Kisah Pantang Bersalin... - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, February 5, 2013

Kisah Pantang Bersalin...

Dah seminggu arwah kakak ipar koi meninggal terasa macam antara percaya dengan tidak je...apapun arwah memang dah pergi jauh meninggalkan alam dunia ini. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
 
dan dengan itu juga Ibu mertua koi tidak henti-henti menasihati anak-anak arwah agar tidak tinggal solat dan selalu sedekahkan bacaan al Quran buat arwah ibunya. Semoga Allah menempatkannya di kalangan bidadari syurga kerana arwah kakak ipar koi memang isteri yang baik. Sakit macam mana pun, tetap nak laksanakan tugas sebagai isteri.

Eh melalu jauh pulak...Saja la nak cerita...masa anak pertama dulu, koi pantang seminggu je kat rumah mertua. Seganla...walau baik macam mana pun ibu mertua koi itu..koi tetap segan. Yelah..mak mertua koi dah kategari warga emas...koi tak sampai hati tengok dia berjaga malam temankan koi kalau anak koi menangis malam2. Walaupun koi dah suruh tido, takyah temankan koi..kejap2 dia terjaga dengar baby menangis...hishhh...tak sampai hati lah koi. pagi2 terkejar2 nak siapkan air mandian koi, sarapan, basuh baju baby...huishh....takleh jadi ni...koi pun mintak dihantarkan balik Pahang. Duduk dgn mak sendiri tak segan sangat. Lagipun alhamdulillah sbb keadaan kedua dua ibu bapa koi setakat ni masih sihat dan bertenaga. 

Masuk anak kedua, koi pantang sendiri dan dijaga rapi oleh En.Suami ajer. Alhamdulillah...sihat walafiat. Rasa lebih cepat baik dan bertenaga sebab suami koi tak galakkan sangat berpantang dengan makan nasi lauk ikan kering dan bilis sangai tu. Pagi2 sebelum pergi kerja dia siapkan air mandian untuk koi, masak nasi, lauk, sediakan sarapan, panaskan batu tungku, basuh kain, sidai kain, hantar anak sulung pergi taska, pastu baru dia gi kerja. Rutin harian dia masa tu bermula jam 4 pagi. Kebetulan koi bersalin 2 hari sebelum umat Islam menunaikan ibadah puasa. Jadinya, dia bangun untuk bersahur sekali rap dengan uruskan rumah dan bininya sekali. 

Lepas Suami koi dah pergi kerja..koi pun tinggal dengan baby kecik berdua ajer. Seminggu pertama memang koi tak buat kerja apa-apa. Masuk minggu kedua dah boleh menyapu, lipat kain baju, mandikan baby...rasa dah sihat betul lah...masa tu pakai set bersalin nona roguy..tapi pil jamu dalam set NR tu koi takleh makan la pulak. Asal makan je, baby diarrhea la pulak, sebab masa tu bagi susu badan sepenuhnya...kesian pulak sampai nak melecet buntutnya. Sudahnya pil tu buang ajer. 

Untuk Anak ketiga yang akan datang ni InsyaAllah akan berpantang di rumah sendiri jugak. Mungkin mak mertua akan datang tolong tengokkan 2 abangnya sebelum koi keluar hospital nanti. Mudah-mudahan semuanya selamat. InsyaAllah...


 

2 comments:

  1. Hehehe..mmg bagus la en. leman kita. Emmm..harapan en. suami kita pun leh jaga kita nanti ;) zura..dua2 anak 44hari ditinggal umah mak zura je.. dgn dia2 sekali berangkut ke sana.

    ReplyDelete
  2. Untung kalau ada mak mertua baik. Macam saya, nanti mmg insyaAllah akan berpantang dgn ibu mertua. Sebab saya dah takde mak. Huhu. Ibu mertua saya pun sgt baik. Tapi mcm awk jugak kot, segan nak nyusahkan dia. Rasa bersalah je kalo nak suh dia jaga kita beriya2.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad