Tuesday, July 19, 2011

Juvana...berakhir sudah...

berakhir sudah citer Juvana kat TV3 malam tadi...My En Suami jarang2 tengok drama Melayu...selalu dia tengok AXN atau chanel sukan jer...kalau arsenal punyer game, yang dah berapa kali tayang pun dia boleh tengok lagi...lagi pulak kitorng ni berebut dengan anak2..tiap2 malam dioarang mintak nak tgk kartun...cuma malam isnin je kitorang tak beralah...tapi yang peliknya anak2 pun layan gak citer juvana tu...
dia kata cite gadoh gadoh...

koi pun nak buat review jugak pasal citer ni...zaman sekarang takat tertinggal episod2 drama kat TV3 ni tak jadik hal...tonton kan ade...boleh repeat tengok kat tonton ye tuan puan semua...

masa cite juvana ni habis..koi tak perasan pulak ada montaj tu ade tulis apa diorang jadi 10 tahun kemudian..yang koi perasan dah ujung2..lagipun dalam jarak jauh dan tulisan kecik2 koi mengambil masa sikit nak mengeja...

yang pasti botak jadi peninju asia..hahaha...memang ngam la dengan karektor dia masa remaja...
botak ni penah belajar tahfiz tau...


watak yang koi minat, haruslah watak best friend Daim si Apek dan tentulah si Kedah aka Putera Syazlan aka Fimie Don...fimie ade blog tau ni --> blog fimie don .rasanya lepas ni si Botak dengan si Apek akan jadik pilihan para penerbit. bagus jugak cite macam ni...makin ramai hero filem/drama yang berwajah Melayu...harap harap lepas ni mereka mereka ni taklah bangga diri atau demand sebelum masa atau terbabit kontroversi murahan...


Boleh tahankan mamat nie..?

sempat jugak koi skodeng FB si Apek tu...nama betulnya Syazwan Zulkifly. koi suka watak dia dalam Juvana ni...kiranya watak Apek ni menyentuh hati la jugak pada koi. watak kesetiaan dan pengorbanan seorang sahabat...hensem pun hensem...kiranya setahun dua lagi berdiri sama paras la dengan Remy Ishak kat carpet merah anugerah anugerah dalam Malaysia ni...

yang kanan sekali tu Apek@Syazwan Zulkifly okeh...



ni pulak gambar masa photoshoot dgn Harian Metro...koi ada beli masa ni...


kredit to facebook /juvana untuk semua gambar2 di atas.
.

