Saturday, September 17, 2011

Jom buat kuih raya..Part 1

raya dah nak habis baru sibuk2 nak buat kuih raya...haha..kuih yang koi nak persembahkan ini adalah kuih orang tak berapa rajin....kuih ni juga dikenali sebagai kuih raya takde oven...hmmm....sesuai untuk student2 di hostel dan juga kolej...







cara2 membuatnya adalah dengan membeli coklat masakan sama ada berjenama atau tidak itu tidak menjadi hal sangat...beli juga sekotak cornflake....pastikan di rumah anda mempunyai besen aluminium..atau besen 'ayan' kata orang pahang....atau besen2 dari jenis stainless steel...jangan pakai periuk...susah nak godak sebb permukaan bawah periuk bersegi...kalau boleh cari yang peten cam kuali..

gambar gambar di atas sebenarnya menunjukkan kekdah mencairkan coklat ajer...bukan susah bebenor nak cairkan coklat ni..

memula...panaskan air dalam periuk...ok.tp cuba acu dulu besen stainless steel tu dengan periuk ngam ke tak ngam..karang kot periuk tu besor amat..*'terjereluh' pulak besen besi berisi coklat tu dalam periuk berisi air panas...rugi wehh...kalau boleh kasik ngam ngam bibir besen tu dengan bibir periuk tu...

lepas tu tenggekkan besen besi/aluminium tu kat atas periuk yang berisi air panas tu...

lepas tu kacau kacau sikit coklat bagi cepat cair..jangan campur apa2 cecair dalam coklat tu...dikhuatiri cecair akan mempengaruhi kadar kepekatan coklat tersebut..maknanya jgn pepandai letak susu ker...air ker...kopi ker...air coke ker...kang coklat tu tak mboh keras baru tau....

ok...kadang kadang tak semua coklat akan cair cantik macam ni....kalau

 pakai coklat masakan yang murah2..memang jarang2 jadik cair cantik..dia berketul ketul laa....dia jadik likat sangat la...yang macam tu koi pun tak tau nak suggest apa...

okaylah...ini part 1...cara2 yang seterusnya...akan disambung selepas ini...see youuu...!!






*terjereluh = jatuh

1 comments:

CouLeur de Chiqu3 said... [Reply]

yeahhh..teknik double boil utk cairkan ckelat!

betol..coklat murah texture xcantek+muak pulak makannye..hihiii

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??