Monday, April 28, 2014

Sirih junjung in the making...

Koi tengah membuat sirih junjung untuk majlis pertunangan adik koi. ..
Koi dulu tak bertunang pun...terus kawin je...sbb tu excited bila org lain nak bertunang. ..hahaha

Okeh...koi buat sirih junjung ni pakai daun sirih artificial je...kenapa?
1. Malas nak cari daun sirih...
2. Buat pakai daun betul kena wat last minute. .buat awal2. ..habis kecut berut la daun tu kering
3. Rasanya. .dalam majlis tunang sekarang dah takde tok nenek kita yang makan sirih lengkap berpinang, kapur dan gambir sebelum memulakan bicara
4. Lepas majlis tunang...boleh recycle utk adik..sepupu sepapat..rakan taulan yg nak pakai...(jika ada)
5. Boleh la bakal prantin letak kat meja buat hiasan...tak layu kann...tak membazir banding pakai bunga sugar bugar

Mula mula. .cari alas polistrin..apa apa bentuk pun boleh...yang adik koi beli bentuk bulat siap spray dgn kaler purple...so koi pakai je...tapi koi balut dulu dengan lain net bercorak. Bagi cun sikit. Pastu siap gamkan manik rantai kat keliling polistrin tu utk kekemasan kain net tersebut..

Pastu...koi gamkan pasu kayu pat segi tu atas polistrin.  Pakai pasu apa pun boleh ni...pakai bulat lagi cun. Tapi bulat dah cliché katanya.... Bantaila aokme..sbb kalau bulat leh keliling kan daun sirih tu nanti

Lepas dah gamkan pasu tu...amik daun sirih 2 helai...2 helai...penitikan atas polistrin.  Buatla barang 5 kelopak. Kalau boleh kelopak tu dlm angka ganjil la. Sbb daun tiruan ni sama besar je semua...masa lapis tu bagi dia ke depan ke belakang sikit utk effect tak sama besar...baru la nampak mcm iye iye kelapa.

Buat keliling kiri dan kanan..ok...selesai satu bahagian...ok...sambung kejap lagi...atau mlm kang..atau esok pagi pasal nak ambik mukhlis balik school pulak. Beginila jadual si suri rumah...usik benda gini time terluang je...see you next entry. ..

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Laaaaa.... mana gambo sirih junjung yg dah siap??

Aju Mohit said... [Reply]

nanti pos gmbr yg dah siap tau yan, yan ko sihat? pregnant kan? jaga kesihatan ye

Azlan Strider said... [Reply]

owh...ada jugak sirih yang artificial rupanya ek..hehe...

Regards,
-Strider-

LydSunshine said... [Reply]

ok.. dah dpt jwpn bagi soklan koi kat entry aok yg selepas ni. sirih tu plastik. heheh.. tu la, lenkali baca entry ikut turutan, baru le tak pening.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??