Resepi Gulai Rebung Ala Pahang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, March 25, 2018

Resepi Gulai Rebung Ala Pahang

Last week koi balik Raub jengah mak abah kat sana. Macam biasa la...kalau nak balik...adalah bekalan yang dibekalkan. Ni abah ada bawakan rebung. So semalam menggulai rebung la kome.

Abah koi suka racik racik rebung tu memanjang. Tak suka rebung potong bulat bulat.


BAHAN UTK DITUMBUK:

5 biji bawang merah kecil.
2 ulas bawang putih.
1 inci kunyit hidup.
5 ekor ikan bilis...belah dan rendam.
10 biji cili padi kampung .
2 camca garam.

BAHAN-BAHAN:

3 Genggam rebung. 
Sejemput ikan bilis
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
1/2 kotak kecil santan
Air 

CARA-CARA:

  1. Mula mula...rebung dicelur terlebih dahulu. Celur la dalam 7 ke 8 minit. Lepastu angkat dan toskan airnya.
  2. Bahan tumbuk tadi...tumbuk sampai halus. 
  3. Masuk sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk. Masukkan juga serai. 
  4. Selepas bahan tumis tadi sedikit garing...masukkan rebung dan air. Air toksah banyak banyak. Ngam ngam je paras rebung. 
  5. Kacau kacau sikit. Lepas rebung dah lembut dan sebati dengan kuah. Masukkan ikan bilis dan santan dan asam gelugur.
  6. Masakkan santan tu dengan api sederhana sampai menggelegak. Masa mula mula masuk santan ni...tolong jangan main henpon. Kena kacau kacau atau abah sebut tembok. Kena tarik buat macam teh tarik tu...sendukkan..pastu tuang balik. Supaya santannya tak berkepala atau bahasa kampung kome "bakil". Bila dah membuak buak tu...kecikkan api okay.
  7. Masa ni bolehla nak rasa asam garam garamnya. Sbb garam dah bubuh masa tumbuk bumbu tadi kan. Kalau tak cukup masin...tambah la garam lagi. Kalau suka pak aji ke...gula ke...boleh la tambah sendiri. 
  8. Kalau bajet dah sedap...tutup api. Hidangkan dalam mangkuk yang sesuai.
  9. Last sekali...dah masuk dalam mangkuk lawa tu...ambil gambar utk di send kan kat wasap mak dengan caption..."Mak, kitorang dah masak dah rebung abah bagi semalam. Terima kasih. Sedap rebungnya"
  10. Jgn lupa wasap suami juga.."gua dah masak. Jgn mkn kat luar"



No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad