..
"Please wait" tak sudah sudah...

Dan sehingga kini...
Mama Yan masih menggodek godek nak install printer ni...
Semoga berhasil!!



Wednesday, January 22, 2020

10 YEARS CHALLENGE

Gambar kiri tu tahun 2010,
masa tu kerja dengan Technochase Sdn Bhd kat tapak dalam UTM.
Syukur masa tu dapat tapak dalam UTM,
dekat dengan rumah.

Minggu pertama kedua kerja, 
totally blurred.
hahaha..
Tak faham langsung.
Minggu ketiga..
Masih lagi kabur,
Tapi masa tu kena jaga orang piling,
Hitam berkilat jangan cerita lah...
Cuci muka pun pakai sabun buku,
Apa lagi nak beli sun block bagai kann...
tak jaga kecantikan langsung...
Hasilnya...
Kulit jadi cepat tua...
Kesan terbakar tu menghasilkan banyak dark spot dan pigmentasi...
takleh hilang sampai sekarang dah..

Cuma dengan penggunaan skin care yang betul betul ikut step,
Dapatla menghalang pertambahan bilangan pigmentasi tu..

 sebab kan sekarang dah hujung 30an,
kulit dah nampak makin tua...
Rambut pun dah beruban.
Gigihla Mama Yan nak jaga semula...
hahaha...

tapi setakat 2 bulan Mama Yan gunakan Mary Kay ni..
Memang sangat sangat puas hati la...
tak payah pakai make up tebal pun takpe rupanya,..
Yang penting sun block.
Pastikan krim muka kita wajib ada SPF ok...
menyesal dulu dulu tak pakai sun block/..
adehhh...


Tuesday, January 21, 2020

Lunch in a car

Cewahhh...
Tajuk omputih bagai...
Letak kat sini la...
Buat kenangan Aril darjah 1...

Setiap hari Isnin dan Selasa,
Aril terpaksa lunch kat dalam kereta sementara tunggu abangnya keluar kelas.

Hari Isnin dan Selasa,
Sela masa antara tahap 1 dan tahap 2 keluar kelas setengah jam aje. 
Buat bazir masa dan minyak kereta je kalau nak hantar Aril balik lepas tu datang balik.
Tunggu jelah kejap.
Sambil tunggu,
Makan siap siap. 
Balik tinggal mandi dan salin baju sekolah agama.


Hari Ahad keluar serentak,
Senang sikit.
Hari Rabu Khamis, 
Ada gap sejam.
Berbaloi la juga nak balik.

Bulan Februari ni..
Si Abang dah start kelas tambahan
Bertambahla trip Mama Yan jemput anak..hahaha...

Semoga anak anak semua belajar rajin rajin ye...
Barulah berbaloi sikit keringat mama ke hulu ke hilir ambil dan hantar korang...
Hehehe

Aktiviti sampul buku yang tak habis habis...

5 orang anak yang bersekolah...
sorang, bukunya berbelas,
buku pinjaman lagi..
buku aktiviti lagi,
Sekolah kebangsaan lagi,
sekolah agama lagi...
Sampai minggu ketiga ni masih ada lagi yang buku cikgu bagi suruh sampul...
hahaha,
Longlai dah tangan mama anak anak wehh...
 
Buku budak tadika aje bukan main banyak

hari tu tu balut buku Ucid dulu. Lepas tu baru buku Sara, berdoa sepanjang masa sampul buku, supaya plastik sampul tu cukup. Alhamdulillah..ngam ngam je dengan buku terakhir. Kalau la tak cukup nak sampul buku Sarah, tak tau la panjang mana muncungnya pagi esok harinya 



Malam tadi last... sampul lagi 3 buah bukukerja budak tadika. Harap2 lepas ni dah habis.

Hari tu, suami Mama Yan tanya,
Aikk...anak dah darjah 6 pun mama yang tulis nama...kenapa tak biar mereka buat sendiri?

Jawapan Mama Yan
"Mama dulu sampai form 3 abah yang tuliskan nama kat buku"

Tulis nama dan sampul buku ni,
setahun sekali je...
Sementara diorang sekolah rendah,
Biarlah Mama Yan buatkan..
Esok dah besar, semua benda ni dah tak berulang lagi..

