Thursday, April 11, 2013

Dynamo Complete

Anak koi ni mmg tak boleh tengok iklan la..Pasni kalau iklan aje nak tukar channel. Apa taknya..sepanjang last week dok gegar koi dgn en. Suami belikan Dynama Complete. Nanti baju putih bersih, kesan aiskrim coklat hilang. "Senang aje nak pakai mama..sapu sedikit pada kotoran dan tuang bakinya ke dalam cucian"

Koi memang dah lama bertahun pakai sabun serbuk Top. Pakai sabun Top sebab sidai kat bawah bumbung atau lewat sikit sidai tak berbau hapak. Harga pun okay-okayla.

pasal asik didesak-desak..last weekend pergi la jugak beli Sabun Dynamo Complete kat Jusco Tamn U. Dah beli tu...asik tanya bila nak pakai..dah pakai ke belum...nnt nak pakai dia nak tolong. Pagi tadi sabun Top tu dah habis, ayah dia tuangkanla satu penutup Dynamo Complete tu dalam mesin tanpa panggil dia.

Dia dengar ada bunyi mesin basuh, terus tanya..."pakai sabun apa tadi?"

"Sabun Dynamo yang baru tu"

"Ishhh...kan abang dah cakap, kalau nak pakai sabun Dynamo Complete tu panggil abang dulu. Abang nak sapu pada kotoran dulu. Bla..bla..blaa..bla..."sambil tarik muncung panjang-panjang merajuk...

Heh..tak padan dengan lelaki..apalah kuat sangat merajuk. Pasal sabun pun kecoh. Masa sidai baju... humm...wanginya. Sampai pening kepala sebab wangi sangat. Sabun Top takdela wangi sangat macam ni. Eh ye ke tak wangi? Ntah sebab dah bertahun-tahun dok sedut bau sabun Top tu...dah sebati kot dengan bau sabun Top tu. Tu yang tak rasa bau dia wangi. Sekali sekala tukar sabun rasa wanginya.

Dah takyah tuang softlan dah...dah wangi. Dari segi jimat tak jimatnya...kita tengoklah dulu. Sebab koi memang basuh baju tiap2 hari..almaklumlah...mesin basuh kat rumah tu kiut jer. Kalau penuh2 sgt nnt tak bersih pulak.


6 comments:

AkuBiomed said... [Reply]

Jenama Top memang popular. Kalau jenama Dynamo memang tak digunakan.

Papa Mifz said... [Reply]

kahkahkah...kuat sungguh pengaruh iklan pada anak koi yer...:)

deno said... [Reply]

hahaha... merajuk...^^

Aju Mohit said... [Reply]

hehehhehe iklan tu berjaya menarik minat anak ko yan, rajin nak tolong mak dia ye

Namee Roslan said... [Reply]

hahah. comel gila anak akak. siap nak tiru iklan sebijik2. haha. macam2 kerenah anakyg kelakar2. hehe :D

aswadz said... [Reply]

pasni bole mintak anak tolong basuhkan baju. sbb dia mcm berminat nak tlg je.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??