Kau pergi... - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, October 17, 2015

Kau pergi...

Tahun lepas, bulan Mac, kehilangan abang De...anak ke 3 dlm keluarga...
Tahun ini...di malam Awal Muharam, kehilangan abang Tam..anak ke 4 dalam keluarga koi...

Tak terkata rasa sedihnya...
Jarak kelahiran mereka setahun...
Jarak perginya mereka juga setahun...
Yang lebih sedih tentulah emak koi...
Kerana De anak sulung mak koi sbb 2 orang adik beradik yang atas dr isteri perkahwinan abah yang terdahulu....

Kini...dah 2 orang anak mak kembali padaNya...
Berturutan pula tu...tp koi tahu mak mmg tabah...

Tidak mampu koi menulis kerana rasa ralat dan terkilan kerana tidak sempat bertemu semasa beliau sakit...
Sedang berkemas utk pulang ke Raub...
Diberitakan telah meninggal dunia...

Jarak usia kami 3 tahun...
Koi darjah 1..dia darjah 4...
Setiap pagi memimpin koi berjalan menunggu bas...
Memimpin tangan koi melintas jalan...

Almarhum Azman bin Khalil..Al Fatihah buatmu...
Semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang2 yang beriman..

3 comments:

  1. Takziah dear..alfatihah utk arwah.banyakkan bersabar dan DOA.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad