Resipi Cendawan Kukur dan Pucuk Ubi Tumis - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, March 27, 2018

Resipi Cendawan Kukur dan Pucuk Ubi Tumis

Assalamualaikum...
Yer...belum habis lagi episod masak masak lauk dari kampung. Ni kelmarin punya lauk. Macam biasa la...ambik masa sikit nak mengarang. Ni pun kira ok la 3 hari je...
Kisah koi bersalin anak nombor 6 ari tu...lagi seminggu budak tu nak setahun...belum sempat up lagi storynya....


Kali ni lauk cendawan kukur atau kitorang panggil kulat sisir. Ni kitorang beli kat pasar malam hari Khamis..kat Bukit Koman. Nak bagi lauknya nampak muai...petik la pucuk ubi belakang rumah sikit...buat tambah tambah..
Ok...jom tengok bahan bahan dan cara masaknya..

BAHAN-BAHANNYA :


  • 1 cawan cendawan kukur / kulat sisir direndam sehingga kembang & toskan
  • Secekak pucuk ubi dicelur dan toskan
  • 10 -15 biji cili padi **
  • 1 biji bawang besar **
  • 2 ulas bawang putih **
  • 1 genggam ikan bilis direndam dahulu dan toskan **
  • Garam secukup rasa
  • Setengah cawan air


CARA CARA MEMBUATNYA:

  1. Kulat sisir/cendawan kukur yang talah ditoskan di tumbuk kasar. Toksah tumbuk sampai halus pulak...tumbuk malas malas je
  2. Pucuk ubi pula...ambil daunnya sahaja ye. Lepas tu, celurkan dalam air panas sampai lembut. Nnt toskan. Lepas dah siap toskan...ramas ramas sikit dan gunting gunting kan
  3. Lepas tu... semua bahan yang bertanda ** ditumbuk halus. Ada orang tak suka tumbuk halus...koi suka tumbuk halus sbb koi tak makan bawang...hahaha... tapi bawang tu kalau dah tumbuk, koi makan la.
  4. Lepas tu...tumiskan bahan tumbuk ke dalam kuali, tumis hingga naik bau.
  5. Kemudian, masukkan cendawan kukur dan sedikit air utk melembutkan/memasak cendawan tersebut.
  6.  Lepas cendawan dah masak...baru la masukkan pucuk ubi yang telah dicelur tadi tu.
  7. Masukkan garam dan apa jua bahan penambah perisa yang diinginkan....pada koi garam dah cukup dah sebab dah ada ikan bilis tumbuk kan...
  8. Masak sehingga airnya kering.
  9. Sedia dihidang dengan nasi panas.
  10. Jangan lupa ambil gambar utk di upkan di Facebook mahupun whatsapp kat group family



Cendawan kukur yang telah direndam dan ditoskan. Sedang menunggu ketika utk dihenyak henyak dalam lesung batu


Pucuk ubi yang telah diramas dan diperah airnya...digunting gunting sesikit. Senang sikit nak masak dan nak makan. Kalau tidak...nanti nya dia bergumpal gumpal

Tumis bahan bahan tumbuk dalam kuali feveret korang ye. Tak tau kenapa...yang buruk kuring tu la yang jadi faveret walau ada La gourmet mahupun tefal

Sedia untuk dihidang bersama sama dengan nasi panas.
Yummehhhhh...
Sesungguhnya enakkkk banget.


























Sekian je coretan berbentuk makcik makcik utk hari ni...wassalam

1 comment:

  1. Ohhh ni memang lauk tersedap di dunia yg tiada tolok bandingnya. Byk2 menu asia, ni lah yg paling sukar dicari subtitute kat Aussie ni.. apatah lg yg real.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad