Tuesday, May 13, 2014

Refleksi seorang ibu...

Biasa kalau pergi ambil anak sulung koi di sekolah..koi akan bawak adik adiknya sekali. Si Aril akan duduk depan kat sebelah koi....yang nombor 2 akan duduk belakang.

Jarak antara rumah dengan sekolah sebenarnya dekat je...kebanyakan penduduk sini hantar anak jalan kaki je...tapi pasal malas nak gendong anak kecik...naik kereta je. Jadi tiap kali koi brek kereta...koi akan tahan sebelah tangan kat Aril...takut2 tersembam ke depan walaupun koi brek slow je. Alhamdulillah...setakat ni koi masih lagi memandu dengan berhemah. Mengikut peraturan jalan raya...bab masuk parking je ada sikit failed. 

Kelmarin..koi gi klinik kesihatan minum air gula. Tak bawa anak2...sbb ayahnya tolong jaga kejap. Tapi walaupun tak bawa anak bersama...bila brek...tangan koi tetap nak tahan seat sebelah tu walaupun takde orang kat sebelah tu....bila koi sedar...senyum sorang koi....

Koi ingat koi sorang aje begini...rupanya...ramai je ibu ibu begini ye? Sampai leh keluar katunnya...maknanya...benda normal bagi ibu ibu lah kann.?

4 comments:

Aju Mohit said... [Reply]

aku baca pun senyum je yan, sayang ibu di mana2 je kan

Azlan Strider said... [Reply]

betul tu kak..bukan setakat seatbelt jer..kalau kita bawak mak pula nanti dorang yang akan jadi JPJ, Driving school instructor dan macam2 hanya utk memastikan kita selamat sampai..hehehe

Regards,
-Strider-

LydSunshine said... [Reply]

haah yan, mmg koi pun cenggini. Padahal bawak luth naik keta dari umah pengasuh ke umah saya mcm berapa langkah je. Mesti nak buat tgn jd seat belt camni jugak keke.

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Kasihnya ibu tidak bertepi.
Tindakan reflek.

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??