Lainlah benda yang berbentuk amalan harian..
yang tu memang kena didik mereka bertanggungjawab..
contohnya kemas baju yang dah dilipat dalam almari,
lipat selimut lepas bangun tidur,
kemas bantal tidur,
sidai towel selepas digunakan,
simpan kasut kat rak lepas balik sekolah,
yang macam tu...
memang kena hari hari cakap dan suruh mereka buat sendiri.

aktiviti dan masa yang kita luangkan untuk anak anak,
semua tu akan jadi memori pada mereka bila besar nanti.
Contohnya Mama Yan sendiri...
Masa dulu abah tuliskan nama anak anak kat buku..
sekarang Mama Yan pula tulis nama kat buku anak anak...
secara tak langsung,
memori tu akan datang bertandang setiap kali MY tulis nama kat buku anak.

yang keduanya,..
bila anak-anak tengok tulisan tangan ibu bapa sendiri kat buku tulis setiap hari,
Mereka akan kenal tulisan ibu bapa mereka,
Dan ada nilai sentimental di situ.

Malam tu,
terus suami Mama Yan bawak pen nak tulis nama kat buku teks anak anak tadika yang baru dapat buku.
hihihi.. 
termakan juga hasutan bini dia ni...
 

Sunday, January 19, 2020

Dasar penyondol !

Kelmarin, mak mentua Mama Yan buat Yasinan...
Setahun tak tau berapa kali turn Yasinan nak buat...
Bukan tak suka baca Yasin tau...
Tapi...
Untuk beberapa jam punya acara..
Penat dia 2 ke 3 hari juga perginya...
Lepas tu..
Makanan berlambak lambak...
Tak habis...buang...
Sedih kot tengok sisa makanan penuh 1 tong cat 20 liter tu...
Yang datang baca Yasin tu...
Tolong la makan perabis makanan yang dihidangkan.
Taknak makan, tapau bawak balik..
Bukan isi penuh pinggan, 
Makan sesuap dua,
Lepas tu tinggal.

Satu...penat tuan rumah menguruskan sisa.
Tapi yang ni tak boleh cakap,
Karang kita yang kena kecam balik,
Tak ikhlas katanya...

Dua, makanan itu adalah rezeki,
Kalau dah letak dalam pinggan,
Dah campur²..
Siapa pulak yang nak baik hati sangat nak habiskan sisa taik gigi kita kann...
Sudahnya...buangggg

Tiga, tuan rumah beli makanan pakai duit yang dicari dengan membanting tulang,
Bukan pakai petik kat pokok tepi rumah.
Hargailah sikit.
Ambil sikit dulu,
Sedap tambah,
Tak sedap berhenti
Ini..
Kelaku ambik makanan tu...
Macammm...no komen...
Kalau Mama Yan cakap...
Harusla kena pangkah.

Ni Mama Yan masih lagi sakit kepala dan penat...
Melayang layang rasa...
Ubat kat umah dah habis...
Kat pejabat ada sikit lagi,
Terus suami gi opis ambik ubat darah tinggi Mama Yan.
Dah terputus ubat sejak pindah ni...
Belum pergi klinik kesihatan untuk pindah kk ambik ubat.

Lepas ni...
Mama Yan tak boleh beria sangat nak tolong²...
Penat weii...
Tolong setakat mana yang badan larat dah la..
Kalau kita sakit...
Paling kuat sedara boleh buat pun,
Ziarah bawak buah epal je kot...

Esoknya...
Pergi jengah kebun...
Habis pokok ubi dan pokok pisang bergelimpangan dengan tanah bergembur...
Sah la kaum kerabat Pumbaa punya kerja...
Sedih tengok...
Tapi pasrah aje la...
Dah memang habitat binatang² kan...
Kita yang tumpang tanam²...
Share aje lah dengan demeh


Pumbaa yang tengah tu

pokok pisang tanduk

Pokok ubi kayu...

Pokok pisang tanduk gak
Mampu jengah je la...
Tak mampu nak kerja kan...
Tinggal pesan kat abang ipar je minta tolong racun..
Semak lalang dan anak kayu dah start naik.

Minggu depan raya cina...
Balik lagi...ada jemputan kawen sepupu suami...
Balik lagi...
Tapi maaflah...
Memang tak mampu nak rewang ye ...
Dah tak kuat macam dulu kala...
Buat kerja cepat penat dan stress...
Tambah lagi pulak...
Mulut orang kampung yang tak mampu beli insuran... adoiii..
Tabah ajelah dengar diorang melaser...
Hahaha...
Takleh nak celik mata dah ni...wassalam..


Thursday, January 16, 2020

Tudung tua vs tudung muda


Nampak la caption kat atas ni kat FB friend...
Ooo...tudung sarung boleh membuat kita nampak lebih tua dari usia rupanya...
Baru ku tahuuuu...

