Sunday, May 4, 2014

Inche Suami Sudah Pulang. ..Yeaayy..

Yeayy...suami koi dah balik kul 3 petang tadi...bawak balik ikan segar dari laut...Alhamdulillah...penuh peti ais..dah la peti ais kitorang tu kenet je...

Kali ni banyak ikan cencaru. Kerapu sekor. Ikan kembung kecik2 . Pastu tak tau ikan apa tah lagi.

Tanya juga...sotong takde ke?...

Sotong musim kat terengganu... dapat 6 ekor je..kecik2. .buat umpan dah...

Pagi tadi masa rendam ikan beku dr peti ais. .lupa nak tutup tingkap dapur...hasilnya...ikan kena kekah dengan kucing jiran.  Jiran punya kucing ke...atau kucing liar kat luar tu koi tak pasti. Memang koi selalu bagi makan..tapi kat luar je. ..hari ni dia menceroboh pula. Tapi takpe...dapat ganti satu peti...hehe. .

Nak kena  letak gambar ke?..tak yah la...

1 comment:

terima kasih la weiii...

Post Terhangat