Wednesday, January 4, 2012

Bila bos datang site...

memang best bila bos koi skang ni datang site...meriah site dengan celoteh dia...budak2 sub workers ni lagilah suka..sebab en ayai ni memang murah hati and friendly orangnya....tiap kali datang sure beliau akan bawakkan apa-apa buah tangan untuk dijamu pada pekerja.



yang pasti tiap kali datang dia akan menambil gambar sekitar site dengan menggunakan henponnya dengan aksi tersendiri...



baru baru ni kan Abang Ayai ada buat perform kat semi final Anugerah Juara Lagu..tengok dalam TV..ish nampak muda pulak bos koi ni dalam TV...pandai mekap artist TV3 ni mekap Abang Ayai...tapi tang perut tu..memang tak boleh cover dah...hahaha...haram sudu!


this coming Sunday kat Angsana Johor Bahru ada Road Tour Anugerah Juara Lagu...hari ahad ni 8 January silalah datang beramai ramai ke Angsana yer wahai orang JB...haa...bos koi ni ada perform sebagai artist jemputan...tapi koi tak dapat datang sebab nak balik kampung hujung minggu ni...bos koi ni...tiap kali dia perform, dia akan lebih happy kalau staf2 dia datang tengok dia perform...walaupun dia tak pernah suruh datang..tapi kita tahu dia suka kalau kita dtg.


antara finalis AJL yang akan berada di plaza Angsana JB ahad ni pukul 2 ptg adalah.... Alyah..Hafiz...Shila Amzah..Ning Baizura..Hafiz Awan nano...Aizaf Amdan...





setakat ni...sepanjang koi duduk JB..plaza angsana ni memang tempat shopping yang paling ideal untuk koi sekeluarga...

4 comments:

~ataicha~ said... [Reply]

baik sungguh bos u erk...

ekinashikin said... [Reply]

bestnya dpt bos baik...
time kita kje dulu..sian tgk sub con bangla dgn indon asik kena marah je pastu mrh maki2 plak...da la tipu duit sub byk...sbb tu kita berenti keje..x sanggup la mcm tu..rasa mcm bersubahat plak..huhuhu...

Nafisa81 said... [Reply]

alhamdulillah...syukur dapat bos baik...tp bila dapat bos baik ni..kita pulak yg mudah leka...

qaisara rania said... [Reply]

Assalamualaikum...saya mmg minat sgt dgn abg ayai ni. tambah2 bila baru2 ni nampak dia perform dalam rancangan Pencetus Ummah. mmg dah lain fizikal dia. masa search2 gambo dia kat google. terjumpe lak blog ni. staff abg ayai upenyer yer...Semoga dia terus sukses dalam kerjaya baru dia. bagus artis mcm ni. walaupun popular tapi xsombong. xde gambo family dia yg terkini ke? publish le utk tatapan peminat. hehehe

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??