Saturday, March 31, 2012

Site Diary 30.03.2012 - kampung parit S***

semalam telah diadakan satu perjumpaan antara kontraktor utama projek, Majlis Agama Islam Johor, Orang2 kampung Parit S****, tok penghulu kampung, guru2 sekolah agama dan kitorang sekalilah selaku sub kontraktor pembina sekolah tu nnt...

meeting pukul 3.30 sampai kul 5.30 petang takde satu kata putus yang benar2 putus dapat dicapai. alasan diorang takut jalan rosak bila lori keluar masuk...puncanya ada satu sekolah baru buat betul2 depan tapak projek tu...katanya..alam tempoh 2 tahun sekolah tu dibina, mereka menderita akibat jalan rosak akibat lori2 pembinaan besar2 masuk. ada jugak yang komplen rumah dorang retak kerana lori besar jalan.

nak masuk kampung tu ada dua jalan..diorang gelar satu jalan darat dan satu lagi jalan laut...padahal tak ikut laut pun...cuma mengarah ke laut ajer.diorang mintak kita ikut jalan laut tu sbb jalan darat tu baru turap...tapi masalahnya jalan laut tu kecik...simpang sempit...lori 40kaki memang tak lepas. tapi diorang tetap berkeras tak bagi ikut jalan darat tu... haduuu..peningla....

dah sah2 esok koi akan asik bergaduh dengan drebar lori..alahaiii....nasib baik habis meeting ada makan2 sikit...cikgu2 sekolah agama tu ada masak2 sikit laa...perut kenyang tapi hati sakit...nasib baik ustazah2 kat situ manis2 belaka wajahnya..peramah...terubat jugak rasa sakit di hati ni...

lepas habis meeting kitorang pergi pulak jumpa dengan Mr.Ng dari Syarikat Sri Bena...Ng ni tokey mesin dan lori yang kitorang sewa untuk pojek ni. nasiblah si Ng ni boleh dibawa berbincang...cuma seganlah sikit sebab Ng ni non Muslim...nak buat sekolah agama Islam pun orang Islam ada objection kaa??bukan mau bikin kuil punnn...haha..betul...Ng..koi setuju...

masa lori dia bawak masuk tanah untuk tambak kat projek tu...orang kampung siap tahan lori dia dan ugut2 bagai...kalau mau lori lu pancit...masuklah lagi..tp jangan menangis haaa.....gitulah ayat Ng masa bercerita semalam...

nak buat sekolah agama untuk pendidikan agama anak2 sendiri pun banyak bantahan...patutlah banyak sangat kes2 rosak akhlak remaja sekarang ni...dah mak pak zaman sekarang ni bergaya samseng..mau tak tumpah ke anaknya...oppss..kasar sangat ker ayat koi??deme pikirlah sendiri..

4 comments:

Cik Rose Cute said... [Reply]

Ya ker...teruk betul sekarang..

Cik Rose Cute said... [Reply]

follow koi...

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Kg Parit S? Mcm ku kenal je nama kampung tu? :O

Betul you ckp tu, bila nampak muka Ustazah2 yg manis dan cool hati kita tenang, masalah pun hilang. Bertuah la suami mereka dpt bini cenggitu.

diana said... [Reply]

penduduk nya tak pikir panjang namanya tu..
tak pikir untuk masa depan..
mungkin depa tak pernah dengar pribahasa bersusah2 dahulu..

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??