Tapi...  tak kisah pun..
Biarlah nampak tua ke...
Nampak muda ke ke...
Yang penting nampak sihat sebenarnya...
Maka shawl lilit 44 kali dah rupa mumia nak buat apa kann??

Tudung sarung ni lebih simple, lebih mudah dan lebih cepat.
Setakat nak pergi sekolah jemput hantar anak... tak kuasa la nak melilit lilit shawl...
Nak pin² tudung bawal.
Sarung aje senang...

Lainlah kalau ada majlis majlis keraian ke...
Atau kita memang ada banyak masa untuk dibazirkan depan cermin...hahaha

Kalau diberi pilihan...memang suka tudung bawal sebenarnya...
Tapi jadual masa yang sangat padat...
Buatkan Mama Yan tak cukup masa nak memilih...
Pakai je la apa yang sempat...
Janji tutup aurat dah...


Haa...ni gambar pakai tudung bawal
Betul ke nampak muda dari 39?
Hahaha


Wednesday, January 15, 2020

Bekas beras Tupperware

Ada la sekali tu,
tiba tiba je suami Mama Yan tanya...

"Mama tau bekas beras Tupperware?"

Mama Yan memandang suami dengan penuh kehairanan..

Dalam hati sudah bersorak...adakah si dia ingin menghadiahkan aku dengan bekas beras Tupperware ini?

"Tahu...Mama kan ahli Tupperware...kenapa?"

"Ooo...semua orang tahu ye?"

"Kenapa? Nak belikan mama ke?" Mama Yan terus mendesak suami kenapa dan kenapa..

Yelah..tak pernah pernah tanya pasal Tupperware, tiba-tiba bertanya.

"Takdela...tadi masa berbual dengan Fattah Amin (bukan nama sebenar) dan Aaron Aziz (juga bukan nama sebenar)...diorang bercerita pasal bekas beras ni. entah apa la istimewanya...si Aaron Azizi, isterinya siap main undi nak beli bekas beras ni"

"Orang rumah Fattah Amin pula, tak boleh tidak, nak juga. Fattah Amin tak layan, orang rumah nya order sendiri. Pakai duit sendiri. "

Mama Yan tergelak sakan mendengar. Mana tidaknya, rupa-rupanya orang lelaki juga membawang tentang karenah orang rumah masing-masing.

"Lepas tu, diorang tanya ayah, bekas beras rumah kita macam mana? Entah entah dah bertukar rupa tak? "

Hahaha...Mama Yan sambung gelak...

"Fattah Amin tu kaya kot...gaji dia sebagai dot dot dot tu...rasanya dah dekat belas ribu wo. Takkan la bekas beras tiga ratus ringgit tu berkira."

"Haaaa?? Tiga ratus ringgit? Bekas beras menda tu? Beras boleh membiak ke?"

"Mama dah agak dah... mesti ni jawapan ayah. Sebab tu malas nak beli."

"Eh takla...kalau mama nak beli...ok. Belila..."

"Kalau mama nak beli, memang dah beli dah pun...hihihi...Tapi sebab tak rasa perlu. sebab tu tak beli.
Bekas beras tu tak penting...yang penting isi dalamnya...betul tak?"


Encik suami senyum je...
Haa...bertuah kan dapat isteri macam Mama Yan ni...dah la cantik, rajin, pandai berjimat...hahaha
Suami tak tahu harga skin care Mama Yan...Kalau tahu...entah laaa...hahahaha

Tuesday, January 14, 2020

Orang biasa... basikal muda...


Sebelum berakhirnya cuti sekolah bulan lepas,
Suami Mama Yan belikan anak anak basikal sorang satu...
Aril dengan Mijan je takde yang baru sebab basikal Aril elok lagi...
Mijan pulak baru nak masuk 3 tahun...
Dia main push car dah la...

Rupanya...
Anak Mama Yan semua tak reti main basikal 2 tayar...
Hahahaduiii...
Tapi..
Alhamdulillah la..
Si abang sulung belajar kejap je dah pandai...
Beli pagi...
Petang dah laju...
Tengah panas pun gigih belajar...

Yang nombor 2...
Baru je pandai sehari dua ni...
Itupun dah berapa kali jatuh...
Badannya semangat sikit...
Orangnya pun ada masalah koordinasi...
Tapi tu lah...
Tak tau dari mana dia dapat semangat nak belajar tu...
Tiap hari balik sekolah...
Panas panas pun belajar kayuh sikit sikit..
Lama lama pandai juga...

