Bunyi gigi ketika tidur - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, May 23, 2023

Bunyi gigi ketika tidur

Pernahkah mendengar bunyi gigi berlaga ketika seseorang tidur? Haa... ni mengikut kajian saintifiknya lah. Boleh la baca kalau pernah dengar 

Apakah Bruxism atau Teeth Grinding?

Ia adalah satu keadaan pergeseran secara paksaan antara permukaan occlusal gigi bawah dan gigi atas (permukaan yang digunakan untuk kunyahan). Pergeseran itu biasanya berlaku tanpa kawalan samada geseran ke depan dan kebelakang atau ke kiri dan ke kanan. Dan biasanya bruxism berlaku bersama jaw clenching (ketapan - mandible shut tightly). Mereka yang mendapat kondisi ini dipanggil bruxers.


Adakah Bruxism membawa masalah?

Ya. Kondisi bruxism yang tidak ditangani dengan cepat mampu memberikan kerosakan yang kekal kepada gigi dan ketidakselesaan di bahagian mulut dan muka. Kondisi teeth grinding yang berlaku tanpa kawalan ini sangat berbahaya kepada gigi terutamanya waktu tidur. Semasa tidur, mastication force (kekuatan kunyahan) boleh mencecah 6 kali ganda lebih dari kekuatan kunyahan biasa dan boleh berlaku dalam 40 minit dari 1 jam waktu tidur.

Antara komplikasi akibat bruxism ini ialah:

* kekacauan struktur rahang bawah
  • kesakitan pada rahang bawah (kesukaran membuka dan menutup mulut)
  • kelukaan
  • pening kepala
  • sakit telinga
  • kerosakan pada gigi (permukaan atas, akar, dan periodontal ligament)
  • kerosakan gigi palsu atau tampalan pada gigi
  • menyebabkan gigi sensitif
  • goyangan gigi (tooth mobility)


Apa yang menyebabkan bruxism?

Sebab dan punca berlakunya bruxism atau teeth grinding tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun dapat disenaraikan beberapa faktor yang dipercayai secara kajian dan pemerhatian dan dapat di kalsifikasikan kepada 2 iaitu:

Faktor bruxism pada orang dewasa:

1. Tekanan perasaan. Ia adalah punca utama berlakunya bruxism di kalangan orang dewasa terutamanya sewaktu tidur. Tekanan perasaan boleh mengganggu kitaran tidur seseorang.

2. Kekecewaan dan menyimpan dendam dan marah. Semasa marah atau kecewa, biasanya seseorang akan menggigit dengan kuat mulutnya menyebabkan berlakunya bruxism. Biasanya keadaan ini tidak dapat dikawal.

3. Perwatakan yang agresif. Sama dengan sebab yang sebelumnya, iaitu berkaitan emosi. Cuma kali ini, mereka tidak menyimpan dendam atau marah, malah melepaskan marah mereka dalam keadaan mengetap gigi dengan kuat tanpa kawal. Beberapa kajian menyatakan bahawa mereka yang agresif, suka bertanding, suka mengawal dan mengarah mendapat keadaan bruxism ini.

4. Masalah fungsi Central Nervous System. Beberapa kajian membuktikan disfunction of central nervous system sebagai punca berlakunya bruxism seperti Huntington's disease dan Parkinson's disease (neurological disorder).

5. Ubatan dan dadah. Ubat antidipressant seperti Prozac dan Celexa, dadah seperti ekstasi dan kokaine dibuktikan memberikan bruxism sebagai kesan sampingan penggunaannya.

6. Susunan gigi yang tidak normal. Ia lebih dikenali malocclusion. Inilah salah satu sebab fizikal bruxism. Namun, ia masih dalam peringkat teori dan belum dibuktikan mana-mana kajian saintifik.

Faktor bruxism pada kanak-kanak:

Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.

1. Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi itu selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut.

2. Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini.


Apakah rawatan bagi bruxism?

Setakat ini tiada rawatan khusus yang mampu merawat kondisi bruxism, namun kondisi ini dapat dikawal.

Untuk mengawal kondisi ini, mereka yang mendapat bruxism ini perlu mengetahui punca sebenar berlakunya kondisi ini ke atas mereka. Berjumpa dengan doktor gigi adalah langkah terbaik supaya dia dapat melakukan pemeriksaan ke atas mulut mereka samada terdapat abnormaliti, kerosakan pada tisu, otot dan urat mulut. Kemudian doktor tersebut akan menemubual dan menyoal selidik samada mereka mempunyai masalah psikologi.

Biasanya masalah bruxism dapat diringankan dengan memakai mouthguard seperti yang dipakai pemain-pemain bola sepak mahupun sukan lasak. Mouthguard ini dapat mengurangkan kesan bruxism semasa tidur.


Lanjutan rawatan terhadap bruxism adalah berdasarkan puncanya:

* Masalah berkaitan tekanan perasaan - Mendapatkan rawatan psikologi daripada pakar psikologi. Muscle relaxant atau botulinum toxin dapat meredakan secara sementara otot rahang bawah daripada mengetap rahang, namun ia hanyalah jalan terakhir sekiranya rawatan lain tidak berakhir.
* Masalah berkaitan struktur dan susunan gigi - Rawatan ortodontik dan pembetulan permukaan occlusal boleh dilakukan.
* Masalah Neuromuscular dan otak - Rawatan gandingan antara doktor gigi dan doktor psikologi diperlukan untuk mengatasi maslah yang kompleks ini.
* Masalah berkaitan ubat. Doktot anda mungkin akan mengubah ubat yang perlu diambil kepada yang tidak mendatangkan bruxism sebagai kesan sampingan pengambilan ubat tersebut.


hmmm....boleh rosakkan gigi ehkk...ingatkan takde pape ifek...paling seram bila orang kaitkan dengan adanya saka dalam tubuh badan orang yang tidur berbunyi gigi ni...adakah?? Allah sahaja yang mengetahuinya... artikel di atas dicedok bulat bulat dari dentisonline.

8 comments:

  1. ngeri bila dgr org tido dgr bunyi gigi tu...berlaga2..kann

    ReplyDelete
  2. Masa bujang dulu kalau ada kengkawan yas yg jenis tidur mcm nih, sure yas akan tutup mulut dia...tak leh tahan...ngiluuu...

    ReplyDelete
  3. teringat pada room mate, dia memang tido gigi berlaga. Ngilu je dengar.

    nanti nak forward kan artikel ni pada dia.

    nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  4. Sy penghidap bruxism.. Masalah fizikal seperti sususan gigi, atau kerosakkan gigi memang tak ada. Walaupun kesan bruxism ni kebanyakkannya kesan fizikal je. Tapi untuk sy kesan psycology yg sgt dasat. Pernah rasa tak nak kawen. Takut sleeping partner ingat saya bela saka...dan sy dah rasa cukup bengangg bila family member sendiri buat bruxism sy ni sbg jokes..

    ReplyDelete
  5. takde kena mengena dgn saka ahh...(ayat org takut)

    ReplyDelete
  6. @BulanBintang

    mungkin soalan saya lari sikit dri knyataan di atas..baru2 ni,swktu saya tdur,gigi sya seolah2 menggigit,atau bertembung antara ggi atas n bwah..mnyebabkan gusi sy sakit..harap ada jawapan yg munasabah..huhu

    ReplyDelete
  7. good sharing.. tq.
    ingat x de apa2 rupanya bahaya jugak kan...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad