Tuesday, October 23, 2012

Morning Sickness? No..Its hungry sickness

Salam semua...Hari Kandungan koi lebih kurang dalam 8 minggu...Utk kandungan kali ni koi tak alami morning sickness...alhamdulillah...good...cuma skang koi alami Hungry Sickness..hahaha...Koi tak boleh lapar langsung...bila perut kosong otometik perut sakit..kepala berdenyut..telinga berdengung...dan koi akan mengalami muntah cekah yang agak hebat. kenalah sentiasa menguyah...

lagi satu koi sangat sensitip dengan bau bawang mentah...mmg tak tahan...dan mmg dah nasib.. betul2 sebelah pintu opis koi ialah supplier barang runcit, dalam kedai tu mmg penuh dgn guni bawang dan kentang...tiap kali keluar dan masuk opis koi kena tekup hidung ataupun natijahnya koi akan muntah di situ jua...

time masak kat rumah...ko akan mengenakan niqab yang merupakan sehelai saputangan yg diikat getah pada 2 penjuru...really looks like dentist..hihih...yang lain takde ape sangatlah. Cuma bile selepas muntah koi akan rasa lemah yang amat sgt, menggigil serta rasa panas pada dada tekak.

petang ni koi kena jumpa doktor berkaitan dgn tekanan darah koi yang tak stabil...selang sehari koi kena pergi tekanan darah kat klnik kesihatan Taman Universiti. Mujur sekarang dah klinik kesihatan yang jaraknya lebih kurang 200m dr rumah...besar dan selesa...koi pun tak tahu macam mana nak kontrol tekanan darah ni. pantang2 makan pun dia naik jugak. Anak nombor 1 dgn 2, tekanan darah naik masa kandungan dah capai usia matang. Tapi yg nombor 3 ni, awal2 lagi darah dah naik tinggi. Faktor usia kottt....hehehe...i'm just 31...Masih lagi kategori puteri umno...tp kalau ikut Pas..ianya adalah Muslimat okehh...hahaha...

Mungkin juga ianya faktor tahap kepanasan baran koi yang sukar dikawal menyebabkan darah cepat naik..atau juga ia dipelopori oleh faktor gen yg mana ibu koi adalah seorang pesakit darah tinggi tegar.

yang koi ingat kali pertama tekanan darah koi naik adalah ketika koi ngandung sulung dulu, koi kena tahan dalam wad kerana anak dalam kandungan tak bergerak. kali pertama tido wad bersalin HSA, JB...koi tak boleh tido. Panas bukan main dalam wad tu. Sebagai pekerja swasta yg beranak sulung mmg tak mampu koi nak deliver kat pakar puteri ataupun 1st class HSA. Semalaman koi tak tido...esoknya terus tekanan darah naik setinggi tinginya. Doktor pakar suruh induce kalau darah tak turun ke paras normal dlm masa 24jam...tidakkkkkk!! koi nak bersalin kat Raub..barang semua dah packing...lagi 3 hari plan nak balik kampung...masa tu koi rasa tertekan giler sbb kena beranak kat HSA yang koi rasakan macam kem penempatan mangsa banjir...koi tak menghina, tp HSA menempatkan semua kes dr seluruh kawasan Johor Bahru..dr Pontian..Kota tinggi..Masai..Pasir Gudang...Kulai...yg ada kes semua dihantar ke JB..so sgt sesak ok...

dan dalam tempoh 24 jam darah koi terus naik dan naik dgn jayanya...Doktor pakar round2 tgk pesakit ..sampai kat turn koi...Doktor pakar tu terkejut tgk tekanan darah koi...mmg masaklah doktor2 pelatih yg buat check up koi tu kena marah....Sbb smalm bos diorang dah pesan koi mesti di induce dalam masa 24 jam kalau darah tak turun...kesian diorang.

bersambung...

6 comments:

LydSunshine said... [Reply]

Cerita aok ni mcm tak habis je. Lepas tu? Apa jadi? Induce ke tak?

Yang muntah2 tu kira morning sickness jugok la kan? Takleh bau bawang, sama. Koi tak masok pun, sbb baik bawang tumis tu boleh buat koi pening amat. Takleh perut kosong tu gastrik kot? Muntah cekah tu mende? Koi plak kalo muntah air kuning tu, koi lagi rela daripada dah makan pastu muntah kuar makanan. Kalo yg kuar makanan tu, mmg sampai malam la koi dah takleh makan lagi. Jadi terus tak selera sebab tekak dah pahit.

Aju Mohit said... [Reply]

harap2 ko dapat baby gurl, aku belum pernah morning sickness, time nagndung anak pompuan kemain eloknya, time ngandungkan anak lelaki aku nak tidur memanjang hihihi

Wak Gelas™ said... [Reply]

wak doakan muger2 kandungan sslamat yeee.. ehhEE

Pemikir said... [Reply]

Tahniah...
jemput ke www.suarapemikir.blogspot.com

Nafisa81 said... [Reply]

@Aju MohitInsyaAllah...yg penting selamat...awal2 bulan lagi dah byk dugaannya

Nafisa81 said... [Reply]

@LydSunshinemuntah cekah tu macam kata ganda berirama jer...sama macam cirit birit, lemah longlai, hahaha...

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??