Monday, March 26, 2018

Petua Simpan Daun Sup

Jumpa petua ni dalam facebook. Tulisan pengasas Baitus Solehah...Mak Liza.
Tak tangguh tangguh lagi...terus follow.

Anak anak koi memang suka makan sup. Tak kisah la sup apa pun. Sup kosong sekadar rempah tumis dan daun sup pun boleh. Tapi zalim benar mamanya kalau macam tu...paling cikai pun koi taruk la ubi kentang.

Tiap tiap minggu mesti kena beli daun sup...beli sikit tak cukup...beli lebih sikit...kecut je dalam peti...beli dua pokok kecik aje dah 50 sen. Tapi kadang tu...bukan sbb kedekut nak beli...cuma rasa macam membazirnya asyik buang daun sup rosak. Jom buat daun sup frozen

Petua simpan daun sup.
1. Basuh daun sup
2. Patong ikut saiz yang korang suka
3. Masuk dalam bekas kecil utk sekali masak
4. Taruk air dan tutup bekas

5. Letak dalam peti tempat beku
6. Bila nak pakai...taruk seketul dalam periuk sup panas. Kacau sampai aisnya mencair.
7. Sedia utk dinikmati
 *** Tahan lama..takde la daun sup kecut berut dalam peti tu ***

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??