Bila hari cuti,
Barulah sempat nak uli uli tepung.
Sebab tak ulang alik kisahkan sekolah anak.
Lepas tu boleh la ajak Sarah tolong buat karipap.
Macam macam saiz, rupa, bentuk dan warna ya karipapnya.
Maklumlah..
buat dengan budak darjah 5.
Walaupun mak tak kerja,
boleh masak selalu untuk anak anak,
tapi tetap kena ajar anak dara ke dapur juga.
Anak lelaki?
kurang la ajar masak,
tapi tetap biasakan lepas makan hantar pinggan ke dalam sinki.
Jangan nak jadi raja sangat,
pinggan cawan tinggal merata.
Anak lelaki pula suami MY ajar buat kerja lelaki macam tukar mentol lampu,
tukar paip air,
cuci kolam ikan,
memangkas pokok, mesin rumput, cuci longkang, tanam pokok dan lain lain lagi.
Mama Yan kan...
Kalau nampak karipap kat gerai sarapan ke,
minum petang ke..
mesti beli.
Kalau pergi jamuan jamuan,
nampak karipap pun ambil juga.
Entahla.. tak reti reti jemu makan karipap..hahah...
Hari tu Mama Yan buat inti kentang campur daging.
kat gerai memang susah la nak jumpa karipap dengan intik daging batang pinang ketul ketul.
Kalau dia kata inti daging tu biasanya adala bau bau aje..
hehehe...
RM3 satu paket isi 5 biji karipap takkan nak buh daging pulak kan...
Agak agak kalau jual karipap inti kentang + wagyu berapa nak letak harga seketul ye?
.jpeg)
Dah lama tak buat karipap..bila ntah nak rajin nie
ReplyDeleteKita pun tak reti jemu makan karipap. Nak buat sendiri, nak menguli tepung tu yang....aduhai!
ReplyDeletesy beli karipap frozen utk isteri dan dia goreng bila sy nak makan. mudah kan? hehehe
ReplyDeletePH pun suka karipap. memang kalau nampak karipap, itu yg first choice bila beli. Rasa kenyang makan karipap
ReplyDeleteSama la kita suka karipap. Lama tak buat. Cie suka klem karipap tu walaupun pakai acuan.
ReplyDeleteKaripap kari cuti kalau nak makan waktu kerja boleh tak? Hehhehee
ReplyDeleteKalau ada wagyu, mahu RM10 seketul. Tu pun letak secoet aje. Tak lama, pandailah tu Sarah buat karipap sendiri.
ReplyDeleteSaya pernah jumpa karipap jual tepi jalan sebiji seringgit, sebab dalam ada daging ketul-ketul, boleh rasa. Suka juga karipap. Rajin MY buat.
ReplyDeletewah rajinnya yan sedapnya karipap comel nak se
ReplyDeletesaya tak pandai buat doh karipap. sebab tu beli je, tu pun suka karipap putar sebab kulitnya crispy
ReplyDeleteKaripap memang favorite sentiasa.
ReplyDeleteSedapnya MY karipap tu. Nampak rangup di luar tu.
ReplyDeleteSetujuuuu, anak lelaki pun harus diajar kerjaan rumah. Jangan sampai saat dia menikah nanti, tak nak bantu istrinya. Lelaki harus tahu juga cara urus rumah, jadi bisa bersinergi dengan spouse dia.
ReplyDeleteSaya sukaa akriapp. Kalo di sini sebutnya pastel, jalangkotek, panada. Banyak nama dia 😄. Tapi kariapp di sini jrg yg isinya kari macam di Malaysia. Sebab saya sukaa sangat yg isi kari kak, ntah itu sardin, udang atau ayam.
Bila baca entri karipap ni .CCL teringat kenangan dulu ngn adik ..CCL buat karipap ..uli tepung sendiri ..masa tu tak ingat umur berapa .. .tapi last² karipap tu keras 😄😄
ReplyDelete