Tuesday, May 18, 2010

Site Engineer (utk yang baru grad shj)

Pekerjaan sebagai site engineer atau jurutera tapak ni bukannya susah sangat. Orang dapat 3rd Class degree mmg sesuailah kerja kat tapak ni. Apa yang perlu ada pada seorang jurutera tapak sebelum dia memulakan kerja adalah ketahanan mental dan fizikal. Anda tak perlu memerah segala ilmu dan teori meori yang dulu kita belajar dalam kelas..tak perlu repeat balik kertas2 ke,nota2 ker,…buku yg tebal2 tu…?lagi lah tak payah…

. Kerjaya sebagai site engineer tak perlu fikir panjang2 sbb kita buat ikut apa yang ada dalam drawing..konsultan dah bagi drawing…buat apa nak pikir panjang2 pasal beban ker…pasal momen lentur ker…daya ricih ker…tu semua takyah pikir panjang2…ikut je apa ada dalam drawing….haa..tpi jgnlah ikut membuta tuli…bila nak buat sesuatu struktur tu jangan tengok satu drawing jer…tengok semua drawing…drawing arkitek, drawing c&s,drawing m&e dan jugak shop drawing..ehh tak ketinggalan as built drawing piling..dan jgn lupa detail drawing….

Huh…!banyaknye drawing nak kena tengok…berat mata yang nak menengok..berat lagi mata orang yang membuat drawing2 tu semua…hahaha…sama ada jurutera awam di tapak atau jurutera M&E…perkara paling penting adalah ketahanan melawan segala jenis anasir jahat yang ada di tapak.

Banyak ker anasir2 jahat di tapak….?ishh…banyak…lebih2 lagi tapak yang baru diteroka, yang asalnya hutan belantara bak Gunung Raya…hehe…serammmm… nanti lain kalilah aku cerita pasal keseraman di tapak bina ni…



Anasir2 lainnya adalah hujan, panas, lumpur, selut, kena marah masa meeting dgn konsultan, kena marah dgn bos sbb tak capai target, pekerja mogok, pekerja tak dengar cakap. Itu yang baru anasir2 yang bukan teknikal, kalau dah masuk part teknikal… Huh! Pergi kantin...kite minum dulu...!!

Apa yang aku cerita ni bukan 100% boleh pakai, tp sebagai sandaran kepada fresh graduate engineer ok kott... lagi satu untk projek bawah 20 juta boleh la nak main2 cam aku..tp kalau projek besar2...kena lebih agresif la..kena banyak bertanya...tak malu nak belajar...study drawing...

Hmm..lagi satu...kepada bakal bakal jurutera tapak yang baru grad ni...tolongla lengkapkan diri anda dengan beberapa benda sebelum masuk ke tapak bina:
1. CIDB Green Card
2. Safety Helmet
3. Safety Shoes
4. Buku Nota kecik sendiri (catat bende yg penting2 kat site)
5. Henfon berkamera (senang nak amik gambar)
6. Pen
7. Measuring tape
8. Scale Ruler
9. Kalkulator
10. Highlighter

Semua bende2 yang aku sebutkan kat atas sebahagian besarnya akan dibekalkan oleh majikan. Tp tengok majikan jugakla...kalau dapat majikan yang kedekut...gunakan inisiatif sendiri untuk menjadi orang yang berkerjaya. Bende yang aku senaraikan kat atas ni memang leceh..lebih2 lagi kalau lelaki, hari ni opis bagi pen esok dah hilang. Kalau dah hustler, dari 10 yg aku senaraikan perlukan 5 aje nanti..tp tunggu la barang 5 tahun. Masa tu dah jadi projek manager, dah RE, dah jadi projek Coordinator or apa apalah...

Mana ada org keluar dari perut mak dia..terus2 pandai kan...mestilah ade proses pembelajaran..dari mana nak belajar? Zaman skang dah moden...ketik2 je kat ujung jari...dah keluar segala macam...kalau boleh belajar dengan orang yang pandaila...dgn superior kite contohnya.

Oklah..,lepas ni aku akan cerita lagi...berkenaan dengan site meeting, technical meeting, NSC meeting, toolbox talk,TBM, silt trap..dan lain lain lagi...bukan apa...seronok dapat kongsi pengalaman. Tak semua org tau engineer tu kerjanya macam mana...okehh...see you next post.

0 comments:

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??