Wednesday, December 26, 2012

Musim Pengantin Baru...

Ibu mana yang tak kecewa bila diketepikan anak kandung dalam urusan perkahwinan. Kahwin ni bukan satu benda yang main-main. Hampir semua ibu mengharapkan yang majlis perkahwinan yang sempurna dan meriah diraikan sanak saudara kerana itulas masa ibu2 kita ni bertemu sanak saudara dan rakan taulan. Bukan semua ibu bapak mengharapkan majlis gemilang 3 hari 3 malam berarak 3 km pun...

tapi bila anak gadis kahwin sorok2...dan bila dah kahwin baru nak minta restu... ibu mana yang tak sakit hati. Bila dah kahwin...memanglah patuh kepada suami tu menjadi kewajipan. tp sebelum semua itu bermula....bukankah patuh kepada ibu bapa tu menjadi tanggungjawab utama.

Bukan apa sekadar mengulas kisah muka depan metro semalam. Kisah seorang pelakon drama tv berkahwin tanpa pengetahuan ibunya mengundang rasa kesal di hati ibunya. Kesiankannn. memanglah dah jodoh dia... tapi apalah makna hidup bahagia bersama suami tapi pada masa yang sama melukakan hati ibu dan adik beradik yang lain. Adoi jangan cakap banyak2...adik pompuan koi belum kawen lagi...

Apapun...semoga ibu pelakon itu merestui dan menerima seadanya jodoh yang telah ditetapkan untuk anaknya. Kerana doa seorang ibu itu amatlah makbul..lebih2 lagi dalam kes ni beliau adalah ibu yang teraniaya....Semoga kita semua dijauhkan Allah dari perkara2 seperti ini.

Gambar hiasan

1 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Alamak!. Saya tak baca metro la arini. Tapi betul, dlm perkahwinan ni restu ibu bapa sangat2 penting. Byk kes dah berlaku... org2 yg kawin tak dpt restu akhirnya rumahtangga tak kemana... tp hendaknya she all yg dimaksud ni berbahagia la hendaknya.. kembali la ke rumah & mohon ampun pd si ibu sebelum menyesal.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??