Tuesday, November 26, 2013

Serai Wangi Essfa yang Ohsem

Koi terjumpa produk Essfa ni kat fb..pastu gatal je nak mencuba…
Koi memang suka dengan bau-bau semulajadi ni. Mungkin sebab dari kecik dah dibiasakan dengn tumbuh-tumbuhan kot…
walaupun koi tinggal di taman perumahan, tapi sebab rumah koi dah hujung-hujung…
dapatlah abah koi bertanam-tanam kat belakang rumah.
Tapi kawasannya cinonet jer…takdelah tanam banyak-banyak.

Antara yang ada kat sekitar rumah koi macam pokok belimbing buluh, serai, lengkuas, halia, serai wangi, sembung, halia bara, cekur, pokok kecubung, getah jarak, pokok pisang, mengkudu, misai kucing, kesum, cemomok, kaduk, kunyit bonglai, limau nipis, limau purut dan tah apa lagi.
Tiap kali demam bapak koi akan rebus daun sembung dan serai wangi untuk buat mandi.
Lepas mandi rasa segar dan bertenaga sikit badan.
dan kalau bersalin memang kena mandi air rebusan daun-daun ni pagi petang.

Koi ni bawak benih sembung..kunyit bonglai…serai wangi…halia bara…untuk ditanam kat umah sini.
yang koi bawak sepasu merimbun pun ada..tapi lebih-lebih 5-6 bulan jer idupnya.
Lepas tu innalillahh pokok-pokok tu semua.

Koi beli mandian dengan haruman Elegance dari daun Gelam atau bahasa purbanya Cajeput. daun eh?
ntah koi pun tak tahu gelam ni apa. 
yang koi tahu padang kat depan dataran jb tu namanya Sri Gelam.
TMJ selalu main bola kat situ..
koi beli sebotol aje mandian ni..tp orang Essfa tu bagi tester untuk  3 lagi wangian…
    • Feminin-Serai Wangi (citronella)
    • Desire-Serai makan (lemongrass)
    • Maskulin-Nilam (Patchouli)

yang koi beli koi sayang nak pakai, koi belasah yg tester punya. Koi try yang serai wangi dulu.
Serai wangi ni namanya harumannya Feminin.
Masa mula-mula pakai tu rasa rindu sangat kat kampung.
Yela…aroma serai wangi ni macam dah sinonim sangat dengan rumah abah koi.

Bau serai wangi ni mmg memberikan kesan ala ala aromaterapi tau.
Badan rasa segar jer lepas mandi.
pastu koi terfikir pulak kalaulah koi jumpa mandian ni 6 bulan lepas kan..masa bersalinkan baby Aril kan best.
Memang betul-betul kerugian la…

Dan sapa-sapa yang baru bersalin tu..adalah disyorkan mandi menggunakan mandian Essfa Feminin ni.
Memang akan rasa lebih segar dan tenang.

Fungsi sebagai sabun mandi tu macam biasalah membersihkan badan kita dari kotoran, daki, bau peluh
Tapi bagi koi ia sangat best digunakan sebab bila digunakan setiap hari 
koi perasan bau badan macam takde la..
Biasala…setiap orang kan ada bau badan..
cuma kita tak perasan sebab dah sebati dengan hidung kita sendiri kan…
Paing dengan tak ajela kan.
tak payah pakai deodorant dah skang ni.
(sebenarnya dah habis tapi lupa nak beli)
Memang kurang bau badan…tapi taklah badan bau serai pulak…
Yelah…pada dasarnya..orang dulu-dulu buat mandian serai wangi ni kat org baru bersalin sebab nak hilangkan bau hanyir darah bersalin tu…

Produk Essfa ni sangat sesuai jugak bagi kita yg banyak sangat dah terdedah dengan chemicals kan
Mandian dia ni takde animal products, bebas pewarna dan pewangi tiruan…bebas dari segala bahan kimia.
jadi sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan kimia, apa kata kita cuba mandian Essfa ni pulak.

oh ye..ini bukan iklan berbayar…bukan sponsored post..atau testimonials berbayar…bukan..
ini sekadar satu perkongsian produk  yang koi baru cuba dan koi sangat sukakannya.

Produk Essfa ni berkoloborasi dengan Mardi untuk hasilkan minyak pati tumbuh-tumbuhan ni.
Ada halal Jakim…so gunakan tanpa was-was
Buatan Malaysia…
ada GMP juga…

Lepas ni koi cuba pulak kongsikan mandian dengan wangian yang lain tu…dan lain-lain produk yg koi beli.
dah tak kerja pun asik membeli aje kerjanya….hehe…


20131126_142352[1]

5 comments:

Azlan Strider said... [Reply]

perempuan dan barangan utk dibeli memang tak dapat dipisahkan..opps..hahaha

Regards,
-Strider-

LydSunshine said... [Reply]

ooo mandian ke. koi ingatkan spray lipas. ada website dia ke selain facebook. koi mcm minat je nak try. koi sejak2 dah berusia ni, suka jugak dgn produk2 yg semulajadi.

Nafisa81 said... [Reply]

@LydSunshine yg spray lipas pun ada juga...
jumpa fb dia jaa..

harumankasehvee said... [Reply]

saya amat suka bab2 aromaterapi nih ...

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Wah!. Menarik ni..
Mesti tiap kali lepas mandi bagaikan baru balik dari SPA. I pun masa dlm pantang, hari2 kena mandi dgn serai wangi. Akan dicuba nt, inshaaALLAH... thanks for sharing Nafisa.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??