Menguap dalam Islam :
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah
s.w.t suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka
apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah',
maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucap
'Yarhamkallah'.Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila
seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab
sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan
mentertawakannya. (Hadis Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said
Al-Khudri r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada
mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang
terbuka".
(Riwayat Imam Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda
maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan
membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap,
jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang
mentertawakanmu."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)
Daripada
Abdullah bin Az-Zubair r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t membenci sesiapa yang
mengangkat suara ketika menguap dan bersin."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)
Pengajaran daripada maksud hadis, antara adab-adab menguap & bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucap "Alhamdulillah" & orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamkallah".
5. Sunat mengucap "Astaghfirullah" selepas menguap.
Copy paste..sumber tak ingat
Post Top Ad
Friday, October 30, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Author Details
Nama penuh koi Azian binti Khalil. Lahir pada tahun 1981. Koi tu adalah kata ganti diri pertama ikut loghat sesetengah daerah di Pahang. Kawan-kawan selalu panggil Yan, Ayan & Mama Yan. Merupakan isteri & ibu kepada 6 orang anak.
kengkdg tanpa sedar terlupa nak tutup mulut bila menguap..tahap ngantuk gaban..selalu time skolah menengah dulu..asal subjek sejarah je automatik rs nk tdo..haha
ReplyDeleteutk bersin, ucapkan doa buat si bersin..moga allah merahmatinya n menjauhi dia dri sbrg penyakit