Komen je pandai... - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, April 1, 2013

Komen je pandai...

ha...ni adalah komen ke3 koi untuk hari ni...refresh balik...
  1.  kaunter Badan Cemerlang Angsana
  2. kaunter Guardian  Taman Impian Emas
  3. haa....ni yg koi nak cerita
Okeh malam tadi kitorang nak hantar anak sedara En Suami balik ke asramanya di kolej Sains kesihatan Bersekutu. Dia tengah buat praktikal kat Hospital Permai kat area Kempas...sesekali anak buah datang konon nak ajak makan sedap sikitlah sebelum dia balik.

Kitorang pun makan lah kat Restoran Agus Taman Impian Emas. Kat sini tak banyak restoran melayu, sebelah Restoran Agus ada Restoran My Friend. Tapi sejarah makan kat My Frien ni servis lembab, makanan oklah...sedap gak. Sebab konon nak cepat sebab anak buah kitorang tu tak boleh masuk asrama lepas kul 10malam.

Kitorang sampai kul 8.15malam, sebelum order tanya dulu...lambat tak? Dia kata tak lambat. Sini tukang masak ramai. Oklah. Siap ambik order...dia hantar air. Lega jugaklah sebab terus hantar air...tapi kesudahannya....air soya tin adik dah habis, air suam koi dah habis, makanan tak sampai lagi.

Tepat kul 9 malam makanan sampai. Order Sup campur...datang sup cendawan. Okay lagi...bedal jer..janji ada kuah. Order Ikan siakap 3 rasa...yang koi rasa ada 2 rasa jer...satu rasa pedas...lagi satu rasa hanyir. Dalam ikan tu tak berapa masak. perghh....hancus. punah harapan. pasal dah lambat kan...bedal ajerlah. Tak baik bising-bising depan rezeki. 9.40malam kitorang siap makan dan bayar. Nasik utk 5 orang, cendawan goreng, telur dadar 2 biji, siakap 3 rasa medium saiz, sup cendawan saiz M, air suam, teh tarik, air tin 3. Semua sekali RM82.

naik kereta, baru start ngomel-ngomel ikan dia tak sedap. Kurang masak. hmmm....Restoran Agus ni ada lagi satu cawangan kat Taman Universiti. Selalu makan ala carte dgn nasik ayam penyet je kat sini. Sedap gak. Sesekali order nasik dgn lauk pauk...kureng la pulak. nasiknya pun agak keras. macam nak buat nasik goreng.

En Suami kata..."okeh..last la datang sini". Sedap lagi makan kat singgah selalu...cepat dan berbaloi dengan masakan. walaupun tak sampai menjilat jari...tapi takde komplen tak puas hati la...Sebab tu lah kitorang selalu makan kat rumah jer. Masak sendiri lagik puas hati. Tak sedap pun tak besar sangat modalnya...

7 comments:

  1. Kalu camtu mmg banned trus kak kedai tu..
    Nape tak komplen kak?
    Ala, saya plak geram

    ReplyDelete
  2. Ramai yg berniaga asal boleh.. kitaorang pun lbh suka mkn kat umah, klau kat kedai ada je benda yg nk di komplennya...

    ReplyDelete
  3. akak dengan suami cukup takut nak makan kat tempat yang baru,,ayik2 kedai tu je.sebab takut jadi gini la..heheh

    ReplyDelete
  4. akak dengan suami cukup takut nak makan kat tempat yang baru,,ayik2 kedai tu je.sebab takut jadi gini la..heheh

    ReplyDelete
  5. Kat JB ni mmg mcm tu la...
    Nak betul2 sedap.. makan la kat rumah Puan Mirror... hehehee... gurau je.

    ReplyDelete
  6. mmg x kan pegi situ lagilah gamaknyer yer

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad