Saturday, August 9, 2014

Sediakan penapis sebelum beraya...

Lepas cuti raya...sure banyak undangan rumah terbuka kann...
Tapi rumah koi tak pernah lagi buat rumah terbuka ni...
Masa belum ada ada anak dulu...
Ada juga la...masak masak sikit...
Pastu panggil kawan kawan datang beraya....tp tak ramai la...
Sekarang sape nak datang...datangla...
Kalau bagitau awal nak datang....
Sempatla koi nak goreng bihun ke...apa ke...
Kalau men terjah je...
Makan bahulu cicah sirap ok...
Tapi kedatangan deme adalah sangat dihargai...

Bila gi open house..sure jumpa ramai kawan kawan yang lain...
Ada yang dah lama tidak ketemu...
Ada yang jumpa kat fb je...
Ada yang jumpa masa meeting kerja je...
Jadinya...masa ni soalan warming up haruslah bertapis...

Kalau kawan kita datang tu datang solo...
Lelebih lagi wanita..
Kalau boleh jangan la tanya soalan cepumaut kat dia...
"Hai...sorang je ke?"
"Ko ni bila lagi?"
"Ko tak teringin nak kawen ke?"
Harus kita ingat yang jodoh tu adalah rahsia Allah

Kawan kita datang dengan pasangan tak bawa anak...
Kalau kita tahu deme belum ada anak...
Jangan la tanya soalan yang deme sendiri tak ada jawapannya...
"Bila nak ada anak?"

Takpun datang bawa anak sorang je...
Anak pun dah besar...
Takyah la sibuk nak tanya bila nak bagi dia adik
Kita tak tahu...
Entah entah diorang dah usaha sana sini itu ini...
Entah entah si isteri dah kena buang rahim ke...
Kan ke sedih diorang...
Boleh ganggu mood raya orang...
So kalau dia bawak sorang...
Tanya pasal yang sorang tu je lah. ..

********************************
Bukan apa...
Mendengar luahan rasa seorang teman...perempuan ye..
Tahun ni dia takde mood nak balik kampung beraya...
Status single dia menjadi bahan usikan saudara mara di kampung...
Macam hina sangat je belum kawen pada usia 33 tahun...
Koi tak tahu nak komen apa...
Koi cuma mampu mintak dia sabar je la...
Jadikan usikan halwa raya je...
Selalu ingat kan supaya dia bersyukur...
Dia tak perlu berkongsi gaji dengan sesiapa...
Dia boleh beli apa yang diingini...
Boleh sentiasa luangkan masa berbakti pada ibu bapa...
Kalau dah ada suami...
Kena bahagi antara parent sendiri dengan in law...
Hati suami lagi...anak lagi. ..
Berebut giliran balik raya lagi
So...dalam hal ni...patut ada elemen bersyukur. ...
Allah dah bagi giliran raya tiap tahun balik kampung sendiri...
Tiap tahun dapat cuti panjang untuk raya...
Tiap tahun dapat bonus hari raya
..
Takkan nak disia siakan hanya kerana usikan sedara mara...
Selalu kena ingat sahabatku...
Perancangan Allah adalah yang paling sempurna untuk kita...



2 comments:

mama ka0ri said... [Reply]

Sentiasa bersangka baik dgn Allah...perancangan Dia lebih baik..ada hikmahnya takde jodoh lg skrang...mane tahu kt syurga dah menunggu..

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Memang ada org yg jenis mulut
tak bertapis.. pada K.Mirror org mcm tu jenis tak pandai campur org.. kekeke.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??