Monday, March 14, 2011

Handy Manny - Ada kerosakan? Kami baiki..

Nak buat kerja korek korek tanah ni bukan senang tau..sebab kita tak tau apa kemungkinan yang ada dalam tanah..kemungkinan yang selalu ada tu kalau yang best best cam jumpa harta karun takpelah jugak.. ni kebanyakannye benda-benda yang merbahaya kepada kesihatan pekerja pekerja yang tengah mengorek dan jugak masyarakat setempat…

Apa pulak kena mengena dengan masyarakat setempat? Maunyer tak kena.kalau dah kerja mengorek ngorek tu pecahkan paip air yang lalu ikut bawah tanah kat situ kan bekalan air putus..kan dah tak mandi...

Sajelah koi nak kongsi akibat daripada kerja kerja mengorek tanah yang koi buat dalam entri kerja hujung minggu. first sekali JCB yang korek tanah tu dah koyakkan kulit luar bagi kabel HT. Kabel HT ni kabel yang ada voltan tinggi, kabel ni lah yang membekalkan kuasa daripada pencawang kepada pencawang. Kalau masa kerja korekan tu kita buat kabel tu putus, habis satu UTM takde api..dan tentulah akan berlaku letupan kat tempat kita korek tu. Tapi sebab dia luka sikit jer..so kita panggillah orang datang repair. Sekali repair harganya RM650 yer tuan puan€

Kabel bervoltan tinggi telah dibaiki...

Yang keduanya pulak kecederaan pada kabel hanya disedari selepas 3 minggu kerja-kerja korekan. Di mana lampu jalan sepanjang jalan utama UTM tak berfungsi bermula dari tiang yang paling hampir dengan kerja korekan hinggalah ke Fakulti kejuruteraan awam. So koi kena lah panggil askar askar koi untuk korek balik kat sebelah tiang tu untuk carik balik kabel lampu jalan tu..

kerja korekan semula kabel lampu sedang dijalankan

Bila dah korek hasilnya..kelihatan lah kabel yang telah luka akibat letupan kecil dalam tanah. Letupan ni berlaku akibat daripada luka kecil pada kabel tersebut tetapi tidak diselenggara semula sebelum kerja kerja backfill dilakukan..haiyyaa...masa kerja backfill (kambus semula) hari tu...hari dah pun malam...seriesli koi tak nampak langsung kabel tu rosak atau luka. Kalau nampak...mestilah koi repair dulu...bila kabel tu luka sikit, air akan masuk sedikit dumi sedikit dan akhirnya pastilah akan menyumbang kepada kemusnahan.

gambar Kabel yang dah rosak

Kiranya kalau sebelum tutup dengan tanah balik..koi cuci cuci sikit wayar tu daripada tanah dan pasir...pastu balut kemas kemas dengan pita warna hitam tu...rasanya takla macam ni jadinya. Dan kos untuk pembaikpulihan kabel lampu tu agak besarla jugak...mula mula budak tu mintak RM700...kecek kecek dapatla RM550...huh..nak pau orang tak agak agak! Oleh sebab kadarnya koi rasa agak mahal..so koi tak syorkan la panggil budak2 ni datang untuk repair yerr

kerja-kerja penyambungan kabel menggunakan 'kapal selam'

Walaucamne pun kerja pembaikpulihan berjalan dngan lancar dan lampu jalan kat Fakulti Sains Komputer tu berfungsi balik macam biasa...koi menyaksikan sendiri dari awal sampai akhir proses pembaikpulih lampu jalan tu...kalau la ada handy manny dekat dekat sni kan bagus..takyah koi susah nak cari sub yang murah harganya...dah tentu free,..yelah koi tak pernah pun tengok Handy Manny tu ambik duit lepas buat kerja...balik2...

”terima kasih Manny...”

”oh tak mengapa...itukan tugas kami..lagipun kami memang suka menolong orang...”

hahaha...koi memang dah separuh biol agaknya..katun nak dibuat perbandingan dunia sebenar,,,,muahahaha

Handy Manny at Channel 613 Astro

Cuma yang paling best masa koi nak bayar pada Uncle yang repair HT cable tu...Uncle tu ambik RM600 jer,…rm50 lagi…dia kata buat banja minum petang koi kat site…hmm..oleh kerana dia telah bermurah hati memberikan koi duit minum petang…koi pun bermurah hatilah mempromosikan beliau dalam blog koi ni...

Sekiranya ada kerosakan pada kabel voltan tinggi di sekitar johor yer..silalah hubungi Uncle Manohar..019-7711521..kerjanya memang pantas dan kemas...

0 comments:

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??