Sunday, September 29, 2013

Ikan Kaloi…

Photo0191

Ikan kaloi merah ni kitorang bela sejak belum ada anak lagi…anak koi yang sulung dah 5 tahun la ni..maknanya ikan ni dah lebih 5 tahun la umur dia. Panjangnya pun dah lebih sekaki. Kepalanya pun dah naik berbonggol. Koi nak ambik gambar dia dekat-dekat..tapi asik bergerak je…semuanya blurrr…En. Suami koi rajin beli ikan tapi bab nak cuci filter..hmm…mak jemah jugak yang kena cuci….

Ikan kaloi koi ni makan apa je yang dicampak dalam akuarium dia…selalu bagi makanan dialah. Sebab kalau tak bagi makanan dia, warna merah dia tak naik…putih jerr….kalau terputus bekalan makanan dia bagi nasi dia telan, roti dia telan, kangkung pun perabih….

Photo0551 
Ni ahli baru...baru jer beli awal tahun ari tu. Kecik lagi..ini species ikan kaloi gak…kaloi hitam. Yang ni masa mula-mula masuk akuarium kat rumah mogok lapar. Bagi apa pun semua tak makan. Cuba beli udang halus…woooaa…laju dia ngejar anak udang tu..tapi larap pulak koi nak nyediakan. Satu lagi selalu jer ak sempat nak pergi kedai ikan cari makanan dia. Pulak tu kadang2..udang belum sampai….Tapi lama-lama ikan ni makan aje pelet dia tu. Mula-mula je jual mahal.

Tu batu dalam akuarium tu batu koi buat hiasan dalam pasu bunga manik koi. Hehehe….bunga manik dah tak berbunga..tinggal manik je dalam setor bawah tangga



Photo0215
Ini kedai ikan tempat kitorang selalu pergi cari ikan dan aksesori akuarium. Kedai ni kat Taman Daya. Ada banyak jenis ikan jual kat sini…bukan ikan jer..makanan ikan pun ada banyak pilihan. Haiwan peliharaan lain pun banyak gak, ada burung…ada arnab, hamster, iguana, dan macam2 lah

Photo0209 
Budak berdua tu tengah mengkaji apa benda ntah kat dalam akuarium tu..udang kot…Udang pun koi dah banyak kali bela..tapi tak tahan lama..asik kena kunyah dek ikan jer. Tak berbaloi bela udang dalam akuarium ikan..kalau nak..buat kolam betul-betul…bela udang jer…pastu pancing, dapat hasil cam kat bawah ni…huih…masak lemak cili padi sedap..goreng pun sedap….

IMG_0064

4 comments:

Azlan Strider said... [Reply]

wah...ikan pun ade main mogok lapar yer kak??igtkan dah masuk aquarium tu dia bedal jer apa yang ada..hehe

Regards,
-Strider-

diana said... [Reply]

selalu ke pi taman daya..?
kat taman daya tu kan..ada lagi tak kedai makan nama restoran arini..dulu akak duduk umah yang kat belakang restoran tu..heheh..teringat je..

LydSunshine said... [Reply]

Ikan kaloi ni ke mak bawang putih? Heheh. Warna dia berubah ke kalau dia lapar? Hebat gak ikan ni. Koi tak kenal ikan kaloi.

nita said... [Reply]

asyraf pun ada bela ikan tapi ikan laga.. pakcik guard sekolah kasi kat dia... so far hidup lagi, kecik jer tak besor lagi.
rajin awak nak pelihara ikan ni ye..

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??