Saturday, March 31, 2018

Masak Ketam Nipah

Hari ni first time Mama Yan masak ketam nipah...selalu masak ketam bunga je.
Tapi sebenarnya memang kami jarang masak masak ketam ni...
Sebab suami ada alahan dengan makanan laut
Tapi tak tentu alahannya...
Tak faham sangat...
Kadang ok...takde gatal2...
Kadang tak ok...habis badannya merah2 gatal.
Dah tua tua pun ada alahan lagi...
Hahaha

Ketam nipah ni suami yang beli kat pasar Taman U pagi tadi.
Beli 3 ekor je...
Sbb anak anak bukan makan pun.
Dah siap bersihkan semua....dok la termenung depan ketam tu tak reti tak tau nak masak apa...

Dari satu blog ke satu blog berjalan cari idea nak masak apa...
Kebanyakannya goreng ketam bertelur...
Belasah ajelah asalkan masak dan boleh dimakan.



Bahan bahan:
3 ekor ketam 
*10 tangkai cili kering (potong buang biji dan rendam air panas)
*2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
2 batang serai
Daun kari
1 sudu besar Serbuk kari
2 sudu kicap pekat
Garam
Gula
Asam jawa

Cara cara:
1. Potong cili kering utk buang biji ...basuh dan rendam air panas. Takyah pedas pedas sgt masak ketam ni...nnt pijar pula tangan nak kopek kulit ketam masa makan nanti
2. Blender cili kering bersama sama dengan bahang bertanda* yakni bawang..bawang putih dan halia
3. Tumiskan bahan bahan yang diblender. Kemudian masukkan serai dan daun kari.
4. Kemudian masukkan serbuk kari dan garam. Kacau kacau supaya tidak hangus.
5. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan kicap pekat dan sedikit gula atau apa apa bahan perisa yang digemari. Ada orang suka letak ajinomoto...aoa tiram san lain lain.
6. Masukkan ketam. Kacau hingga sebati. Tutup kuali dengan penutupnya Supaya masaknya sekata.
7. Tutup api sedia untul dihidangkan.

Kalau berani boleh la cuba resepi ketam hentam saja lah labu ni...
Kalau tak berani....
Kena call mak masing2 untuk tanya macam mana nak masak ketam...
Takpun cari blog yang berniche kan makanan...
Hahaha...oklah...
Selamat mencuba...
Wassalam



Ketam masa digodak godak dalam kuali. Gambar dah siap dihidang. Lupa nak snap sbb dah lama tak tulis blog

2 comments:

AkuBiomed said... [Reply]

Tak pernah makan ketam Nipah. Apa rasanya? Adakah sama dengan ketam laut?

AzianKhalil said... [Reply]

sama je rasanya...cuma ketam nipah lebih banyak isi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??