Sunday, October 20, 2013

Lama tak Jumpa...

agak lama juga rasanya koi tak update entry kat dalam ni...sibuk sungguh..tapi kalau berfesbuk koi ada jer masa...ini adalah kerana mesin enjut-enjut buai anak koi dah rosak. Ntah camana boleh rosak. Ada guarantee, tapi resit pembeliannya dah hilang pulak. Dah puas koi geledah bilik, tak jumpa...takkan nak mintak lagi satu...Terpaksalah koi mengenjut buai dak Aril ni...bila buai berenti je..matanya celik besor...hadehh...pening mak!

Buat muka minta dukung la tu

 lagi bertambah sibuk sebab raya haji hari tu. Koi pulang ke Raub hari Ahad pagi..balik JB pada hari Selasa sebab En. Suami kerja la hari Rabu. Seronok dapat balik kampung tengok parent walaupun kejap. Rasa bertuah sangat diri koi ni dapat suami yang sanggup amek cuti Hari Isnin, dan tanggung perbelanjaan pergi balik kampung koi. Bukan semua suami sudi tau...

Hari Jumaat sebelum raya tu pulak, parent in law dengan adik ipar datang rumah kat JB...pulangkan kereta. Pastu sempat la bawak diorang jejalan kat Angsana. Biras koi teringin benar nak ke Angsana. Asik dengar citer orang jer...mana tahan. Alah bukan ada apa pun kat Angsana tu..hehe..padahal masa bujang dulu boleh datang kul 9 pagi balik 9 malam.

Huduh pe'el si Abang Mukhlis, Sepupunya tengah makan, pergi mengecek nak makan sama. Habis pulak tu...sampai order lagi sepinggan

Okaylah...koi dah nak tido nih...nnt sambung lagi dengan entry yg lebih menarik yer...

Selamat Malam semua..saya dah ready nak tido.


ps:oh yer...sudi sudi la add friend kat fb koi... :)


Tuesday, October 1, 2013

Bingka coklat

Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan semua. 
Resepi hari ni adalah kek coklat ye tuan-tuan dan puan-puan. 
Kek coklat kita hari ni, kita nak masak dalam microwave tau...mula-mula, senang aje.
 Kita google aje resepi kek coklat tu kat internet.
 Pastu gi dapur, tengok apa yang ada. Kat dapur koi hari ni semua ada. 
 Nampaknya makan kek cekelat la kita jap lagi. 

 

Siap-siap semua bancuhan, koi pun tuang dalam bekas putih ni.
 Nampak cam keras je ni. Ntah jadi ntah tak. Tengok kat resepi masuk mw dgn suhu 500w slama 5 minit. Koi pulak tak tau acaner rupa 500w tu kat mw ni.
Koi pun letak setting P50, selama 5 minutes.
Dah habis masa 5 minit tu, koi tgk, jangan kata masak, takat suam-suam kuku je.
Koi pun masuk balik dalam mw. Taruk setting P100 letak 5 minit jugak


 
. Lepas 5 minit, yeay kek coklat dah siap. Cucuk garpu dah tak lekat, garpu kering, means dah masakla kann... Tapi rasa dia nko...haha..keras, pahit, bantat.

" Apa ni ma?"

Pasal malu nak sebut kek...

"Bingka coklat!"

Haha...oh my cake!

Lazada

Post Terhangat