Selamat Hari Pekerja 2026 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, May 1, 2026

Selamat Hari Pekerja 2026

Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bergelar pekerja tak kira sama ada kerja kerajaan,
Atau kerja swasta,
Ataupun kerja sendiri.

Hari cuti begini MY tak buat apa pun,
Duduk di rumah saja,
Masak, makan, tido. 
Suami dan anak anak MY tebang pokok jambu sebab pokok tu kena jangkitan kulat yang teruk,
Eh bukan tebang,
Tutuh je,
Masih tinggalkan dahan dahan lagi untuk dirawat.


 Lauk sayur kacang buncis ni takde kena mengena pun dengan kisah hari ni,
Sebab hari ni masak lemak labu + sawi,
Ini menu bila MY pun tak ingat bila.

Ni makanan tengahari MY acah acah diet diabetes,
Tauhu telur tu MY salut dengan tepung jagung supaya tak meletup ketika digoreng,
Lepas goreng tauhu telur,
Ketepikan dulu.
Kemudian tumis bawang kecil dan bawang putih,
Masukkan sayur sayuran yang digemari,
Mama Yan campurkan hirisan lobak merah,
Bunga kobis dan kacang buncis,
Taruk sos tiram dan air,
Air sikit je. 
Untuk lembutkan sayur je.
Gaul gaul atas kuali tu sampai sayurnya empuk,
Last sekali masukkan tauhu telur yang dah digoreng tadi.
Siap.
MY tak letak garam gula dan serbuk perasa sebab dalam sos tiram dah lengkap semua tu.

Bila dah masak,
Boleh lah angkat dan masukkan dalam pinggan mangkuk siap siap.
Jangan tinggalkan dalam kuali panas, 
Nanti sayurnya akan terus masak dengan sisa kepanasan kuali tu.
Lembik sayurnya nanti.

Akhirnya dapat juga buat entry pasal gambar lauk sayur ni.
Dah lama tersadai dalam draf.
Okaylah..
Sekian, wassalam

8 comments:

  1. Selamat bercuti & selamat hari pekerja.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat cuti extra hari ini sempena Hari Pekerja. Bila cuti memang best, LZ pun sama apa lagi masak, makan dan tidur laa jawabnya untuk recharge energy.

    ReplyDelete
  3. Cuti panjang kali ini... Selamat menaymbut Hari pekerja :D

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti. Bagus gambar lama jadi entri. Cuya pon selalu macamtu, kadang gambar lama jadi entri baru

    ReplyDelete
  5. Semalam cari juga tauhu telur, out of stock pula dekat MTM tu.
    Kami pun tak ke mana, buat kerja² rumah juga.

    ReplyDelete
  6. Sayapun kalau masak tofu juga macam ini saja. Salut tepung , lalu tumis dengan aneka sayur 😄. Simple dan sedap

    ReplyDelete
  7. Nak wish selamat hari pekerja, dah lepas plak... so kita ucapkan Selamat hari ibu ye Yan :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad