Wednesday, September 18, 2013

Pantang Jumpa Pen

DSCN1231
 
Si Umar Mahfuz ni…nilah…pening kepala. pantang betul jumpa pen. Ada ada aje benda yang nak dicontengnya. Janganlah besepah sepah kalau dokumen tu penting atau masih nak digunakan. Memang wassalam lah diconteng dek budak ni. Ini dia menyelongkar beg kerja ayahnya…tejumpa pulak marker sharpie ayahnya…hmmm..pulak tu tanpa rasa bersalah..tanya “Omel tak?.Saya jadi kucing”

Bukan takat kertas, malahan segenap inci dinding rumah koi telah pun menjadi mangsa kerakusan tangan budak Mahfuz ni. Kadang  tu lantai pun ada kesan conteng, tapi lantai boleh la koi mop aje. Kalau dinding tu..memang kena cat barulah. Nak raya ari tu, ada jugak suarakan pada suami koi…rasa cam nak cat rumah lah…tapi..suami koi senyum aje. Huh..taknak lah tu…yelah..tunggu la sampai budak Mok tu besar sikit. Nanti koi jugak yang meroyan tengok dinding baru cat dah kena conteng.


DSCN1430

Hah..inilah rupa si penconteng tu. Abang dia dulu..dapat pen atau pensel terus cari buku. Dia ni,kejap je dah bosan..conteng dindingla..muka sendiri la...peti ais la...


DSCN1432
Sebahagian daripada dinding yang telah menjadi mangsa budak ni. 



Close up sikit

8 comments:

ieda immi said... [Reply]

ya tuhannn ekkeke
nak wat guanee dikk

adohaii habis mukee haaa

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Kitorang biarkan je kalau anak2 nak berkretiviti. Mmg bertahun gak la dulu kitorang bertahan, habis segala sofa, gerobok semua diconteng. Tak cukup kat rumah, rumah atok dia pun dia conteng.. haha.. Skg ni je baru dpt menarik nafas lega.. sbb memasing dah naik sekolah rendah.

gadisBunga™ said... [Reply]

hahaha. dah buleh buat mural tuh!

Aju Mohit said... [Reply]

hehehe kretif tu yan, samalah ngan anak bujang aku ni, pen marker ditenyeh ke dinding, aku letak whiteboard kt dinding tu, abis tulis kat whiteboard kat dinding pulak dikerjakannya ;)

anamizu said... [Reply]

allah hai abeh muke umar mahfuz hehe
canteknye artwork umar buat kat diding tu hehe

Nafisa81 said... [Reply]

jeles tgk umah org lain siap beratur hiasan mahal2...tanpa risiko pecah, kena conteng dll

mama_ka0ri said... [Reply]

same here!!

anak no 2 mmg pantang jumpa pen..habisla di contengnya..haha..

Kesuma Angsana said... [Reply]

hahaha terbaik , kreatif ni !

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??