Abang dan basikal pilihannya

Yang nombor 3 memang cepat belajar untuk aktiviti luaran macam ni..
Tapi orangnya agak malas bercakap...
Kalau tengok TV...diam je fokus kat TV...
Sampai menangis nangis kalau tengok cerita sedih...
Tapi dia masih kayuh basikal ada roda kecik tepi tu...
Biarlah dulu...
Sebab dia ni lasak sikit...
Bawak basikal semberono...
Ada tayar 4 pun jatuh hari tu...
Sebab ambik corner lipat kat tempat berpasir...

Rasanya...boleh agak kannnn...
Siapa tuan punya basikal ni...
Pemiliknya...
Mestilah seorang gadis sunti yang comel lagi manja...
Hahaha...
Tak boleh tidak...
Nak warna pink juga...
Siap membebel takde loceng warna pink...
*mama tepuk dahi*

Dan basikal terakhir ni...
Baru pakai 2 hari..
Dah tercongek gitu tayar keciknya tu..
mana taknya...
tuan punya basikal kus semangat.
sampai tak terdaya tayar kecik tu nak menampung berat badannya ..
Lagipun dia langsung tak imbang badan dia atas basikal...
senget aje...
dah hantar repair pun begitu juga jadinya..
Tabahla...
orang badan comel memang banyak terima ujian..

Mama Yan je takde basikal...
malas aihhh...
Suami Mama Yan beli gak satu..
kami share aje lah...
hihihi...
Mama Yan bukannya suka sangat kayuh basikal.
Baik joging...
takyah maintenance...zero cost lagi.

semoga anak anak semua rajin berriadah...
untuk tubuh badan yang lebih sihah dan minda yang lebih cergas...
InsyaAllah..

Monday, January 13, 2020

Di sebalik tabir ...

Nak up iklan ni bukan senang tau...
Banyak kali selfie... lepas tu..
Pilih la yang paling bajet cun.
Nasib baik la zaman sekarang tak payah hantar kat kedai nak cuci gambar...
Kalau tak...
Beribu la duit habis kerja cuci gambar aje...hahaha
Harap jangan muntah tengok enty yang dipenuhi selfie.
Ni kejadian dalam kereta semalam..
Sementara menunggu majlis motivasi sekolah si Abang bermula...







Taraaa...
Siap dah iklan Mama Yan..
Dah boleh letak kat status whatsapp...
Kat FB dan IG.



Untuk orang yang bulu keningnya tak berapa subur macam Mama Yan...
Tapi taknak lah lukis kening beria sangat...
Pakai Mary Kay Volumizing Brow Tint pun dah cukup...
Dia macam maskara untuk bulu kening la kononnya...
Nak bagi nampak lebat dan lebih jelas
At least, 
Kalau tumpang selfie dalam henfon Vivo kawan,
Takde la kening kita nampak gondol je...

 Mama Yan pun tak suka sangat lukis kening siap conceal bagai...
Tak sesuai untuk kerjaya Mama Yan sekarang...hahaha
Lagipun...nampak macam lukis tatoo kat kening..
tak sesuai kot kat muka Mama Yan..
Muka orang lain nampak comel je buat kening conceal.
 Lain orang lain citarasa...ye dakk?
 

Sunday, January 12, 2020

Entry pertama 2020

Alhamdulillah...
Dah hampir 2 minggu kita menutup tirai 2019...
Tahun 2020 yang dinanti sejak 1991 akhirnya menemui kita...
Takdr kereta terbang dan manusia berpakaian robot seperti yang kita bayangka masa kecil dulu.

Alhamdulillah...
Dipanjangkan usia kita berada di tahun 2020...
Mama Yan akan berusia 39 tahun tak lama lagi...
Tahun terakhir bergelar 30an...
Lepas tu usia 40an pula lah kita...
Orang kata usia 40 ni lah banyak ujian ujian datang dalam kehidupan.
Ada setahun lagi untuk perkemaskan dan perkuatkan diri ...

Alhamdulillah...
Berjaya juga akhirnya upload entry pembuka di tahun 2020.
Kesibukan melampau melanda sehingga menenggelamkan segala keinginan untuk menulis...
Lepas ni kena la lebih rajin...
Kena lebih fokus...
Kena lebih berdisiplin...

Semoga kita semua menjadi lebih baik di tahun 2020 ni...Aminnn

Program Motivasi dan Pemuafakan ibu bapa pelajar darjah 6 kat sekolah Abang pagi tadi.

Klik! Klik!