Thursday, July 14, 2011

site diary versi emosi

Dah lama tak menulis cerita kat tempat kerja..sekarang memang busy..takde masa nak mengarang. Kat rumah pulak kalau kita ada masa, time anak2 tak kacau..internet pulak buat hal…slow gile…lajunya pagi-pagi bute time orang sibuk nak bersiap ke tempat kerja…jadinya apa yang koi nak cerita nak berlalu kira2 minggu lepas la kot…ada jugak hikmahnya..kalau lepas kejadian tu berlaku koi terus menulis kat blog utk meluahkan perasaan..mesti bentuk penulisan koi sangat sangat emosi…silap silap 18PG..
Last two week ago, koi tengah buat kerja konkrit kat tapak tempat koi tengah bekerja ni. Tapak projek ni sedang membina sebuah sekolah agama negeri. Kat johor ni, pagi pergi sekolah kebangsaan..petang pulak diorang sambung pergi sekolah agama..walaupun tak semua hantar anak ke sekolah agama petang2 tu..tapi hampir semua anak2 johor yang kukenali pernah pergi sekolah agama.
Sedang koi buat kerja kat site..koi didatangi oleh seorang lelaki yang sudah agak berusia la juga…dengan garang dan bengisnya..datang kat site marah marah…
“sapa kontraktor??”
Dan dengan sopan santun dan anggunnya koi Tanya pakcik tu…
“ada apa2 ayang boleh saya tolong?”
“engkau bos kat sini ker?”
“Saya bukan bos…tapi saya pengurus kat tapak ni. Ada apa yang saya boleh tolong?”
Lepas tu terus dia sembur koi pasal lori konkrit lalu kat depan rumah dia. Dia kata dulu2 dah ada dalam kontrak yang lori untuk pembinaan tu takkan lalu ikut jalan tu..ikut jalan utama. Dia kata apasal degil sangat..kan dah cakap banyak kali…koi diam ajelah sambil piker-pikir bila masa dia cakap jangan ikut sana sini ni?
Sebenarnya, koi tak kisah langsung kalau dia nak larang lori-lori pembinaan lalu depan rumah dia tu…tapi cara bercakap tu biarlah beradab sikit…lagi satu, lori konkrit tu takdelah laju mana pun…kalau buyung konkrit penuh…laju mana sangat la lori tu bawak.
Koi paham akan kebimbangan mereka,..takut jalan rosak..takut jalan kotor..tapi benda tu normal…mana manapun..kalau kita nakkan pembangunan,..kenalah berkorban sikit. Contoh pembinaan jalanraya. Masa tengah construction memang azab nak pergi dan balik kerja..memang jalan jammed stok mahakarya, kereta kotor, jalan berhabuk…tapi benda tu kan bersifat sementara. Bila dah siap siapa yang senang..?siapa yang selesa…? Pengguna jugak…
Sama la macam kes kat kampong ni jugak..lori keluar masuk marah…jalan kotor sikit bising…tapi itu semua untuk sapa? Untuk kemudahan anak cucu diorang jugak kann…kita buat sekolah ni…bukannya dapat untung juta juta pun..lepas2 bayar gaji pekerja ajer…projek kecik untung pun kecikla…kalau nak untung besar boleh jugak…koi boleh tunjuk kat mana-mana tempat yang kita boleh buat kerja kotor...tapi itu bukan prinsip bos koi…Alhamdulillah koi dapat bekerja dengan bos yang hatinya tak piker duit ajer..
Tak paham koi orang kampong tempat koi buat kerja ni…sekolah agama nak…tapi masa sekolah tu dalam pembinaan…taknak pulak bekerjasama. Apa dia ingat buat kerja pembinaan ni macam tanam ubi kayu? Cucuk aje batangnya pastu hidup. Yang koi Nampak..anak cucu diorang yang takde disiplin dan merbahaya kepada kitorang adalah. Kitorang tengah buat kerja-kerja paip kat tepi jalan…budak-budak balik sekolah bawak motor selaju-laju tidak..yang koi terkejutnya..budak2 tu semuanya berkain/berseluar biru tua, maknanya…paling tua pun umurnya dalam 12 tahun la kann…tapi bawak motor lajunya kalah rider Pizza hut. Bukannya dia nak bawak pelahan pelahan motor tu bila Nampak orang tgh sibuk-sibuk buat kerja…kalau terlanggar orang tengah buat kerja tu macam mana…? Rasanya ada mak bapak budak kampong dating bawang parang nak belasah pekerja koi….
Memang susah nak paham dan puaskan hati orang kampong ni…yelah..kampungnye besar…ketua kampong kata OK..pak Imam kata tak OK…tok siak kata boleh aje…AJK Masjid kata alright…ahli mesyuarat tingkap kata pi raahhh…dah tu…kitorang yang nak buat kerja ni macam mana?? Susah nak buat kerja kalau takde kerjasama daripada masyarakat setempat…banyak benor songeh. Sebelum mulakan projek, bos koi dah pun jumpa dengan Ketua kampong dan Pak Imam…minta izin..takde pulak komplen apa-apa atau pesan apa-apa..bila dah jalan projek...ada pulak jalan ni boleh pakai…jalan tu tak boleh pakai…huishhh…
Apa-apapun koi mohon Allah SWT permudahkan usaha kami dalam menyiapkan projek ni..Amin Ya rabbal Alamin

Klik! Klik!

Post Terhangat