Tuesday, July 30, 2013

Mak Jakun Nakkk...

Dah dua bulan koi beranak permata hati ke 3 ni. Minggu lepas gi klinik cucuk 2 bulan, Misi kata biasanya cucuk 2 bulan ni demam, dekat seminggu berlalu, alhamdulillah...Umar Mukhsin sihat2 jer. Macam dah terlewat, tapi tak la lewat sgt kot kalau koi nak kongsi pengalaman duduk wad kelas 1 Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru masa melahirkan Umar Mukhsin baru-baru ni.

Apa yang dapat koi simpulkan adalah koi dah rugi untuk 2 kali kelahiran. Mula-mula sekali kita cerita tentang kos la kan. Okay, deposit rm800 masa daftar masuk. Kakitangan kerajaan memang bertuah dari segala segi sebab mereka tak perlu keluarkan duit 8rat tu, bawak GL je. Baki akan dipulangkan lepas discharge-kalau ada baki la..

Lepas keluar bilik saringan, masa tu koi dah bukak jalan 5 cm tp alhamdulillah takde rasa sakit. Kontraksi awal u macam period pain level rendah je. Koi masuk wad dulu barang 2 ke 3 jam gitu pasal labour room penuh. Sampai kat kaunter masuk wad kelas 1 koi disambut dgn ramah mesra. Aiyyo..macam tak percaya. Bilik koi untuk 2 org, dengan bilik ada air cond. Diulang ada air cond. Tulisan kasi besar sikit AIR COND. Haha...mak jakun nak..beza kelas 1 dgn kelas 3 kat sini terlalu jauh.  Macam 1 USD dgn 1 rupiah. Bukan koi je, en suami koi pun terkejut. Kat kelas 3 siap pesan carikan kipas datin seri azizah. Kat sini pesan bawakkan sweater.

Bilik air 1 bilik 1, siap pancuran air panas. Kat kelas 3..bab bilik air is the worst thing ever dan takmo story pasal tu lagi. Pada orang lain mungkin normal la bilik ada air cond, bilik air bersih,tp bagi yang penah admit wad bersalin kelas 3,hsa.. Semua ni nikmat yang harus disyukuri. Bukan koi sorang aje komplen..kat surat kabar metro pun ade orang komplen. nengok bawah ni

Hasil kamera Samsung Corby...sedih..

 Masa koi sampai kat wad, waktu makan tengahari dah habis. Tapi takpelah, tak lapar pun lagipun dah sarapan soto nasik. Nasik lemak en suami pun koi bedal. Dia tak lalu nak makan sebab bini nak beranak. Tapi bini dia yg nak beranak tu rilek je. En. Suami bekalkan dengan roti coklat dan kek coklat. dahla bini dia ni ada diabetis masa pregnant...

Dalam pukul 4 tu koi ditolak masuk labour room. Dua dua tangan kena cucuk masuk ubat, sebelah kanan kencing manis, sebelah kiri darah tinggi + inducer. Koi tetap tak rasa sakit untuk meneran. Dah sejam lebih koi terasa sakit kat tangan kiri..baru perasan yang ubat cucuk kat tangan kiri tu x jalan. bengkak. Misi cucuk baru...adalah dalam 10 minit terus rasa sakit dan terus mulakan proses bersalin.

Tepat pukul 6 petang lahirlah budak Umar Mukhsin ni. lepas berehat koi pun masuk wad tanpa ditemani si kecik. dia masuk wad lain utk pemantau gula dalam darah. Koi sesorang kat dalam wad....tidurlah koi dengan aman dalam bilik berhawa dingin.

besoknya awal pagi lagi koi dah mandi...teruja ada water heater...kahkahkah...sebenranya rasa rimas sbb keluar darah banyak. pastu baca majalah yang dibeli suami pastu sarapan. waahh...terkeju tengok. sarapan hantar siap pakai dulang bagai.Untuk sarapan, susu dengan bubur nasi. Bubur nasi alahai seciput,..susu tepung tawar tu...hehe..jangan komplen banyak..ni die utk pesakit diabetis. Jiran katil sebelah makan mee goreng dengan air milo
Breakfast
Pastu baring lagi sambil baca majalah. Pastu mak koi datang jengah kejap dgn membawa breast pump. sambil duduk duduk cubalah jugak mengepam...setitik pun tak keluar

tengahari pulak makanan agak wow kalau nak banding dengan kelas 3 dulu. tapi tak banding la dgn kawan koi masuk pakar puteri...siap makan chicken chop. Apapun koi sangat bersyukur bila en suami daftarkan koi kat kelas 1

Lunch
petang tu koi dah boleh keluar. sebelum keluar sempat minum petang juga. koi lambat dapat pelepasan keluar sebab darah keluar banyak sgt, doktor kata tak normal. misi pulak kata  normal la tu. mana boleh ukur darah pakai pad, tiap pad tak sama kapasiti...

minum petang
sebelum balik pergi tengok baby dulu ka NICU. Kesian dia...wayar masuk mulut dgn kaki. takpelah untuk kesihatan nak ye...

Caj yang dikenakan adalah dalam 500 lebih. koi lupa..caj bersalin normal RM300, wad 2 hari RM60 x 2 = RM120 pastu selebihnya ujian makmal seratus lebih. Masih dalam lingkungan mampu bayar la...drpd deposit 800 tu, masih ada baki yg pihak Hospital pulangkan.

Layanan misi pun memang terbaik...bukan kata kat kelas 3 layanan tak baik,..tapi tak sempat nak layan mesra pun..terlalu ramai umat. yang suka melayan..misi misi pelatih la...

2 comments:

diana said... [Reply]

gambar baby please..yang terbaru ye..mesti dah bam bam nih..heheh

ekinashikin said... [Reply]

hamboii..bezanya kan...rasa x rugi gak byr 8rat tu..asalkan tandas bilik semua ok(bagi yg mampu la)

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??