Kisah Jumaat minggu lepas-lepas...
maksudnya dah dua kali Jumaat punya cerita la..baru nak cerita.
Mama Yan saja la hadir Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia di Klinik Kesihatan Pekan Nanas.
Dengar doktor pakar bagi talk dan ada permainan juga.
Tapi MY tak join pun apa-apa games.
sejenis malas.
Majlis bermula jam 8.00 pagi..
Tapi macam biasalah..
Tunggu dan menunggu adalah satu kewajipan dalam setiap majlis di Malaysia.
Tak tahulah kalau kat mana mana negara pun sama sebab MY tak pernah keluar negara.
Dapatlah goodies bag ni.
Dalamnya ada roti coklat, air mineral, flyers, kipas dan fridge magnet.
Ada cabutan nombor bertuah juga... tapi MY tak bertuah pun.
MY tunggu sampai majlis hampir habis..
Ye hampir habis je..
Masa diorang kata berkumpul untuk bergambar..
MY terus menyusup lari.
Malas la..
Lama juga MY kat situ..
sampai sakit kepala rasa.
Kakitangan pun ada juga hadir..
Mungkin dari klinik desa dan klinik kesihatan sekitar daerah.
Diorang duduk belakang belakang dan bising sungguh sampai sakit kepala rasa,
Bersembang sakan diorang semua.
Padahal bos bos diorang tengah bagi talk kat depan tu.
Pelik betul.
MY pelik la sebab MY tak peramah...hahahah
Tapi takpelah..
enjoy ke join?
Hmm.. tak berapa... sebab tak berapa masuk dalam otak.
Masa MY hadir ke majlis anugerah anak sekolah pun ada ibu-ibu yang bersembang beria,
Gaya macam kat pasar bisingnya sampai tak dengar ucapan guru di hadapan.
Ni majlis di klinik pun bising juga.
Peramah sungguh bangsa Johor ni ye..
MY je la duduk membatu tak toleh kiri kanan.
Lepas ni macam tak rajin dah kot nak sertai apa apa...
kecuali kat sekolah tu,
memang takleh buat apa dah la...
Sekian, wassalam
.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)