Masak Spaghetti Goreng - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, November 1, 2023

Masak Spaghetti Goreng


Kalau turutkan tekak anak anak, 
macam ni lah masakannya,
Tapi okay la,
diorang minta untuk sarapan,
Jangan makan malam nak minta makan spaghetti la, 
macaroni la, fettuccini la.. 
Tercekik ayahnya nak menelan sebab ayahnya memang tak suka pasta.
Kalau mi goreng ala mamak...
lajuuu....

Kali ni anak-anak taknak spaghetti dengan kuah pasta carbonara, alfredo, buttermilk semua tu.
Diaorang order nak yang goreng macam mi goreng biasa tu,
tapi buat guna spaghetti.
Kann... macam macam request lagi.
Ye la..
sementara mak korang masih hidup dan sihat ni,
Minta la macam macam..
Nanti kalau mamanya dah tua kerepot,
pegang sudip pun dah terketar-ketar,
korang mintakla kat bini masing-masing masakkan atau masak la sendiri ya.

Jadi Mama Yan buatlah spaghetti goreng yang simple simple aje.
Bahan-bahan pun apa yang ada di rumah aje.
Malas nak ke kedai membeli.

Resepi Spaghetti Goreng

1 bungkus spaghetti
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 keping dada ayam dipotong dadu
2 sudu cili kisar
setengah tin kecil sos pasta tradisional (tomato)
3 biji telur
garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

Rebus spaghetti mengikut arahan pada plastik pembungkusan.
Kemudian toskan spaghetti, taruk sedikit minyak dan gaul rata pada spaghetti supaya tidak melekat.
Letak ke tepi dahulu sementara kita buat bumbu untuk menggoreng.
Kisar bawang putih dan bawang merah.
Kalau nak sedap lagi boleh kisar sekali dengan sedikit ikan  bilis atau udang kering.
Tapi MY lupa nak letak ikan bilis.

Panaskan minyak dalam kuali,
Tumis bahan kisar ke dalam minyak.
Masukkan cili kering kisar dalam dua sudu.
Kalau suka pedas, boleh lah tambahkan lagi.
Masak sehingga cili kering cukup masak.

Masukkan telur dan ayam.
Gaul rata dan kacau kacau sampai ayam masak.
Masukkan pula sos pasta.
Yang ni kalau takde sos pasta, tak payah letak pun takpe.
Guna apa yang ada kat rumah je.
Masa ni letaklah garam dan serbuk perasa kalau suka.
Nak tambah sos cili ke, sos tiram ke.. boleh juga.

Akhir sekali,
Masukkan spaghetti ke dalam kuali.
Gaul rata sehingga semunya masak sekata.

Masa ni cubalah rasa sedikit masam manis pedasnya.
Kalau dah cukup rasa,
Boleh la matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
Kalau tak cukup rasa... pandai pandai la adjust..hahaha

spaghetti goreng
Selalu MY guna jenama Kimball aje untuk pasta ni.
Kali ni main sauk je jenama ni.
Sos pasta tomato tu lebih masa buat makaroni sebelum sebelum tu.
Tapi takde story kat blog.
Sayur sayur pun tak letak sebab kalau letak sayur,
haiishh... berbulu biji mata menengok diorang terkuis-kuis sayur dalam pinggan nanti.

spaghetti goreng
Kalau nak tambah udang, sotong, fishball, fishcake pun boleh juga.
Tapi tu lah.. kat rumah ni ada ayam aje.

spaghetti goreng
Ni kali pertama MY guna pasta jenama San Remo ni sebenarnya.
MY rebus spaghetti tu dalam 4-5 minit macam tu sebab biasanya memang macam tu lah untuk angel hair.
Rupanya San Remo ni tak sama macam yang selalu MY guna,
San Remo perlukan 2 minit sahaja untuk dilembutkan.
Hasilnya... yeahhh...
Dia putus putus dan tak al dente lagi dah.
Silap MY tak baca cooking instruction terlebih dahulu.




 

10 comments:

  1. morning mama yan... nice & unic gitu spagethi goreng..boleh aje kan..
    x pe, next time dah tau, leh pendek kan masa rebus tu kan...

    ReplyDelete
  2. anak LM pun suka pasta. biasa kalau menu pasta LM akan gorengkan ayahnya nasi ke apa pa la menu melayu. LM sendiri pun tekak melayu. 2 anak tu terjebak sebab dulu sek kat doha makanan kawan kawan dia pasta sandwich smua tu kot..adik adiknya pun dah terikut

    ReplyDelete
  3. linda x pnh plak baca cooking instructions...kikiki..mmg bntai aje..jnji lembut sudah

    ReplyDelete
  4. Sedap ni MY. Mesti berebut² anak-anak tu...
    PH pun selalu guna pasta San Remo dan Kimball

    ReplyDelete
  5. terlebih rebus itu hancur sikit ye MY heheheh tp takpe janji anak2 makan kira on

    ReplyDelete
  6. bdk2 mmg suka menu ni..kt umah ni ankdara tu mmg ari2 menu pasta pun xpe tp yg kuah carbonara la

    ReplyDelete
  7. Apa kata nanti ni MY demand anak² yang memasak pula the next time depa demand MY masakkan something special. Skill memasak ni elok diajar dari kecik, tengok rancangan MasterChef Junior tu, sejuk ja mata memandang 🤭

    ReplyDelete
  8. kat rumah ammi mmg sentiasa ada stok pasta. tp pasta semata sebab ammi melayukan pasta tu jadi spagethi goreng, makaroni goreng..siap letak cili mesin + belacan lagi ahakss.

    ReplyDelete
  9. Hahahah boleh juga saya coba nanti resepnya kak 😄. Bosan juga bikin spaghetti biasa, mungkin sesekali nak coba di goreng 👍

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad