Lalalala..cari kerja..lalalalala

Misi pencarian kerja telahpun bermula. Sabtu baru-baru ni koi interview post engineer kat Anjung Perkasa, ka Tampoi. Tapi nak bagi gaji kecik pula kat Anjung Perkasa tu. Takkanlah kita nak downgrade diri sendiri pulak sedangkan pengalaman semakin banyak.

2 minggu sudah kat satu opis consultant, tapi koi tahu takkan dapat punyalah. Since dari mula dah kerja dengan kontraktor, nak masuk perunding mmg susah sikit. Petang ni menyusul satu lagi interview. Amazing Sunrise kat aman Sri Orkid.

Teringin nak jadi surirumah sepenuh masa..tapi macam tak sanggup nak berjimat cermat dari segala aspek. hahaha....ataupun husband kerja kat luar dengan gaji yang lebih lumayan...tapi sanggup ke hidup berjauhan??
Mak mentua koi mesti bising nanti...koi yg dah biasa bergantung bergayut dengan suami pun mesti terasa kepayahannya

Orang lelaki memang senang dapat kerja dalam bidang pembinaan ni...Suami koi dengan senangnya bos-bos sendiri tawarkan kerja pada dia..."Sulaiman..kerja sama saya la...berapa gaji lu mau cakap saja. Handle projek saya dekat bla bla bla" dan bla bla bla itu semuanya kat luar dari johor. Koi? Dulu2 kalau tak berjaya dalam interview koi akan rasa kecewa...dan tiap kali inerview suami koi hantarkan. Malam sebelum interview tak boleh tido...sekarang? hmm...dah ak rasa apa dah nak gi interview. biasa biasa je...


0 Comments