Saturday, July 28, 2012

Pandangan Koi

Lirik Pandangan Mata

by Hijjaz
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia 

Kat atas ni lirik lagu pandangan mata yang dipopularkan oleh Hijjaz. Tapi koi dah pernah nyanyi lagu ni sebelum Hijjaz terbentuk lagi.,,tapi ahli kumpulan Hijjaz dah aktif la nyanyi lagu ni..kalau tak silap lagu ni glamer zaman2 Nada Murni..zaman2 Al Arqam dulu dulu. Masa koi nyanyi nasyid ni...koi darjah 3 rasanya. Masa tu koi ngaji kat Taski ABIM. 
 
Antara Ustaz/ustazah yang koi ingat ngajar koi kat Taski ABIM Raub dulu Ustazah Norhayati, Ustazah Nurul Wardah, Ustazah Maimunah, Ustazah Zuraini dan  Ustaz Mahmud. Masih terngiang-ngiang mersik suara Ustazah Norhayati mengajar mengaji. Lemah-lembutnya, tak pernah marah-marah. Masa tu jugak kitorang ade uniform, tudung putih, baju hijau muda, kain hijau tua. Tiap kali peperiksaan koi dapat nombor satu. 

Ada belajar mengaji, ada belajar tajwid, Fardhu Ain, Bahasa Arab, hadith dan lain2 lagi. Yuran pun murah ajer. Tapi koi ngaji sampai darjah 5 ajer, sebab darjah 6 tiap tiap petang ade kelas tambahan. Darjah 6 ngaji kat rumah orang ajer. dah tak pergi Taski ABIM lagi. 

Memang seronok, selain drpd mengaji, ade juga buat khemah ibadah, majlis berbuka puasa, qiamullail..tapi dalam usia sementah itu, semua tu tak terkesan di hati....memang masa tu fikir seronok ajer. patutnya kelas macam ni wujudkan sampai umur 18 tahun. barulah penuh pengisian rohani anak-anak muda zaman sekarang.

Koi tak pasti pulak Taski Abim tu masih wujud lagi tak kat kampung halaman koi, beberapa tahun yang lalu, tapak tempat koi mengaji tu dah berdiri sebijik banglo. Katanya, selama ni ada hamba Allah yang murah hati pinjamkan tanah dia buat tapak Taski Abim tu, tapi bila Hamba Allah tu dah meninggal anaknya ambil semula tapak tu untuk buat rumah. Wallahualam. 
 

bukan apa...takut2 memori indah zaman kanak-kanak hilang. Tu yang update kat sini ni

1 comments:

RazFiRa said... [Reply]

zaman kanak2 mmg indah :)

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??