Friday, April 18, 2014

Petanda atau kebetulan

Mood : sedih lagi. ..

Banyak perkara yang bila dia dah takde. ..baru kita terfikir. Kadang kala dengan kata kata atau..dengan perbuatan...

Samalah dengan pemergian abg koi...arwah meninggal 27.3.2014. Kalau diikutkan arwah dijadualkan menjalani pembedahan jantung pada 20 hb nya tu. Seminggu sebelum arwah pergi. Tapi arwah enggan menjalani pembedahan tersebut walaupun dipujuk mak abah koi. Alasannya. ...kalau sampai ajal mati juga...tak kira la bedah ke tak. Kalau tak bedah pun...belum ajal...hidup juga.

Sebulan sebelum arwah pergi...arwah ada pergi ke kubur menghantar jenazah seorang rakan untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Sempam. Kiranya. ..perjalanan dalam tak sampai 10 minit dari rumah koi. Pulang dari majlis pengkebumian...arwah berpesan pada mak koi...
"Mak..kalau de mati nnt jangan kebumikan kat Sempam. ...kebumi kat Kampung mak kat Kundang Patah ye"
Tapi kan..siapalah yang mengambil peduli akan kata2 tersebut...hinggalah tiba harinya

Arwah ada msg melalui wechat pada koi...bgtahu ada org baling pasir hitam kat rumah. Dia kata takut apa apa jadi. Heh...malas koi nak ambik tahu alam mistik ni. Husnuzun...saje org tu nak bergurau.
Koi tanya juga kat mak...pasir apa? Bila? Pukul berapa? Tapi taknak fikir yg bukan bukan la...mak pun kata takde apalahh....cuma abang koi aje yg asik fikir apa motif org tu lempar pasir hitam ke rumah.

Apapun...yang pergi takkan kembali lagi...yang hidup pula pasti akan pergi juga satu hari nanti. Harapan koi supaya abah koi kuat menghadapi kehilangan arwah kerana arwah bukan hanya anak..tapi best friend...pergi angkat getah...ngeteh...pasar...kacau dodol..segalanya dilakukan berdua.

Al Fatihah. .semoga Allah mencucuri rahmat buatmu

2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Takziah ye Nafisa and abah you especially. Berat mata memandang, berat lg bahu memikul.. moga tabah menghadapi.

Sepatutnya abang you buat by pass ye?. Tapi... dah namanya ajal kan..

LydSunshine said... [Reply]

Takziah Yan. Misteri jgk la.... kenapa pasir itam.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??